CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-6

CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9

Candi Borobudur, Yogyakarta Bermula Abad Ke-9 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Datang ke Yogyakarta tapi tidak ke Borobudur itu merupakan satu kerugian yang besar. Nak seronok lagi boleh ke Candi Borobudur sewaktu awal pagi untuk melihat sendiri matahari terbit. Masa aku pergi, tak nampak matahari terbit sepenuhnya. Mungkin tiada rezeki kami pada hari itu.


6 Sebab Kenapa Korang Perlu Ke Candi Borobudur:

  1. Candi Borobudur merupakan candi yang terbesar di dunia yang diakui oleh UNESCO.
  2. Merupakan monumen Buddha yang terkenal suatu ketika dahulu bermula abad ke-6
  3. Lambang ketinggian rekacipta manusia di zaman silam di mana teknologi canggih masih belum wujud.
  4. Tiada tempat pemujaan.
  5. Reka bentuk seperti piramid dan ada stupa serta mempunyai ukiran pada batu di dinding yang mempunyai pelbagai cerita yang dihamparkan di bahagian dinding ketika itu.
  6. Borobudur merupakan stupa Buddha mazhab Mahayana.
CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9


Sedikit info sejarah berkenaan Candi Borobudur:

Sebelum Angkor Wat terbina di Kemboja dan candi-candi lain yang terbina sekitar Eropah, Candi Borobudur telah berdiri dengan gahnya di Tanah Jawa. Bangunan yang terbesar di dunia yang telah diakui oleh UNESCO ini sebagai monumen dan kompleks stupa tersohor serta terbesar di dunia ini menjadi kunjungan orang ramai sekitar pertengahan abad ke-9 hingga awal abad ke-11.


Untuk pengetahuan korang semua, bangsa Buddha dari India, Kemboja, Tibet dan China yang ingin menuntut ilmu akan datang ke Candi Borobudur. Di dinding Candi Borobudur ini pula, terdapat lukisan patung sebanyak 2672 yang sekiranya di susun melurus hampir mencapai sepanjang 6 kilometer. Oleh itu, sekiranya membuat kunjungan di Candi Borobudur ini, jangan lupa untuk meneliti setiap lukisan di dinding Candi Borobudur ini. Hal ini kerana, setiap lukisan di dinding Candi Borobudur itu tersimpan satu makna dalam abad ke-6 dan seterusnya.


CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9


Bagi pencinta sejarah pula, fahamilah..bahawasanya setiap dinding candi ini mempunyai 4 kisah yang paling utama iaitu Karmawibangga, Lalita Wistara, Jataka dan Awadana serta Gandawyuda. Di dinding Candi Borobudur ini tersimpan satu kisah perjalanan hidup bangsa Buddha dan ajarannya sekaligus tentang kemajuan masyarakat Jawa pada masa terdahulu. Hebatkan. Hanya dengan lukisan, mereka yang terdahulu mampu menterjemahkan kisah dari lukisan yang terpahat di dinding-dinding Candi Borobudur yang aku kira cukup besar dan panjang.


Bagi yang ingin mengikuti kisah yang ada terpahat didinding-dinding Candi Borobudur ini, pengunjung perlulah berjalan mengikut arah jam atau istilah yang lebih dekat adalah seperti melakukan ritual paradaksina. Masuk perlu melalui pintu timur, berjalan mengikut putaran jam supaya posisi candi sentiasa berada di sebelah kanan hingga tiba di tangga timur dan melangkah kaki naik ke aras lain.


CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9

Berjalan dan terus berjalan dengan melihat setiap lukisan yang terpahat di dinding-dinding Candi Borobudur sehinggalah aras yang teratas. Setibanya di aras atas, nikmatilah keindahan yang boleh dilihat dari puncak Candi Borobudur iaitu deretan Bukit Menoreh, Gunung Sindoro, Gunung Sumbing, Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Indah suasana yang memukau mata saat lagi mentari menaiki mula menerpa seluruh alam. Jangan lupa untuk set masa awal ke Candi Borobudur untuk melihat keindahan sunrise di sana.


Mengikut info, Candi Borobudur ini telah dibangunkan oleh Raja Samaratungga ketika abad ke-8 hingga abad ke-9 dan proses pembinaan ini memakan masa selama 75 tahun di bawah kepimpinan arsitek Gunadarma. Lama terbina namun masih kekal berdiri. Bukan hanya hebat pada pembinaan Candi Borobudur ini, malah pelbagai nilai seni yang hebat telah menjadi bukti peradaban manusia pada masa lalu. Untuk pengetahuan semua, jika dilihat Candi Borobudur ini mempunyai 3 tingkat iaitu dunia hasrat atau nafsu (Kamadhatu), dunia bentuk (Rupadhatu) dan dunia tanpa bentuk (Arupadhatu)


CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9

CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9

Cuma di sini, jagalah adap tatasusila. Bergambar boleh tapi janganlah duduk di stupa ye. Pada pelajar luar negara dan dalam negara Indonesia jangan lupa untuk bawa kad pelajar ya. Nanti dapat diskaun. Tapi time saya pergi, memang takde rezeki untuk tengok sunrise


CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-9


Di sekitar Candi Borobudur ini juga terdapat penjualan seperti ole-ole yang boleh di beli dan bawa pulang ke Malaysia. Tawar menawar tu yesss. Bisa juga di sini. Jadi, korang pernah sampai ke Candi Borobudur ini? Perasaan pertama yang tak dapat diungkapkan adalah apa yaa? Macam saya, saya sangat terkesima dengan rekabentuk dan keberhasilan Candi Borobudur ini. Sangat menakjubkan :)


Tiket masuk aku ini adalah termasuk tengok sunrise sekali atau dipanggil Borobudur Manohara (Sunrise) = Rp450,000 ( mahal gak weh,haha ..tapi sayang takde rezeki nak tengok yang sunrise yang perfect, dilitupi dek awan yang menebal)


Okay, itu sahaja perkongsian berkenaan Candi Borobudur ini. Nanti nak share berkenaan Candi Prambanan lak :D


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..