• Home
  • About
  • Trending
    • Lifestyle
    • Beauty
    • Travel
  • Projek Travel
  • Advertise

Mek Onie


RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA | Ada impian untuk ke Jepun semata-mata ingin merasa makanan Jepun? usah risau kerana di Hotel Bangi-Putrajaya pun korang semua boleh merasa segala makanan Jepun dengan syarat singgahlah ke Hotel Bangi-Putrajaya. Parking free dan tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk mencari makanan Jepun.

RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE
Baru-baru ini,aku sempat mencuba makanan Jepun di Hotel Bangi-Putrajaya yang dihidangkan lebih daripada 100 jenis makanan Jepun yang sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan korang semua, Restoran Kazumi Japanese Cuisine ini HALAL.

Experience Japanese cuisine at its best at this contemporary and chic new restaurant of Hotel Bangi-Putrajaya. Its bright and earthy colour interiors with modern decor greatly complements its new range of creative menus created by Chef Cheah,a pioneer in Japanese cuisine. Experience a whole new level of F&B experience at Kazumi - your favourite Japanese restaurant at Bangi's highest peak.



Masa aku singgah makan di sini, alhamdulillah kami disambut dengan senyuman oleh pelayan restoran ini dan tempat makan pun sangatlah selesa serta tak kelam kabut seperti di lain-lain tempat makan yang kadang-kadang perlu beratur untuk menunggu giliran makan. Mesti stresskan? Kita mengidam makanan jepun sekali bila sampai di restoran kena tunggu. Kalau aku, aku jenis tak suka menunggu untuk sesuatu yang kita inginkan seperti makanan jepun,gitu! Pelayan restoran pun sangatlah membantu .

Aku, bukanlah jenis yang selalu makan makanan Jepun ni tapi aku pun suka dengan makanan Jepun terutama SUSHI dan Ice Cream Green Tea. Haaaaaaa, siapa ada sama minat dengan aku sila mengaku cepat !

Di restoran ini, korang boleh order seberapa banyak yang korang nak dengan syarat sediakan duit sahaja kerana harga di sini pun boleh tahan juga mahal dia. Tapi bagi yang minat dengan makanan jepun ini, for sure mereka tak akan berkira. 


MENU DI RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE
1
Chinmi Tsuki Dashi (Delicacies)
2
Sushi ( Freshly Slice with Vinegard Rice )
3
Imperial Course ( Seafood & Beef )
4
Teppanyanki CourseTeishoku ( Set Dinner )
5
Chef's Recommendation
6
Teppanyaki Side Dishes
7
Teppanyaki Ala Carte
8
Kazumi Tokubetsu Ryori ( A full course menu of selected Traditional Japanese Cuisine )
9
Sushi RyoriZosui ( Porridge )
10
Suimono ( Soup )
11
Take Course
12
Ume Course
13
Sakura Course
14
Ocha Zuke, Onigiri ( Rice dishes with seaweed broth & triangular rice )
15
Donburi ( Rice Dishes )
16
Otsumani ( Appetisers )
17
Sarada ( Salads )
18
Age Mono ( Deep-Fried Dishes )
19
Sunomono ( Vinegard Dishes )
20
Mushi Mono ( Steamed Dishes )
21
Nabemono ( Hot Pot Dishes )
22
Tofu Ryori ( Beancurd Dishes )
23
Nimono ( Simmered Dishes )
24
Niku Yori ( Meat Dishes )
25
Yakimono ( Grilled Dishes )
26
Tempura ( Deep-fried Seafood in Butter )
27
Deep-Fried in Butter

So, banyak-banyak menu ni.... aku tanya chef sendiri,yang mana paling popular dan recommended ! So, silalah jamu gambar dari aku yang tak seberapa ini dan yang pasti semua sedap dan ada slice of jenis ikan aku tak dapat masuk tekak,mungkin tak biasa makan,hehe..Dah jomlah aku nak sajikan beberapa menu yang wajib korang semua rasa bila ke sini.


Edamame
Edamame - Boiled green soy bean pods | Korang pernah makan Edamame? Sedap!!!! Walaupun dia kacang macam tu je,tapi sedap !!

Shake Sashimi, Abura Bozu Sashimi, Tako Sashimi
Shake Sahsimi (Salmon), Abura Bozu Sashimi (Butter Fish) dan Tako Sashimi (Octopus) | Siapa peminat Salmon,Abura dan Tako Sashimi u should try this one !!!!

Chawan Mushi
Chawan Mushi - Steamed egg custard | Korang boleh bayangkan tak rasa dia macamana? Seriously sedap yang amat, mula tu aku rasa macam loya-loya tengok telur kastard ni, tapi bila masuk mulut rasa dia macam taufu fa tapi ada rasa telur dan tak meloyakan pun !!!!! Sedap !

Soft Kani Maki
Soft Kani Maki - Vinegared rice rolled with soft shell crab,lettuce,flying fish roe in seaweed. | Kegemaran aku sepanjang zaman !! Chewah!! Rugi siapa tak minat sushi!

