AirAsia Blogger Community : #AABC 2nd Anniversary Party in Bangkok

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Alhamdulillah, dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ni, ada satu benda aku terlambat nak update. Terima kasih banyak-banyak pada Nuar (penaberkala.com) kerana memilih aku untuk menggantikan tempat beliau. Sebenarnya, agak susah nak buat keputusan ke Bangkok tuari. Tapi bila rezeki macam ni datang kenapa nak tolak lagikan? Terima kasih banyak Nuar kerana percaya diri ini. Walaupun aku ni agak sendu ada jugak yang masih percaya pada aku. (shy shy) Terima kasih sekali lagi dan terima kasih juga pada AirAsia Malaysia kerana membawa saya ke Bangkok selama 3hari 2malam


Sebab pertama kerana aku susah nak buat keputusan ke Bangkok itu hari adalah kerana aku tak yakin nak ke sana kerana aku masih biasa-biasa sahaja. Kedua, aku bekerja. Ketiga, aku ni sebenarnya terlajak nervous travel dengan orang yang first time baru aku kenal,haha. Tapi semua tu bukan ALASAN untuk aku tolak! Peluang bukan banyak kali hokay!



Tujuan aku dan rakan-rakan blogger Malaysia yang lain ke Bangkok adalah bersempena ulang tahun #AABC2015 (AirAsia Blogger Community) ke-2 pada tahun 2015 ye korang. Walaupun sebelum ni aku tak pernah join sangat event sebegini gempak, namun kalini kenapa aku nak tolak lagikan? Sebelum aku join event under AirAsia Blogger Community yang ke Bangkok ni, aku pernah juga dipanggil bersama-sama untuk memeriahkan lagi event di TIMES SQUARE,KUALA LUMPUR bulan 3 lalu. Pun sangat gempak bila 80 blogger turun memeriahkan times square tu,haha... 80 blogger kot weh!...sah-sah la havoc ye dok!



Seramai 14 wakil blogger Malaysia terpilih untuk ke Bangkok dan aku sangat teruja kerana aku pun turut merasakan pengalaman yang sangat bermakna ini. Antara blogger yang lain turut ke Bangkok adalah dari negara Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam,China,Korea Selatan,Jepun dan Australia. Ohman! First time akan bersama blogger yang power dari beberapa negara Asia Tenggara. Fuh! Nervous! Event kali ini adalah dibawah penganjuran AirAsia Thailand dan tempat penginapan kami selama di Bangkok adalah di Eastern Grand Hotel Sathorn,Bangkok. 


Amboi,korang bertabahlah baca mukadimah aku tanpa gambar ye,bawah ni aku sajikan banyak gambar. Baca dulu nah mukadimah atas ni!haha..



PENGALAMAN HARI PERTAMA 9 JUN 2015 : KLIA2, MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG, HOTEL DAN BANGKOK


Maka! tersebutlah peristiwa dimana kami yang ke Bangkok ni akan bertolak. Hari nak bertolak tu aku sangatlah busy,LOL dan nasib baik angoh (adik) aku ada dan dia yang tolong hantar ke KLIA 2 super besar dan jauh itu,haha.. First time jugak aku berjalan masuk ke KLIA 2 sensorang dan alhamdulillah takde sesat pong,wakakakaka... First,lemme breakfast dulu before take off. As usual, tak ada selera dan mungkin sebab excited kot? hik.


Lepas briefing semua, kita orang terus berjalan ke departure room, heiiiiiii...macam biasalah...lebih kurang 20 minit kot berjalan.. Godang-godang sungguh KLIA 2,tapi takpe.. kanan kiri ada kedai.. so sambil jalan sambil menjeling kanan kiri.....nasib baik jugak ada sky bridge, rasa penat (dah tua) bolehlah guna skybridge,hikkkkkkk...

BLOGGER MALAYSIA

haiiiii korang, rindu tak?haha
Caroline,Cynthia,Wendy dan Nisa Kay





BLOGGER MALAYSIA

And yeahhhhhhhhhhhhh! kamilah blogger wakil dari Malaysia untuk sama-sama memeriahkan #AABC2015 2nd Anniversary Party in Bangkok. Semuaaaaaaaaa tu aku tak berapa nak kenal sangat dan aku kenallah pandai bawa diri. Oh, laki yang depan sekali tulah bagi brief pada kita orang semua. Say hi to Eugene yang havoc!!!! Thanks Eugene.





