Kitab Terfaktab

" Manusia semakin cerdik bercinta. Dari hal sekecil-kecil cincin anniversary hingga ke sebesar-besar mahligai katanya. Benda-benda indah dikongsi,benda-benda sedih dihayati. Engko jalan sini,engko jumpa yang baru. Engko jalan sana,engko jumpa yang lama. Cinta ini round-round situ jugak. Tapi masalahnya engko ialah tak boleh nak cerna mana satu betul,mana satu salah. Mana satu besar,mana satu yang remeh. "



"Ada saja perkara baru dalam percintaan dalam dunia ini. Engko kalau kata cinta itu mengarut,engko kata tak percaya dengan cinta,maka engkolah satu-satunya manusia yang paling rugi dalam kehidupan di muka bumi. Bercinta itu syok,putus cinta itu pun syok sekali-sekala. Sebab, bila masa lagi engko boleh menangis dan menyesal dengan tindakan engko? Manusia kena buat silap dulu,baru boleh jadi sakti dalam pengalaman. Kalau engko nak jadi sakti dalam percintaan,engko kena ada rujukan yang realiti. Bukannya novel dan drama fantasi yang mengaburi mata sanubari. Campak semua novel cinta,hempas tivi yang tayang drama cinta yang tak real."


" Engko baca Kitab Terfaktab ini, buka mata engko tentang hakikat sebenar dalam percintaan. Kalau kitab ini tak boleh nak bantu engko jugak, abang rasa engko ada masalah otak. Takpun, engko tergolong dalam manusia yang ada otak,tapi bila sampai buat keputusan,engko teragak-agak. Tak payah lengah-lengah,sila selak muka seterus dan maju bergerak "



-Kitab Terfaktab-







Masa bercinta... sayang, kasih, cinta, semai. Masa bergaduh.... babi, jahanam,haram, cilaka, bodoh, sialan,mintak break.
Dah tu masa kawen? mana engko nak simpan rasa semua tu? takkan nak peram sampai jadi mentega yang bila pegang tu rasa nak menyumpah pada diri sendiri? - Mek Onie



Aku bab cinta memang malas aku nak catur, biarlah aku sekadar berusaha. Orang peduli kisah cinta aku? Alhamdulillah sebab orang peduli. Yang aku peduli,kenapa engkau bimbang dengan jodoh aku? Engko doakan sudah mencukupi,gembira juga hati ni - Mek Onie



Syok sendiri? weiiii, tipu la kalau korang pun takde rasa syok sendiri kat lain gender. Aku sekarang pun still ada rasa syok sendiri tu, tapi aku pendam je. Malas la aku nak sembang lebih. Takut pula kalau secara tiba-tiba dia hilang,..siapa yang nak tolong jaga hati dan perasaan aku? - Mek Onie




I dont deserve someone better but i deserve someone can accept me. ^__^
Mood: suka baca banyak kali kitab terfaktab,sikit pun tarak jemu. 


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum onie, macam best jeeee

    BalasPadam
  2. dalam banyak2 kitab yang diorang keluarkan, 1 kitab pun saya belum baca lagi wakakaka.. pinjam mekk..

    BalasPadam
  3. sama lah mek onie....kita pun layan kitab terfaktab gak...hihi

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..