Ebi Tempura
Ebi Tempura - Deep-fried prawns in batter | Sesiapapun yang datang makan makanan jepun di mana-mana restoran wajib rasa tempura mereka. Tapi di sini, aku yakin korang tak akan menyesal untuk mencuba tempuranya kerana dari tepung sampai la ke udang tu memang lembut dan ranggup. Yang penting kurang minyak !

Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai,kaki,shake and ika.
Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai, kaki, shake and ika - Seafood combination of king prawn, scallop, oyster, salmon and cuttlefish (gambar sebelah kiri sekali) | Ini adalah part paling menarik minat aku kerana ada oyster yang sangat sedap. Gabungan makanan laut beserta rencah yang sedap.

Garlic Rice | Pertama kali makan nasi goreng perisa halia dan sangat sedap. Nasi dia tak muak sikit pun.

Tatami Iwashi
Tatami iwashi ( Grilled matted baby sardines ) | Pertama kali aku makan ikan bilis rupa macam ini. Sungguh unik sehingga boleh menggantikkan keropok ikan yang sedia ada, tapi ini versi keropok ikan yang belum dikisar halus,hihi.

Ais Krim
Azuki Macha Ice Cream - Green Tea Ice cream with red bean * bawah
Wasabi Ice Cream - Homemade Japanese Horseradish Ice-Cream *kanan
Sesame Ice Cream *kiri

Antara ketiga-tiga ais krim ini, dah tentu perisa green tea menjadi pilihan kepada sesiapa yang datang ke restoran jepun. Ais krim green tea ini tak pernah tak sedap dan bila dicampur dengan kacang merah aku rasa cukup perfet dah haa! Ais krim wasabi pula, pertama kali aku cuba. Disebabkan rasa wasabi ini pedas jadi aku cuba sedikit,yang menariknya perisa wasabi dia takdelah pedas sangat pun tapi just nice. Bila masuk mulut tak rasa pedas tapi bila start cair dalam mulut,haaaaa time tu baru rasa berasap telinga,haha.... Sesame pula rasa dia memang nice,sweet dan sedap !!!! Tapi green tea paling win !

Haaaaa, so macamana? peminat makanan jepun korang patut try makan di sini ! Tak menyesal dan yang penting HALAL okayyyyyy ,terima kasih projektravel.com kerana beri peluang kepada aku untuk merasai makanan jepun di Hotel Bangi-Putrajaya ini :D


Higawari ( Set Lunch )
12pm - 2.30pm

Dinner 
6.30pm - 10pm

Buffet Dinner
6.30pm - 10pm



Address:
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor,Malaysia

Tel: 03- 8210 2222
Fax: 03-8210 2888

Email: info@hotelbangi-putrajaya.com
Web: www.hotelbangi-putrajaya.com

Website | Facebook 

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Macam biasa, sekali lagi aku gigihkan diri ke Istana Budaya untuk sebuah teater dimana ada seorang pelakon yang tak lain tak bukan Beto Kusyairy.  Sebab kenapa Beto Kusyairy? Nantilah aku cerita. Sekarang berbalik pada teater ini, tahniah sekali lagi Eirma Fatima kerana berjaya dengan teater Mok Cun yang banyak sambutan dan kali ini, Eirma Fatima kembali lagi dengan jalan cerita yang penuh tragis dan drama. 


Bersama dikbee.com ,awak..kenapa pipi saya nak dekat dengan spek dah ni?awak perasan tak?hahahahhahah

So,haritu aku duduk di area Stalls. Alaaa yang area warna purple tu. Okay jugak seat area purple tu. Dapat pulak duduk yang kat center. Okay la. Haritu masa teater Maduku Kalut Return try duduk betul-betul depan stage yang area warna kuning tu, haaaaa... nampak artis. nampak muka deme. Puas hati jugaklah,ekekekekeke... So,untuk teater yang Bawang Putih Bawang Merah ini, walaupun seat agak mahal dan duduk di belakang sekali tapi okay jugak sebenarnya, dapatlah tengok pelakon keluar dari pintu tepi dewan . Kira tak payah la sesusah nak mendongak ke terlepas babak keluar dari tepi pintu dewan tu. Okay jugaklah, cumanya sempit sikit area yang aku duduk ni,tatau la area-area depan aku tu, hihihi...


Sorry, aku memang suka cerita pengalaman macam ni. Sebab masa aku post di facebook, ada orang tanya "onie amik seat line mana,confuse la nak beli seat kat Istana Budaya..tatau tang mana yang best...." 


Haaaaaaaa,  ikut kemampuan korang la, seat area hijau pun sebenarnya okay je. cuma tak center la.. Kalau nak ambik gambar tak lawa...ekekekeke....yang paling murah seat kat area upper circle,tu tiket paling murah la,hewhewhew... 