ROAST CHICKEN WITH CREAM SAUCE

Well, pagi tu takde selera nak makan... sebab excited sangatkan,haha...dan bila sampai masa makan atas flight dah tentulah licin uolsss. Haaaa kalau korang nak tahu, first time aku makan atas flight dan aku sangat puas hati gila dengan makanan AirAsia ni,serius okay,aku tak tipu ni ! Lagi best dapat try Roast Chicken With Cream Sauce ! Selama ni mampu tengok dekat buku in flight je korang... kali ni wajib try ! Lepas makan aku takkan tido ! Gila kau nak tido...aku dah la duduk tepi tingkap, alangkah ruginya kalau  duduk tepi tingkap kau tido..haha.. So, perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur (KUL)  ke Don Mueng (DMK). Kami sampai around 2.30pm di mana masa di sana awal sejam dari Malaysia. Bab jam ni kadang gelabah jugak,wakakakaka. Tapi sehari kat sana barulah boleh adapt dengan perbezaan jam tu,nasiblah beza sejam,kalau berjam-jam,i can't brain this ! LOL





BANGKOK

Yeahhhhhhhh!!!!!! Masa ni jugak kau nak tido mek? memang kau manusia yang rugilah gamaknya... dan nasib baiklah selama 2 jam aku duk dalam flight,aku tak tidur... serius aku suka tengok awan yang kepul-kepul tu haaaa... Okay,gambar atas ni menunjukkan kita dah masuk Bangkok ye kawan-kawan. So, sawadee (krab/kah) semua!!! Bangkok crowded macam kl jugak rupanya, hehe..but nice scenery,nice culture and nice people :)





EASTIN GRAND HOTEL SATHORN,BANGKOK

Sampai airport Don Mueng kita tunggu van untuk dibawa ke tempat penginapan 3 hari 2 malam. Oh,atas ni lah hotel kami, Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok yang super nice itu!

Haiiii,chue chan Mek Onie blogger dari Malaysia ya :D





MY ROOM, LEVEL 16

Khob Khun (krab/kah) kerana menaja penginapan yang sangat selesa ini ya AirAsia. 





BILIK


My room dan berminggu-minggu aku fikir,sapelah roomate aku kan...Salah satu tanda takde selera makan,wakakakakka






Faan dii na krab/kah di Hotel awesome ini ! semoga kalian semua yang datang dari pelbagai Negara have fun dan puas hati ya mbak/mas semua. Aku pun puas hati tika di sini. (tetiba tukar slang,LOL)





NISA KAY DAN MEK ONIE

Yeahhhhhh! My roomate !!!! Nisa Kay. Memula dapat tahu aku sebilik dengan Nisa Kay, aku serupa nak menjerit terkejut ke,menjerit gembira pun aku tatau macamana nak cakap dah,hahaha... Nisa Kay weh, One of The Top Blogger Malaysia, i is segan derrr...kahkahkah..





A JOURNEY IS BEST MEAUSRED IN FRIENDS,RATHER THAN MILES

My view from my room,Level 16 yawwwwww.... nice room,nice view and nice level ! Perfect !





BTS STATION

Paling best sekali hotel yang aku menginap ni link dengan BTS STATION ! Alaaaa,kalau kat kl orang panggil monorel..haaaa... so, bts ni memang kita orang akan pakai dari hari pertama dan kedua kerana kami sudah diberi BTS Card dari AirAsia. Terima kasih AirAsia taja BTS Card juak! Alhamdulillah. So,hari pertama lepas inspection kat hotel terus keluar cari makanan ketip-ketip gambar, jalan-jalan kat mall dan jalan sampai puas ! (kisah ni aku akan buat lain entry ok)






Yeahhhhhhh! Lega,dapat makanan melayu di Bangkok,sape boleh teka restoran apa???? Terima kasih jugak AirAsia kerana belanja makan. Tak tahu nak cakap macamana dah, im really thankful ^_^
dan lepas makan kami jalan sampai penattttt! Hari pertama kita orang banyak Free & Easy je,so jalan sajo la,hik...





PENGALAMAN HARI KEDUA 10 JUN 2015 : RALLY & PARTY


So,macamana hari pertama? "oh,best la..tak terkira bestnya..sebab kalau bukan kerana AirAsia,entah bila aku nak sampai Bangkok ni.." kata aku kepada sahabat Malaysia. Okay,ini cerita hari kedua, rupanya hari pertama kami ada kaitan dengan hari kedua,haha... Aktiviti hari kedua disebelah siang kami adalah Photo Rally 2015 . okay jom daftarkan diri dulu di Sala Daeng Room dulu sebelum meneruskan aktiviti.


Yeahhhh... masuk-masuk sala daeng room kami diberi kejutan dengan tarian dair Thailand.Sweet nau! hik






Siap register and yeahhhhh! Thanks for thsirt and goodies bag ! Jom naik bilik kita tukar! hihi... Ahhhhh, nervous !






dan aku group 5,siapa lagi group 5???????Okay tunggu siapa lagi ahli kumpulan 5 ni,hehehe...





