Gadis Pengutip Biji Kelapa Sawit, Kini Bergelar Usahawan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama tak cerita kisah fesyen-fesyen ni haaaaa.. Kebetulan aku diberi peluang untuk berkongsi kisah seorang yang berjiwa kental dan rupanya jauh lebih muda dari aku rupanya. Tapi takdelah jauh mana pun, beza 4 tahun macam tu la dengan aku. Eh kantoi !hahahahaha.... Bila dikongsikan dengan aku kisah kejayaan beliau, aku jadi tertarik untuk berkongsi dengan pembaca aku jugak,mana tahu jadi pembakar semangat korang.






Photo by @akugraphy

Bila ditanya tentang keuntungan dalam berniaga, beliau menjawab perniagaan yang berjaya bukan soal untung atau tidak tetapi lebih kepada usaha seseorang itu. Dengan adanya kelebihan dalam diri beliau, beliau gunakan sebaiknya dan memberi inspirasi kepada orang lain serta memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara. Itulah prinsip yang ditanam dalam jiwa seorang gadis yang berusia 22,Atirah Othman juga pemilik Carla Nadra Apparels.

Kita tahu bila seseorang itu berusia 22 tahun dan berada dalam dunia perniagaan dah tentu orang akan terfikir, terlalu muda dan mentah untuk harungi semua kesusahan. Tapi lumrah la kan bila berada dalam perniagaan ni,tak kira umur dah... jiwa memang kena kental. Tenaga kena lebih.


Bila ditanya, belajar lagi ke? Rupanya Atirah telah mendapat pendidikan peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Percetakan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Atirah dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di Jerantut, Pahang dan merupakan anak kedua daripada 5 beradik.


Kata beliau, "Apa sahaja yang boleh menampung keluarga, saya buat dan asalkan dapat duit halal dan tidak menganiaya orang lain. Saya ketepikan rasa malu, letih dan jemu demi memastikan kehidupan keluarga terjamin". Terkesima aku, sebab diusia muda macam ni dah kenal erti pengorbanan yang sebenar. Paling aku woowwww, bila Atirah berpengalaman mengutip buat sawit selama 3 tahun  dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kalau kita yang tak menyabar tu, mesti taknak kisah dah kerja macam ni kan? Sebenarnya, kerja macam ni lah paling mulia dan yang penting tanamkan niat ikhlas untuk bekerja. Setiap kali cuti sekolah, Atirah keluar cari duit saku demi keluarga dan bekerja di gerai makan sebagai pelayan, pembancuh air, pencuci serta juruwang sudah biasa baginya sejak di sekolah lagi. Apa yang Atirah dapat dari pengalaman hidupnya bukan satu kekejaman tapi satu kelebihan untuknya supaya terus mengorak ke hadapan. Good job babe!


Carla Nadra


Sambung lagi kisah Atirah, lepas je habis diploma, beliau terus mencari kerja dan tak berapa lama tu beliau rasa susah dengan kehidupan makan gaji ini maka tersentak hatinya untuk memulakan perniagaannya sebab tu je yang mampu nak ubah cara hidup dia. Pengalaman berniaga Atirah juga sebenarnya datang dari dropship juga. Sebelum Atirah keluar dengan produknya sendiri, beliau juga kutip setiap pengalamannya sebelum-sebelum ni.


Photo by @akugraphy





Material: Microfibre
Harga; RM79
Saiz: S, M, L, XL, XXL
Warna: 1 design 1 warna (limited edition)


Kelebihan:
-Baju tak panas dan kain dia best !
-Kain lembut sedap dipakai
-Konsep trendy gitu je
-Design baju ikut musim tau


Carla Nadra Apparels adalah produk pertama yang telah Atirah keluarkan. Peluang ini datang dan beliau mampu membina jenamanya sendiri dengan hasil usahanya sendiri dan Atirah mengakui masih banyak benda yang kena belajar. Dengan nekad, Atirah terus bangkit dan mulakan perniagaan Carla Nadra dan produk ini berkonsepkan urban dan trendy. Sesuai untuk gegadis yang suka fesyen macam ni. Bila sentuh bab fesyen, memang banyak perniagaan fesyen di luar sana, jadi Atirah perlu gigih untuk menjayakan produknya dan menghasilkan rekaan terkini.


Bak kata Atirah,


"Dalam hidup ini, sebenarnya setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya. Tiada halangan sebenarnya jika setiap orang diberi peluang untuk berusaha hingga berjaya. Asasnya jika melakukan sesuatu perkara itu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Kekalkan niat, kuatkan semangat" 


Fuhhhh, terinspirasi sekejap, macam aku.. aku kalau nakkan sesuatu aku akan berusaha sendiri. Contohnya macam sekarang. Aku pun sebenarnya tak percaya yang aku masih bertahan untuk menulis di www.mekonie.com,hewhewhew... 7 tahun kot dalam industri blogging ni,cewah sangat!

So, apapun yang kita buat... jadikan orang yang telah berjaya sebagai inspirasi kita. Jangan kita membenci orang yang berjaya dan jangan pula kita simpan hasad dengki sesama kita. Be positive dan jadikan pengalaman yang lepas tu sebagai pembakar semangat kita,haaaaaa..... Di sini, Atirah berharap,jenamanya dikenali di seluruh Malaysia dan dapat setanding dengan jenama yang gah di luar sana. Chaiyok Atirah..Seronok bila Atirah ni share pengalaman macamana dia nak mula niaga. Good job dear.

Nak tengok baju yang direka oleh beliau tak? Haaaaaa, meh singgah sini..



Call: 016-319 5022 / 03-6039 1170
Email: carlanadra@gmail.com

Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com

4 ulasan:

  1. Cantikkkk! Jatuh hati dengan corak bajunya...

    BalasPadam
  2. muda muda dah jadi tokey ni..best2

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah,

    Teringat lagi satu ketika dulu... kutip getah beku untuk tampung pembelanjaan Universiti.

    Kami semua pernah hidup senang sehinggalah satu ketika ayah diberhentikan kerja.

    Erm....

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..