So, ni seat aku. Memang center la habaq hang,tapi kebelakang sikit...hewhewhew....sebelah aku kakak aku,aah kita orang kembar...kembar spek mata,kahkahkahkahkah... Tq dikbee sudi jadi peneman disebelah seat, hahahahaha..boleh gitu?


Bersama nisakay.com ,erat sungguh awak peluk saya,wakakakkakaka ..rindu letew :P

Tayangan : 3-8 Disember 2015
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket: Bermula RM36 hingga RM256



Antara babak yang menarik Teater Bawang Putih Bawang Merah


Teater Bawang Putih Bawang Merah

Tersebutlah kisah di sebuah negeri. Seorang Putera Raja terpesona dengan keindahan suara seorang gadis yang sedang berdendang lalu jatuh cinta. Nun di sebuah kampung di mana nama kampung tersebut adalah bernama Kampung Jelatek dan tinggal sepasang adik beradik,Putih dan Merah bersama-sama ibu mereka, Labu dan Kundur.


Cerita bermula apabila Labu dan Kundur selalu berbalah antara satu sama lain merebutkan harta pusaka peninggalan suami mereka. Sama juga seperti anaknya terutama Putih, seringkali berbalah kerana cemburu dengan adiknya,Merah. 


Di sebuah kampung terdapat perigi dan Labu selalu ke sana untuk membasuh kain dan pada suatu hari Kundur datang  lalu tercetuslah babak yang menyebabkan Labu jatuh kedalam perigi tersebut. Apa kesudahan cerita ini, saksikanlah di Teater Bawang Putih Bawang Merah.

Kisah klasik yang diinspirasikan daripada filem Melayu lama ini menampilkan para pelakon seperti Fauziah Dato'Ahmad Daud, Nur Fathia, Juliana Evans, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Nabila Huda, Dafi AF dan ramai lagi barisan pelakon yang hebat.



Antara babak-babak yang menarik dan prop yang best ! Ya Rabbi,rasa nak termenangis tengok prop dorang, stage naik turun.... pastu tetiba pelakon timbul dari bawah stage.. Ni baru teater !!! Aummmmm...dan sebab tu jugak aku excited nak tengok teater di Istana Budaya,hihi... 

Labu dan Kundur

Diselitkan juga dengan muzikal

Putera Raja bersama hulubalangnya.

Lakonan hebat dari Beto Kusyairy dan Nur Fathia

Lakonan Nenek Kebayan dari Nabila Huda 

Merah dan Putera Raja


Bersama admin projektravel.com


Photo by eazyizzuddin.com

So dari 5 bintang, 4 bintang aku kasi.... sape dah tengok,berapa bintang agaknya korang nak bagi? Apapun, teater terbaru dari kak Eirma Fatima kita ni tak pernah buat kita menyesal dan rugi. Tayangan masih lagi berlangsung dan sesapa yang teringin nak tengok teater di Istana Budaya sila book sebelum menyesal,haha... Tiket boleh di beli di AirAsia Redtix atau di kaunter Istana Budaya pun boleh ye. Selamat menonton korang semua.



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut hal KTM ni, sebenarnya ramai pengguna tegar kepada kenderaan tersebut selalu menggunakannya dan mengambil langkah berjimat serta mengurangkan pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas. Namun,apabila tindakan kenaikan harga KTM naik bermula 2 disember 2015 ini. Masihkah ramai yang akan menggunakan KTM dan bagaimanakah kos perbelanjaan bagi pengguna KTM serta mampukah mereka berhadapan dengan risiko sebegini?




Harga tiket naik dari RM0.11 sen ke RM0.15 sen bagi setiap satu kilometer dan kenaikan itu sebenarnya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.  







Istimewanya kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT,warga emas dan OKU akan diberi diksaun potongan sehingga 50 peratus dengan menunjukkan kad pelajar yang sah. Selain itu, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tambangnya adalah percuma. 


*Perhatian

Jadual tambang baru perkhidmatan KTM Komuter

  1. Tunai (cash)
  2. Tanpa Tunai ( Touch n Go)
  3. Mingguan (weekly)
  4. Bulanan (monthly)
  5. Konsesi ( Kanak-kanak,warga emas,OKU,Pelajar,Kanak-kanak (2-6 tahun)



Adakah dengan kenaikan harga tiket KTM Komuter ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau semata-mata memberi kelebihan kepada pihak KTM sendiri? Maklumat lanjut jom singgah ke www.ktmb.com.my , laman twitter @ktmkomuter atau hubungi 1-300-88-5862 . 


Salam Sayang
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Baru-baru ini aku berkesempatan ke Bumi Kenyalang di mana negeri yang terbesar dalam Malaysia dan kami berkesempatan menetap di Kuching di mana Kuching adalah salah satu bandar-bandar utama di Negeri Sarawak selain Miri, Sibu, Sarikei, Bintulu, Sri Aman dan Limbang. Sebelum ke acara Festival Kelab Seni Cemerlang, kami berkesempatan ke kawasan pelancongan di Sarawak yang terdiri daripada kawasan semulajadi dan pusat budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak. InshaAllah, aku akan kongsi dilain entri nanti :D

Mek Onie di Yayasan Sarawak. *Ayu sangat la tu buat gaya gitu?haha


Sebelum bercerita panjang, terima kasih kepada Projek Travel kerana memberi peluang kepada saya untuk jejak ke Bumi Kenyalang tersebut, terharu dan sangat excited bila ke Sarawak,hehe... Banyak pengalaman yang aku peroleh. Tapi,entri kali ini aku nak sentuh bab Festival semasa aku berada di sana.