#AABC2015

Siappppppppppppp! Lawa baju AABC ! 






Terima kasih AirAsia !!!!!!!!!





GROUP PHOTO : AIRASIA BLOGGER COMMUNITY

Sebelum kita berlari di bandar Bangkok sana, jom group photo !!!!!!!!!!
haaaaa,inilah blogger yang aku cakap tadi,serata Negara turut serta dan kesemuanya hampir 100 blogger termasuk blogger dari Malaysia. 






Bila dah dapat ahli kumpulan dan dapat task kami, terus plan strategi.. nasib baik aku punya leader already 3 times like that sampai kat Bangkok ni,Haha..






Ahli kumpulan aku,jyeahhhhh! Nervous tak?sat g aku introduce.






Say hi to Mek Onie,kahkahkah :P





BTS STATION

Aktiviti siang tu,kita orang perlu menggunakan BTS sahaja. Hal ini kerana, kami telah diberikan BTS Card untuk bergerak kemana sahaja untuk selesaikan Rally Photo tersebut. Untuk pengetahuan korang,aktiviti ini kami kena bertanding dengan 12 kumpulan yang lain. Kami perlu selesaikan task dengan cara yang kreatif dan menang!





GROUP 5

dannnn inilah ahli kumpulan aku ! hihi... Nice to meet u guys/garl! *typical wish when meet for the first time :P

from left: sutiknyo ( indonesia) , Seth Lui ( Singapore), Marianna Henud ( Philiphines but she was stay in Brazil actually), Nguyen Tuan ( Vietnam) 


Haaaa,havoc tak ahli kumpulan aku? hik! nak pengsan gak la masa ni,sebab dorang semua jalan laju gila, kahkahkah...





SHRINE : ONE OF THE PLACE MOST VISITED IN BANGKOK

Kami dari kumpulan 5 !






Dikala nak berlari sape sampai last check point, ada pulak group yang lain dalam train ! haha...Eh, say hi to Ashman ! Hari pertama Ashman takde bersama kami. :D







Task kita orang ! We're finished !!!!





SIAM PARAGON,BANGKOK

Sorry mari ! Asean people can't jump nicely ! haha...





TUK TUK

Nice photo with nice people ! 
Ah,rindu pulak dengan dorang ni.






It's a wrap !!!!!!!! 


Pastu, naik bilik rehattttttt, longgar skru lutut wehhhhh,masa petang tu aku tak gaduh nak kemana,sebab aku nak rehat..nak kumpul tenaga untuk malam tu lak,haha...





WE'RE FROM MALAYSIAN PEOPLE AND HI PHOEBE FROM AUSTRALIA!

dan akhirnya malam tu kita orang ada tema tau. 

Tema: Pakaian Kebangsaan





Hai,saya memilih pakaian ini untuk malam tu,haha :P
Puteri Perak. 2 jam bersiap haaaaa... Sorry, mekap sendiri tu tak umphhh sangat,haha






First time aku gulung samping sendiri, siap ada style pulak tu, jangan tergugat ye abang kat luar sana,hahahahaha..






yeayyyyy! with my roomate yang arabian..eh punjabi kan? eh eh :P






Nisa Kay, Mek Onie, Kak Ruby dan Nizam






MY BESTFRIEND IS THE ONE WHO BRINGS OUT THE BEST IN ME.

Time ni !!!!!! koranggggggggg,thanks for support me... bila nama kena panggil..terpinga-pinga jap aku,wakakakakaka! Actually malam tu ada gak pertandingan best dress...haaa first time aku gigih pakai cenggitu,sebelum ni aku bedal jubah je,LOL... ni first time ni aku pakai costume tu, wakakakaka...dibawa khas dari Malaysia okay :P






Cakkkkk! Orang first naik stage,kau ghase? sampai ke sudah aku nebessssss.... gelap gelita jap haaaaaaaa...haha






Dari kiri: emcee, Blogger dri Thailand,Blogger dari Malaysia dan Blogger dari Korea .
Mana satu pilihan anda semua? yang naik ni semua pemenang best dress..






Aishhhhhhh, first time ni first time.... dah la depan aku semua international blogger,hahaha... 






Oh, thanks for support me blogger malaysia yang lain. Korang punya jeritan buat jantung Mek bergegar okay, terbaikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!






