Malam Kalimah Cinta Bersama Opick Di Istana Budaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masuk ni kali ke-2 la kot aku ke Istana Budaya. Rupanya dah jadi kemaruk awak. Bukan apa, tak sabar nak tengok pertunjukan multimedia dan efek khas di pentas bertaraf dunia. Tambahan lagi, ada opick malam tu. Sejujurnya aku sangat minat dengan lagu-lagu nasyid dari Opick. Setiap bait-baitnya,ada maksud tersurat dan tersirat. Selama ni, aku berkesempatan tengok Opick di youtube sahaja. Tapi kalini aku berpeluang untuk tengok live di Istana Budaya. Terima kasih kepada projektravel.com , Indigital Music, Mask Team dan Istana Budaya. Fuh! Tak boleh move on lagi rupanya aku ni.

Mek Onie x Shiqin Sunshine




Thanks awak sudi ikut saya malam tu. Okay, aku duduk di barisan V. So far okay la. Takdelah sempit sangat. Selesa. So,sape yang masih teragak-agak tak tahu nak pilih seat yang mana aku cadangkan barisan yang tengah. Bukan apa. Nampak la stage tu turun naik,tukar takirkan. Tapi untuk yang malam ada Opick ni aku memang puas hati la dapat barisan V ni. seat 26. Haaa..



Opick ketika membuat persembahan.


23 Disember 2015, Kuala Lumpur- Pentas Panggung Sari diserikan dengan alunan lagu-lagu indah hasil nyanyian Opick,Siti Nordiana dan Ronnie Hussein dimalam pertama,Malam Kalimah Cinta. Mengambil keberkatan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul,persembahan yang berdurasi selama 90 minit ini turut menampilkan elemen zikir dan selawat. 


Opick tampil membuka pentas dengan lagu Medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Opick juga diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dibawakan khas dari Indonesia yang dikenali 'Tombo Ati'. Paling meriah bila juara Gegar Vaganza tampil membuat persembahan bersama Opick. Pun first time juga tengok nana nyanyi live kat stage,terpegunnnnnnnnnnnn...Nak-nak bila nana nyanyikan lagu nasyid yang ditulis sendiri oleh Opick. (video boleh tengok bawah nanti,saya share ^__^)


Selain juara Gegar Vaganza, penyanyi Ronnie Hussein pun turut membuat persembahan dengan lagu dikoyak waktu. Memang terbaik dan Ronnie Hussein sangat berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital Music kerana membuka peluangnya untuk berkongsi pentas bersama penyanyi yang cukup disegani di Indonesia dan Malaysia.


Apapun, pada 23 disember tempoh hari aku sangat terharu kerana diberi peluang bersama-sama untuk menyambut Maulidur Rasul bersama penyanyi yang aku minati,Opick. Semoga aku berpeluang ke sini lagi tahun hadapan. Komen peribadi aku, aku sangat utamakan jika diberi peluang bersama-sama untuk menghadiri konsert bertemakan islamik ini daripada konsert yang melalaikan. Ini adalah konsert live pertama aku hadiri. Alhamdulillah. Semoga diri terus berada di jalan yang benar dan bukan jalan yang melalaikan diri sendiri,inshaAllah.


Bawah ni aku belanja sikit gambar aku di Istana Budaya. 




Mek Onie Di Malam Kalimah Cinta,Istana Budaya



Mek Onie Bersama Lukisan Saiful Abd Kadir


Lukisan dari Saiful Abd Kadir | Medium: Midea Mixed On Metal

Terima kasih kerana sudi tengok video saya dan semoga bertemu lagi Opick dan Kak Nana. :)
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

3 ulasan:

  1. Kelas dia skang. Bak artis popular antarabangsa gitu.

    BalasPadam
  2. Heheh same2 awokk...smart kan stage dia..tq sudi ajak :-*

    BalasPadam
  3. menarik nyer.
    untong la dpt gi.
    semua penyanyi best !!!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..