Seramai 115 orang pelajar mengambil bahagian dalam Festival Kelab Seni Cemerlang, Negeri Sarawak 2015 pada 21 November 2015 di Auditorium Yayasan Sarawak baru-baru ini.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang seni budaya melalui penganjuran Festival Kelab Seni Cemerlang (FKSC) peringkat Negeri Sarawak bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak yang lalu. 


Festival Kelab Seni Cemerlang 2015 adalah program jangka panjang di bawah Program Bimbingan Seni Budaya  (PBSB) yang melibatkan pelajar-pelajar dari 12 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Sarawak. Festival ini merupakan landasan terbaik untuk memberi peluang kepada semua peserta dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang terlibat bagi menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam bentuk festival akhir tahun.


Objektif festival ini diadakan sebenarnya memberi peluang dan juga ruang kepada para peserta untuk menunjukkan kemahiran yang telah dipelajari selama mengikuti program bimbingan yang ditawarkan melalui persembahan berbentuk festival.


Seramai 115 peserta telah terlibat dalam menjayakan festival ini di mana dari pelbagai bidang yang ada seperti seni berbahasa, tari, silat, gasing, teater dan muzik serta seramai 24 orang guru/jurulatih terlibat dari 10 buah sekolah yang terpilih. Ternyata, perserta yang menyertai festival ini sangat berbakat.


Festival kali ini dirasmikan oleh En.Zaifri Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Sarawak (JKKNS). Turut sama menyerikan acara gilang gemilang ini Dayang Kartini Bt. Awang Bujang, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang mewakili Ketua Pengarah JKKN begitu teruja menyaksikan persembahan dari bakat muda ini.


Menurut En.Zaifri , program ini mampu menyediakan produk pelancongan melalui seni dan budaya khususnya di seluruh Negeri Sarawak. Setiap bakat yang digilap melalui program teras JKKN ini mampu mempamerkan bakat mereka di tempat masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong tempatan mahupun luar negara ke Negeri Sarawak.


Apa yang menarik minat saya pada festival ini adalah semangat anak cilik di mana berusia 8 hingga 16 tahun semasa pementasan berlangsung. Pementasan yang penuh warna warni ini sangat berjaya menarik minat para penonton yang menyaksikannya. 


Babak yang paling menciut hati adalah apabila ketika di Istana. Namun, kesemua babak yang dipentaskan berjaya membuatkan penonton berpuas hati. saya doakan kepada adik-adik semua supaya terus maju jaya dalam apapun bidang yang diminati. Teruskan belajar dan capai impian anda semua. Paling membuatkan saya tak berkelip mata apabila ada salah seorang penari yang sangat kecil tapi lincah dalam membuka langkah semasa tarian. Paling meriah bila di babak akhir muncul artis bob akademi fantasia.


Sebelum terlupa, festival sebegini juga mampu melahirkan dan memupuk masyarakat untuk sama-sama menyemarakan dan mermatabatkan seni dan budaya bangsa. Apapun, terima kasih kepada JKKN kerana sudi menjemput team Projek Travel ke Sarawak untuk sama-sama memberi semangat kepada adik-adik di sana. 




TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT MEK ONIE DAN PROJEK TRAVEL.  JANGAN LUPA FOLLOW INSTAGRAM @mekonie dan @projektravel  :)



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bakal pengantin kat luar sana, korang dah tempah kad kahwin ke belum? Bunting? Banner? Poster frame? Button Badge semua-semua tu? Aishhhh, aku pun nak jugak tahu, biasanya bakal pengantin bila masa sesuai waktu kena tempah kad kahwin eh?dan paling maksimum tempahan korang macamana?


Bila nak kahwin ni, benda pertama yang bakal pengantin fikir mestilah duitkan? Tipulah kalau tak fikir hal duit,ekekekekekekekekek...Maklumlah,serba serbi naik harga sekarang. Tapi,nak tempah kad kahwin pun kadang-kadang fikir nak tempah kat mana? Mana nak cari orang buat kad kahwin yang berbaloi,cepat dan ekspress semua-semua ni kan? Pastu nak cari orang yang dipercayai... Susah wei jadi bakal pengantin ni, aku dah banyak kali dengar kes kena tipu semua tu. 


