PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM

by - February 15, 2019

PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM

Pelancaran C Clean Pearl Serum | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. 12 Februari 2019 yang lalu saya berkesempatan hadir ke pelancaran C Clean Pearl Serum. Semasa pelancaran C Clean Pearl Serum ini, Puteri Zarith iaitu founder C Clean ini telah melancarkan C Clean Pearl Serum bersama duta produk yang telah dilantik iaitu Uqasha Senrose sama-sama turut hadir ke majlis ini. 


Dalam tidak sedar, Uqasha Senrose merupakan artis yang terkenal dan memiliki kulit yang cantik dan gebu. Saya sendiri turut terkesima apabila melihat kecantikan kulit wajah Uqasha Senrose. Dalam perkongsian semasa majlis pelancaran ini berjalan, Uqasha Senrose telah berkongsi tentang produk penjagaan kulit yang terkini. 


"Produk kegemaran saya sekarang semestinya C Clean Pearl Serum. Saya individu yang sangat berhati-hati apabila memilih produk kecantikan. Ketika ditawarkan sebagai duta produk ini, saya pastikan ia betul-betul bersesuaian dengan kulit." Jelas Uqasha Senrose




"Selepas menggunakan C Clean Pearl Serum ini selama tiga minggu, saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Serum ini bila dipakai, kulit rasa selesa sebab teksturnya yang ringan, cepat meresap dan paling saya suka bila pakai sebelum mekap. Dengan serum ini mekap saya dapat bertahan lebih lama. Kulit pun nampak lebih berseri," Kongsi Uqasha yang telah menandatangani kontrak sebagai duta C Clean Pearl Serum.

PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM



Untuk pengetahuan semua, C Clean Pearl Serum ini merupakan serum berinovasi dengan SOLA SHIELD yang pertama di Malaysia. Hebatnya, formulasi C Clean Pearl Serum ini telah diimport khusus dari pakar sektor kosmetik dan farmaseutikal, Solabia Group di Perancis menggunakan teknologi Eropah. 


Dalam penghasilan produk C Clean Pearl Serum ini, Premium Pearl merupakan bahan utama yang bertindak sebagai agen pencerahan efektif dalam membentuk proses mencerahkan kulit. Fungsinya juga melingkungi membantu memanjangkan proses keremajaan kulit serta bertindak sebagai agen anti penuaan. Inilah kehebatan yang ada pada C Clean Pearl Serum.


PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM


Selain itu, dalam produk ini juda mengandungi titanium dioxide yang bermanfaat melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV. Serum ini bebas paraben dan minyak mineral. C Clean Pearl Serum ini juga sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan yang berusia 13 tahun ke atas dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.


PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM

PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM

PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM


Cara penggunaan C Clean Pearl Serum ini seperti:
  1. Bersihkan wajah dan pastikan kulit wajah bebas daripada sebarang produk solekan. 
  2. Lap wajah menggunakan tuala bersih.
  3. Picitkan C Clean Pearl Serum ( 1 picit pun okay dah ) di tapak tangan atau hujung jari.
  4. Titikkan di beberapa bahagian wajah dan leher, sapu dan ratakan ke seluruh wajah dan leher.

Untuk dapat kesan yang terbaik, gunakan C Clean Pearl Serum ini dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. C Clean Pearl Serum ini juga berfungsi sebagai primer atau asas solekan. Which is, bagi sesiapa yang nakkan solekan tahan lama, gunalah C Clean Pearl Serum untuk mendapatkan kesan glowing yang segera selepas mengenakan solekan pada kulit muka sekaligus dapat mengurangkan kulit muka menjadi kusam. Penggunaan yang berterusan juga dapat membantu mengurangkan jeragat dan memudarkan parut.


Untuk makluman semua, C Clean Pearl Serum ini bukanlah produk pertama tetapi C Clean pernah mengeluarkan produk yang pertama iaitu C Clean Charcoal Cleanser dimana duta produk ini ialah Khai Bahar. 


