Pengalaman Melihat Dobi Terbesar Di Malaysia !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ingat lagi tak kisah ahli silap mata yang aku cerita masa aku pergi Genting Highland haritu? Rupanya banyak lagi yang aku tak pernah nak terjah dan kongsi dengan korang. Aku rasa lepas habis entri ni banyak lagi kot aku nak cerita pasal Genting Highland. Mohon korang yang baca tak sendu,haha!




Haritu aku pungut ilmu sikit di resort Genting Highland ni. Ternyata pengalaman ini sangat bermakna pada aku kerana dapat mempelajari apa yang sedang berlaku di Resort Genting Highland. Lepas ni kalau korang nak try sekali pun boleh sebenarnya. Sebelum aku cerita panjang lagi, dobi yang aku pergi ni adalah dobi di FIRST WORLD HOTEL dan hotel ni memang banyak gila bilik dia. Kira-kira 6000 lebih bilik hotel dan korang pernah bayang tak macamana dorang uruskan hal mendobi dengan pelancong/pelawat yang tak pernah putus setiap masa? Actually, aku pun baru terfikir macamana la pihak hotel ni handle benda mendobi dengan cepat dan cekap.


Rupanya inilah jawapan dia.


Mesin !





Thanks gadis-gadis comel yang pegang bendera merah kerana banyak guide kami masa behind the scene.


Dobi Terbesar di First World Hotel



Hello ! Mek Onie ada kat dobi yang terbesar di Malaysia ni gaisssss...First sekali, bila aku masuk dobi ni, terus terkesima weh. Macam tak percaya sangat aku masuk dobi dorang. Ingat office je memula masuk. Sekali dobi + office dorang sekali, haha.. Pastu tengok sekeliling bersih dan tak kotor ! Kiranya, tempat dia pun bersih jugak. Susah la nak tengok habuk kat lantai di kawasan dobi tu.


Pekerja sana pun semuanya buat kerja dengan pantas. Bukan pantas sahaja,malah cekap mengendalikan mesin yang ada. Adoiii,rindu pulak aku kat mesin-mesin ni.. Kan best kalau dapat jadi staf kat sana,eh.. Ikutkan dulu aku belajar mekanikal tekstil, so.. macam best pulak kalau jadi sebahagian daripada mereka semua ni. (nyempat lagi!)


Okay,mukodimoh habih doh deh,haha


Jom belajar dan tengok apa yang berlaku di Dobi First World Hotel ini :D



Nampak tak atas ni? Haaaaaa, sesi mendobi bermula daripada pengumpulan cadar dan etc. 


Dari bilik ke dobi, siapa tahu proses mendobi di sini sangatlah pantas dan efisyen.


Apabila proses pengumpulan segala jenis cadar,sarung bantal,selimut,tuala dan lain-lain maka kerja pengasingan pun berjalan dan terus di hantar ke bahagian seterusnya untuk dimasukkan dalam beg biru ini. 


Lepas pengasingan, maka pergi la kepada proses pencucian.


Haaaa,ni lah beg biru aku cakap atas tadi. Aku ingat, beg tu memang besar macam tu, rupanya kena pam, hagituh!


Proses pengeringan. Tetiba aku teringat mesin sizing textile, hadoiiiiiiiiii...haba dia tu buat aku teringat,haha.. Proses dia lebih kurang sizing.





Selepas siap kesemua proses,maka sampailah ke proses yang terakhir iaitu proses melipat. Mak aiiii ! terus ada mesin melipat kain terus ! Terbaiklah ! ni yang buat aku nak belajar pasal mekanisme mesin-mesin dorang ni ! Memang patutlah dikenali sebagai dobi terbesar di Malaysia. Penuh dengan mesin yang sistematik dan berteknologi canggih ni.




Last sekali,first time aku baju blazer digosok macam ni..... pap pap pap, letak pastu switch on terus lendek baju kau haaaaa ... mak terpegun oiiii





Haaaa teruja la weh tengok proses mencuci selimut,cadar segala tu. Baru aku tahu macamana proses pencucian lagi-lagi hotel yang gabak besar macam ni. Penuh sistematik dan besar dobi dorang !


Jumpa lagi Genting Highland dilain entry ! pasni aku nak cerita banyak lagi aktiviti kalau yugaisss purchase 'Behind The Scene' . Serious. Yugaissss akan rasa best. Lelagi kalau bawak family atau anak-anak korang tu. So macamana? teruja tak korang tengok dobi kat First World Hotel, Genting Highland ni? Aku teruja sebab tengok proses-proses dia dan mesin-mesin dia yang besar dan canggih tu ! Bestnya kalau dapat belajar pasal mesin dorang T_T


Nak tahu lebih lanjut lagi boleh terjah : Resort World Genting :D




TERIMA KASIH GENTING HIGHLAND !


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


12 ulasan:

  1. wau.. boleh berbisness la gini

    BalasPadam
  2. perghhh..semua lengkap..asalkan bersih..hehe

    BalasPadam
  3. wahhh...serius tak pernah tgk mesin iron tu..terbaik lah dobi besar sume mesin besar..

    BalasPadam
  4. Pergh..tak pernah tau pun selama ni.
    http://ainaez.blogspot.com

    BalasPadam
  5. ohh la I selalu imagine dorang hantar kat dobi biasa >,< thanks for info ;)

    BalasPadam
  6. dulu study perhotelan. so dapat laa merasa kerja / training sat kat bahagian housekeeping.. hehehe..penat kot tengok org buat kerja..

    BalasPadam
  7. wow untungnya mek onie....bukan senang nak dapat peluang seperti ini ....
    saya tak berpeluang cuma berpeluang melihat Lombong Cantik Di Pulau Pinang

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..