Dah la nak kahwin, fikir pulak masalah mulut-mulut orang. Ada yang baik pun dikata,ada yang tak baik pun dikata. Benda tu dah jadi lali bila nak jadi pengantin ni ( cerita pengalaman kawan aku la). Semoga semua perkara tu dapat diselesaikan dengan baik dan berhati-hati. Apapun,kalini aku nak share kat bakal pengantin semua. Tak kisah la, bakal pengantin ke peniaga ke.... Benda ni korang patut baca dan buatlah pilihan dengan bijak :D


ideakad

IDEAKAD.COM | Merupakan syarikat milikan penuh berstatus Bumiputera dan menjalankan perniagaan perkhidmatan 'Design' dan Percetakan Offset serta Digital yang beroperasi sejak 2010.  
Perkhidmatan utama kami menghasilkan dan mencetak Kad Kahwin serta item yang berkaitan dengan majlis perkahwinan seperti Bunting,Banner,Thank You (TQ) Tag, Guest Book, Welcome Board, Props Stick, Mockup Cheque,Gift Box, Goodies, Arrow Sign, Poster Frame dan Photo Booth. 
Kami juga menerima tempahan percetakan (printing) untuk majlis korporat serta item untuk keperluan perniagaan. Kami menerima tempahan secara atau melalui 'online'



PAKEJ PERKAHWINAN MURAH


Kad Kahwin | Cetakan kad hanya 15 hari bekerja tanpa proses design, bebas membuat pilihan design (koleksi Ideakad) & warna, Caj Design Peta (map) dikenakan 1 map RM25 dan 2 maps RM40, percuma 1x bunting untuk tempahan kad 500 keping ke atas dan kertas Artcard 260gsm yang tebal dan berkualiti


Harga Kad Kahwin | Antara benda yang kita nakkan adalah kad kahwin,samada kad kahwin murah atau mahal,bergantung kepada individu tersebut. Kalau nak cut cost aku sarankan awak semua ambil yang pakej punya. Sebab kalau ala carte ( kau ingat ni makanan mek?haha) mesti harga tinggi sikit. Tapi takdelah tinggi sangat pun sebenarnya.


TQ Tag atau Sticker Tag | Yang ni biasa diletakkan di goodies. Sesiapa bakal pengantin yang nakkan sesuatu kelainan boleh la tempah TQ Tag atau Sticker Tag ni,haaa..


Bunting/Banner/Backdrop | Material bunting ni biasanya dari Tarpaulin dan pipe sebagai sokongan kepada bunting ni. 


dan banyak lagi seperti welcome board,poster frame,arrow signage, button badge, fridge magnet, keychain,gift box/bottle,gift item,goodies,wedding mock up cheque,props item dan guest book




PAKEJ MURAH



Pakej Popular Perkahwinan | Pakej kad kahwin,foto kad,fotografi,proplista,pre wed fotografi dan photobooth ni banyak kelebihan dia dan korang tak akan menyesal kalau guna pakej ini kerana cetakan kad hanya 15 hari bekerja tanpa proses design, bebas membuat pilihan design (koleksi Ideakad) dan warna, tiada caj kerja design dikenakan, percuma masukkan peta dan gambar serta kertas artcard 260 gsm yang tebal dan berkualiti.



PAKEJ PRE WEDDING


Selain itu, Ideakad pun ada membuat servis percetakan murah seperti bisness kad/ID Murah, Flyers atau broshure murah dan box serta packaging. 


Apa yang menarik minat aku adalah PREWED STUDIO FOTOGRAFI PROMO mereka dimana apabila korang memilih pakej kad kahwin, korang memang layak dapat harga promosi untuk buat pre wed di studio mereka di mana harga asal adalah RM150 untuk sesi 30 minit dan harga promo mereka adalah RM80 untuk sesi 30 minit. Mana tahu owner dia baik hati nak lajak satu jam terus,hahahaaha... untuk pakej prewed ini gambar shoot dan burn sahaja serta unlimited shooting,haaaaaa...posing la macamana sekalipun,asalkan puas hati,hahahahahaha... Basic props disediakan dan korang tak payah la sesusah nak angkut dari rumah. Lagi satu,yang bestnya gambar terus dapat lepas shoot dan diserahkan dalam bentuk DVD. Haaaaaaaaaaaa,lepas ada gambar semua, barulah boleh digunakan untuk buat kad kahwin ke button badge ke,bunting ke...haaaaaa,ikut koranglahhhhhhhhh...hehehehehe..





Kad kahwin sekarang pun macam-macam rupa ada. Nasib baik kat Ideakad ni up-to-date ,pilihlah ikut korang nak style macamana. Tapi kalau aku, aku orangnya jenis berjimat dan aku akan guna 1 side kad kahwin je kot,eh..yang macam gambar atas ni pun nice gila !





Lastly,button badge... dah jadi satu style aku rasa pakai button badge macam ni kan. Siap ada yang tulis cousin la,bff groom la...macam-macam,tapi style jugak benda ni...material yang digunakan adalah 105gsm art paper dan pin. 