Harga:
RM55 ( Semenanjung Malaysia)
RM59 ( Sabah & Sarawak )

Saiz produk:
15ml

Cara untuk dapatkan C Clean Pearl Serum:
Whatsapp : 012-6711400
Instagram: @cclean.hq
Agen dan dropship yang sah di seluruh Malaysia






You May Also Like

20 comments

  1. Ooo ni yang nak pecah belon duk takut-takut tu yer hehehe.
    Kawan kita ada pakai tau..nanti nak tanya dia, okay ke x ...

    ReplyDelete
  2. Kulit founder dia pun bukan main cantik lagi

    ReplyDelete
  3. Ingatkan.mahal harga dia.. Tpi rm59 ok la not bad. Boleh cuba nanti.. Kot3 cantik mcm. Uqasha

    ReplyDelete
  4. Founder dan duta dia sama2 cantik. Nak kena tengok juga keberkesanannya. Tapi kalau best boleh la pakai kan....

    ReplyDelete
  5. ooo kulit uqasha tu mmg adore sungguh..floles n gebu..suka tengok dia..pttlah dia guna cream ni..nti boleh lah try..

    ReplyDelete
  6. kulit uqasha ni ohsem flawless sgt, mek onie.
    pinkish. takde jerawat kekecik. tgk kat tv la :)
    ini la rahsia dia ekk. terasa mcm dia mcm natural beauty pun ada jugak.
    terkenang dia masih bertudung dulu, cantik giler!!!!

    ReplyDelete
  7. oooo ni yg Uqasha jadi spokesperson tu eh...menarik ni..harga seserum pun murah je dan mampu milik...nak cuba la nanti..akak memang suka serum

    ReplyDelete
  8. Nak try gak lah..mana tau boleh dapat kulit secantik duta dia n mekonie. Risau gak makin berumur ni wajah makin kusam

    ReplyDelete
  9. letop! lepas ni mesti cantik macam uqasha dah depa. btw kat mana nk dpatkan ni? lelaki punya leh pakai ke

    ReplyDelete
  10. Cantiknya la kulit duta & foundernya itu. Kagum tengok orang kulit cantik ni.
    Kalau sesuai untuk kulit sensitif, boleh pergi jauh produk ni. :)

    ReplyDelete
  11. Serum memg ok.. Sebb dia jenis meresap dalam kulit kan. Tengok bungkusan dia wowq sangt ni.. Foundernya pun cantik. .rasa nak cubala. .

    ReplyDelete
  12. I suka serum camn ni. Siap ada pearl lagi. Mesti flawless kulit macam founder dia. The packaging look so nice. Love to try out!

    ReplyDelete
  13. Menarikla serum ni. Nampak exclusive. Pakaging pun cantik.

    ReplyDelete
  14. Haritu macam ada juga tertengok kat tv uqasha cite pasal dia jadi duta produk ni. Nampak bersih je muka dia.
    Harga pun tak la mahal mana kan. Ingatkan hampir Rm100 harganya. Rupanya murah lagi.

    ReplyDelete
  15. Serum ni baik untuk parut ye? Boleh try ni.

    ReplyDelete
  16. Both of them look so gorgeous and look at the packaging of the cream. So cute and feel like having it one...

    ReplyDelete
  17. Suka tgk putri zarith kulit dia mmg cantek cam baby. Plus kagum juga di businesswoman yang berjaya... krim ni nampak best

    ReplyDelete
  18. Bagus nsmpak produk ni...harga pun berpatutan...apatah lagi dutanya uqasya senrose yg cantik jelita...boleh juga cuba nanti..

    ReplyDelete
  19. This is my first time get to know about this new brand, I quite like the packaging and the ingredients also.

    ReplyDelete
  20. Wahhh pasni Mek Onie pun cantik jelita cam Uqasha Senrose jugak lah ye. Hehe. Nampak org share psl ni mcm bagus gak ye produk ni.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..