Blogger Thailand - 1st Prize
Blogger Malaysia - 2nd Prize 
Blogger Korea - 3rd Prize






Amende la aku bebel tu,haha


Mari from philiphines. cantik sangat mari ni,geram :D




Thanks AirAsia Thailand . Yeayyyyyyyyy! Setel dinner malam tu, kita orang plan nak keluar bandar Bangkok, gigih tak weh?haha



Tahniah juga kepada pemenang Rally Photo dan lucky draw... :)

SALA DAENG

Well,Skytrain la paling senang untuk kami berjalan,hahahaha..





THANON SILOM

Turun Silom semata-mata nak shopping keychain jeeeee..... nak beli baju, tak muat beg dah,LOL
Bab ni aku cerita lain entry okay :)

Sampai bilik dalam kul 11 gitu kot, terus packing barang,sebab esok pagi nak kena gerak dah, huwarrr...sedih plak rasa nak tinggalkan Bangkok tu, tak puas berjalan.




PENGALAMAN HARI KETIGA 11 JUN 2015 : BYE BANGKOK, PENGALAMAN SEBAGAI PENUMPANG PREMIUM SEAT DAN MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG.

INFINITY POOL 

Sebelum kita orang nak gerak balik Malaysia, aku,Nisa Kay dan Nizam breakfast sesama dan lepak kat infinity pool ni ... view kat sini lawa gila kot,geramnya lahai...





LOBBY 

Okay,time for go back ! 
Bye Bangkok dan Hi Malaysia.
Will come again soon !






Yang bestnya, balik tu kita orang dapat Premium Flex !!!! So baru aku tahu keistimewaan kalau beli tiket AirAsia yang Premium Flex tu. Antara kelebihannya adalah Fast Track,Favourite seat, express baggage dan banyak lagi,korang boleh baca kat sini .  Yang bestnya la kan, express boarding chuolssssssss..so orang paling awal la masuk flight dan tayah nak berebut sakan,hehehe... 






PREMIUM SEAT WITH PREMIUM FLEX YAW!

Nampak, aku orang paling awal masuk dalam flight, teruja idokkkk?????






Sangat selesa.





NASI LEMAK PAK NASSER'S

dan akhirnya dapat gak rasa nasi lemak AirAsia ni,memang betul la orang cakap, rasa dia sedap!!!!! 






Oh koranggggggggg, sebelum terlupaaaa.... AirAsia ke Bangkok selama 11 kali untuk 1 hari. Jom reramai ke Bangkok!!!! Lagipun sekarang ni AirAsia ada buat sales untuk EXTRA FLIGHT sempena nak raya ni, jomlah ! kot dapat murahkan :D


So, lepas makan macam biasa aku tak tido pun, aku lebih suka tengok luar dan baca buku travel 3sixty .. dan alhamdulillah,kami semua selamat sampai Kuala Lumpur jam 4 petang, sesungguhnya memori ini sangatlah tak dapat dilupakan





EUGENE FROM AIRASIA X





ASHMAN FROM AIRASIA

Terima kasih banyak-banyak Eugene dan Ashman kerana memberi peluang kepada saya dan rakan yang lain ke Bangkok. Ini adalah merupakan event yang paling saya takkan lupa selama saya menjadi blogger. Hadiah kemenangan itu adalah bonus kepada saya sebenarnya,namun setiap saat kenangan kita semua disana itu adalah lagi penting sebenarnya. Semoga kita semua semua menjadi blogger yang berjaya dan beretika,inshaAllah...rindu bangkok dan kenangan kat sana :(



Sebelum saya akhiri entri ini, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Ashman,Eugene dan AirAsia Malaysia dan AirAsia Thailand kerana menerima kehadiran saya. Semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang, U guys memang havoc gila !!!!!!!! Tahniah saya ucapkan!



So, anniversary ke-3 nanti dimana agaknya? Semoga ada peluang lagi untuk bersama. Terima kasih untuk pengalaman di Bangkok dan Premium Seat yang best itu,hikkkkkkk...Banyak benda aku belajar selama aku berada di Bangkok,will share kat next entry,stay tuned korang, inshaAllah aku akan perbaiki mana yang kurang pada diri aku. Fuh! siap jugak share pengalaman aku di Bangkok,Tahniah AirAsia atas ulangtahun #AABC yang ke-2. :)




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


5 ulasan:

  1. laaa bangkok ke? aku ingatkan jakarta. time tengok gambo aritu mati mati aku ingatkan jakarta hahaha

    BalasPadam
  2. Bestnya Mek Onie.. Costume Mek mmg cantik, mmg layak menang pun ... =D

    BalasPadam
  3. tahniah onie...rezeki onie kt sana

    BalasPadam
  4. best betul la mek onie...by the way..congrates dapat tempat kedua..terbaik la..

    BalasPadam
  5. bestnya..bila la kita nak dapat naik air asia ni..hehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..