Sebelum aku akhiri entry aku yang ni, korang kalau nak tahu harga atau design, please klik detail di bawah. Kat sana memang lebih detail dan siap ada ukuran lagi okayyyyyyyy! Mesra alam sungguh detail dorang,yang penting... customer happy dan customer boleh membuat pilihan dengan bijak. :D


Jangan lupa bakal pengantin tu, chill je okay. Nak murah bolehlah terjah website Ideakad dengan aman hokayyyyyyyyyy.... Yang penting korang ikut arahan di sini :D Selamat pengantin baru korang...

Alamat
Ideakad Solutions
No.25,Pusat Perdagangan Alam Jaya,
Jalan PPAJ 2/4,Bandar Puncak Alam,
42300 Kuala Selangor

Tel: 03-6039 1170
H/P: 014-339 6939
H/P: 012-921 4994


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa kat sini suka berjalan?suka makan?suka stay hotel?haaaaaa,sebenarnya dulu aku jarang nak suka jalan-jalan ni. Tapi bila dah jadi satu minat, aku rasa yesss i should do this. Sebab apa? Sebab benda ni semua boleh jadi satu pengalaman sementara masih bujang dan of course la minat. Kalau takde minat tu susah jugak sebab bukan pergi berjalan sahaja. Banyak benda kita boleh explore terutamanya bila kita travel. 


So far aku tak pernah lagi travel solo,tapi pernah jugaklah travel dengan orang yang tak pernah kita rapat dan lain bangsa. Mula tu memang kekwat gila, lepas tu dah faham perangai masing-masing sokay la kan,haha! Sebenarnya susah jugak aku nak berhadapan dengan orang yang kita tak pernah rapat ni. Tak tahu nak cerita apa,tak tahu nak duduk macamana,tak tahu nak berhadapan dengan macamana..haaaa,terukkan,haha...tapi selalu jadi diri sendiri, heeee....







Travel | Susah jugak nak travel. Sebabnya aku bukanlah bergaji besar pun. Takde masa satu hal. Tapi bila kita tahu tips berjimat. Memang aku follow la tips tu,yang penting rajin explore rajin google dan rajin survey tips pelancongan murah. Kalau aku travel, aku akan travel dengan cara berjimat dan berhemah. 







Tips. Info Travel | Kadang-kadang, kita nak tahu tips apa la yang patut dan yang tak patut kita buat masa travelkan. Jangan risau korang, aku belajar semua tu pun dari google dan ringankan mulut untuk bertanya.


Hotel | Part paling aku suka adalah stay hotel,haha... Orang kata, banyaknya la duit kau kan mek stay hotel sesaja,huhu.... Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga,yang penting banyakkan doa supaya selalu dimurahkan rezeki. Dulu aku memang janggal gila bila stay hotel ni,huuuuuuu.... Hotel pertama yang aku stay adalah The Royale Bintang The Curve depan ikea tu je haaaaaaaaaaa,itu hotel pertama aku stay la kan. Memang agak kekwat sikit diri ini,tatau selok belok hotel...tatau fungsi-fungsi butang dalam bilik tu,tatau nak enjoy macamana dalam bilik/hotel tu,hahahaha...bila selalu dimurahkan rezeki,alhamdulillah.... dah memahami sikit-sikit selok belok hotel dan tak takut untuk explore hotel bila travel,hehe...Hotel ni memang part paling aku suka dan minat. Tak kisah hotel bajet ke 3 bintang ke 4 bintang ke 5 bintang ke. Asalkan enjoiceeeee,hik....


Destinasi | Banyak benda nak kena prepare sebelum gerak untuk travel. Tapi bila kita pandai manage time,manage duit,manage tempat-tempat yang nak dikunjungi the problem is settle and just enjoy ur travel. Manage time la yang paling penting. 


Video Travel | Sebut hal video ni,aku tak berkesempatan lagi nak rakam detik manis bila travel ni. Sebab aku more to ketip-ketip gambar dan tulis apa yang patut untuk share di blog. InshaAllah,cukup gajet nanti adalah video travel dari aku,hewhewhew...Tak cukup tangan wei kadang,hahahahaha...Kamera lagi,henpon lagi... *overrrrrr


Food | Aishhhhhhhhhh, travel tapi tak cari makanan yang sedap itu amatlah sesuatu yang rugi bagi kaki travel ni. Pengalaman jugak tu korang,huhu...Kalau aku,aku suka ketip gambar pastu share jugak dalam blog. Bukan tujuan untuk menunjuk tapi tujuan untuk berkongsi kepada mereka yang tercari-cari info berkaitan.


Haaaaaaaaaaaa, benda ni semua aku banyak belajar dari projektravel.com . Macam-macam pengalaman yang aku belajar. Memang banyak perkongsian di sana. Apapun,bukan senang untuk berkongsi info begini untuk guide pembaca. Kita kena lalui dahulu baru boleh berkongsi dengan orang ramai. Korang, tiket flight AirAsia tengah murah gila tu, korang ada booking kemana-mana ke?Shareee laaaaaaa kat komennnnnnn... Kot terserempak ke tersama date booking ke,haaaaa...boleh la meet each other,amboih....kehkehkeh!!!!! 


Apapun,jangan lupa terjah projektravel.com atau guna hashtag #projektravel tak kira destinasi menarik yang mana ampa pegi... Sebab gambar korang akan terpapar di website projek travel jugak ! Hehe...So, selamat manage time dan selamat bercuti korang!! Kalau ada sesiapa yang nak share info atau tips travel di website projek travel boleh roger aku ! Aummmmmm,thanks korang sudi baca entri tak seberapa ini <3





 WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. Sepi la untuk beberapa hari seorang mek onie ni,hahahaha... So,macamana weekend korang semua? Aku? Alhamdulillah,weekend aku di Sarawak dan seronok yang amat. Tapi takpe, cerita Sarawak next entri hokay. Tunggu !!! hehe.. So, entri kalini aku nak kongsi satu skincare yang korang rasa perlu dan wajib tahu sebab ini adalah rahsia kecantikan #DivaMalaysia hokayyyyyyy, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan . Tak sangka la pulak aku Che Ta kita pakai produk ni,hehe... Ada 10 sebab kenapa Che Ta kita pilih produk ni... Haaaaaaaa,let's check it out !!



Rasya Skincare


Sebelum tu, saya saji dengan muka i dulu,hahahahahaha... Suka dengan packaging dia, bekas dia dan bau dia ! 


Rasya Skincare


Sebab kenapa korang perlu dan wajib cuba dan tahu tentang produk ini?
  1. Merealisasikan impian wanita untuk memperoleh kecantikan luaran mahupun dalaman.
  2. Produk terbukti berkesan.
  3. Berkualiti tinggi setaraf dengan jenama-jenama lain di pasaran
  4. Memiliki seramai 50 pengedar di seluruh Malaysia.
  5. Produk ini dihasilkan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi demi kecantikan,keselamatan dan ramai wanita yang mahukan produk ini dikeluarkan.
  6. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia
  7. Tidak memudaratkan kulit muka.
  8. Produk mengandungi bahan semulajadi
  9. Wangi yang amat !
  10. Harga mampu milik dimana bermula dari RM40 sehingga RM390


Dah tahu kan 10 sebab kenapa Che Ta pilih produk ni? Sekarang jom aku nak cerita satu-satu pasal produk Rysya ni. Cara pakai produk dia lagu mana, kelebihan setiap produk dia...haaaaaaa,ampa bacalah haaa... Semoga korang semua terliur yang amat :D






Rasya Skincare - LY Bird Nest Body Scrub


LY Bird Nest Body Scrub 
RM25/100g

Sabun buku bukan alkali yang mengandungi  'Sarang burung walet dan kolagen'. Ia membersih,melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit dan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. LY Bird Nest Body Scrub  adalah formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit RYSYA. Cubalah sendiri dan kongsikan pengalaman anda kepada kami selepas menggunakannya. sesuai utk kulit sensitif.


Arahan: gunakan dua kali seminggu. Gosok sabun seluruh badan menggunakan bahagian yang lembut dahulu sebelum menyaental menggunakan bahagian scrub. Bilas sehingga bersih.




Rasya Skincare - LY Facial Cleanser


LY Facial Cleanser
Harga: RM45

LY FACIAL Cleanser dirumus untuk membuat  pembersihan secara lembut terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa menggangu kelembapan  semulajadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.


Arahan: gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam . Letakkan cecair pencuci pada tapak tangan yang telah dibasahkan. Gosok kedua-dua belah tangan secara perlahan-lahan secara perlahan sehingga berbuih ,kemudian sapukan ke seluruh muka dan elakkan terkena bahagian mata. Bilas sehingga bersih.



Rasya Skincare - Ly Facial Toner


LY Facial Toner
Harga: RM45

Melindungi kulit,menjadikannya kelihatan berseri,lembut dan licin. Penggunaan Rysya LY Facial Toner yang konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit. memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. sesuai untuk semua jenis  kulit termasuk kulit yang sensitif.


Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Facial Cleanser. Elakkan terkena bahagian mata.



Rasya Skincare - 24K Gold Serum


Rysya 24K Gold Serum
Harga: RM140

Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit. Rysya 24k gold serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain (hanya mengandungi lebih bahan aktif sebanyak 3-5 peratus sahaja). Rysya 24k gold serum mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi bahagian dalam kulit.


Arahan : Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Rysya LY Facial Toner. Urut dengan teliti ke seluruh kulit wajah.



Rasya Skincare - 24K Gold Miracle Cream
LY 24k Gold Miracle Cream
Harga: RM140

Rysya LY 24k Gold Miracle Cream mengandungi ramuan anti-penuaan unik yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat,menghalang kerosakan serat,melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kuliy. Penggunaan Rysya 24k Gold Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketegangan ,keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin c mampu menggalakan aktiviti kulit supaya kulit menjadi lebih muda. Bahan-bahan di dalam produk penjagaan kulit Rasya membantu merangsang regenerasi kulit dan dapat melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi.


Arahan: gunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. Tunggu sehingga 24k gold serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu rysya 24k gold miracle cream. urut dengan teliti pada kulit.





So, kalau nak beli 1 set pun boleh, jimat dah RM5...Di mana harga untuk 1 set premium adalah RM390 sahaja. Kot nak buat hantaran ke, haaaaaaaaa.... boleh la kot pilih RYSYA kan? Opssss,sorry gambar atas ni takde BODY SCRUB,hewhewhew.. Segala harga tertakluk kepada keadaan, kot-kot ada sale,haaaaaa silalah grab sebelum kempunan. Tapi seriously i tot u haaaaaa, produk ni best ! Dari cleaser sampai toner pastu cream dan serum dia best yang amat,wangi pulak tu ! Patutlah Che Ta pilih produk ni. Haaa,sekarang aku dah tahu :)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi maklumat di bawah. 
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Whatsapp: 019-738 8866 / 03-7831 8669

Alamat: 
Thames Skincare Sdn.Bhd,
D10-9-Blok D10,
Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46,
47301 Petaling Jaya,Selangor



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

MEK ONIE

Ye, panggil Mek Onie je. Sebarang pertanyaan atau jemputan boleh email ke mekonie@yahoo.com

Terima Kasih Follow Saya

Everything About Beauty

My Favourite Spa Monthly





Yeay, paling seronok bila jumpa SPA yang selesa,seronok dan hasil dia WOW! Korang WAJIB baca pengalaman saya di ESTETIKA MEDISPA

ADA SOALAN?

Powered by Blogger.

JEMPUT BACA CERITA SAYA

  • ▼  2019 (22)
    • ▼  February (5)
      • CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UN...
      • CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-6
      • PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM
      • GAYA ARTIS DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 33
      • SENARAI LAGU DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33
    • ►  January (17)
  • ►  2018 (72)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (7)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2017 (114)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (3)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (15)
    • ►  May (7)
    • ►  April (13)
    • ►  March (8)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2016 (92)
    • ►  December (11)
    • ►  November (8)
    • ►  October (12)
    • ►  September (7)
    • ►  August (9)
    • ►  July (3)
    • ►  June (14)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (9)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (132)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (14)
    • ►  September (8)
    • ►  August (13)
    • ►  July (10)
    • ►  June (15)
    • ►  May (13)
    • ►  April (6)
    • ►  March (13)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2014 (117)
    • ►  December (22)
    • ►  November (13)
    • ►  October (17)
    • ►  September (11)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (13)
    • ►  May (6)
    • ►  April (13)
    • ►  March (1)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (150)
    • ►  December (14)
    • ►  November (16)
    • ►  October (13)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  July (17)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (8)
    • ►  March (25)
    • ►  February (12)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (141)
    • ►  December (11)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (10)
    • ►  June (32)
    • ►  May (12)
    • ►  April (11)
    • ►  March (20)
    • ►  February (20)
    • ►  January (8)
  • ►  2011 (108)
    • ►  December (9)
    • ►  November (36)
    • ►  October (24)
    • ►  September (10)
    • ►  August (24)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)

My Blog List

  • RAFZANTOMOMI.COM
    Lirik Lagu Sambil - Irfan Haris & Amira Othman (OST Jodoh-Jodoh Annisa)
    8 hours ago
  • BLOG BUDAK PACAK
    Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
    13 hours ago
  • Mawardi Yunus
    JOM TERBANG KE BANGKOK BERSAMA THAI AIRWAYS MALAYSIA
    23 hours ago
  • P O J I E G R A P H Y
    Pengalaman musim sejuk di Hokkaido, Jepun
    5 days ago
  • Lovely Bee
    SAJIAN ENAK FORTUNE FEAST DI TONY ROMA'S
    5 days ago
  • Ahmad Fauzi Aryaan
    PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
    6 days ago
  • VISIBLE VOICE
    JUARA PUBG 2018 BAWA PULANG RM20,000!
    1 week ago
  • Uncle Zuan
    Jom ke Sambutan Chap Goh Mei di S2 City Park
    2 weeks ago
  • Break and Drop
    The sweet taste of achievement
    2 weeks ago
  • Projek Travel
    A GOLFING EXPERIENCE WORTH TRAVELLING FOR WITH HILTON KUALA LUMPUR
    3 weeks ago
  • Blogger2u
    Pakej Perkahwinan MZ Garden Hall Bangi Lengkap Make Up Dan Busana Pengantin
    4 weeks ago
  • HASIF HAMSYARI
    Pengalaman ke Tanah Laskar Pelangi - Belitung!
    4 weeks ago
  • It's YOU that MATTER!
    Twenty Nine!~
    2 months ago
  • KISAHEMASPUTIH
    TEMPAT MENARIK DI SAPPORO HOKKAIDO JAPAN 2018 ( AUTUMN )
    3 months ago
Show 5 Show All

Report Abuse

Facebook Twitter Instagram youtube

Created with by ThemeXpose