KENAPA AKU PILIH SISTA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!Boleh tak nak cakap busy yakmat sekarang-sekarang ni? Sampai tak sempat nak update entri,wahwahwahwahwah. Tapi nasib baiklah segala kelengkapan untuk update entri ni cukup. Laptop ada, fon ada, kamera ada, internet ada. Tapi part internet ni aku rasa nak hempap-hempap je modem tu. Bayar mahal gila tapi speed still macam sebelum sebelum ni. Dan dengar kata jiran atas aku ni curi line internet rumah aku? Hei sangat perangainya pun. Alhamdulilah sesejak pakai macbook ni, mudah sikit la segala hal transfer, editing dan posting. Pun mudah nak bawak kemana-mana sebab macbook ni ringan. Memang aku pilih macbook sebab biar mudah nak bawak ke mana dan dia punya processor, memory dan graphics aku suka. Aku akui, memang susah nak jaga macbook ni. Sebab takut rosak. Kang rosak sah-sah mahal bila nak repair tu. huhu..


Habis bab laptop, fon pulak. Alaaaa, ikutkan dulu aku pakai E7, lepastu ada hamba Allah tu curi. Tapi seriously pakai samsung E7 best gila kot. Actually aku beli fon tu guna duit blog aku. RM1k+ tapi nak buat macamana, takde rezeki,hmmmm... and now aku pakai J5 je nokkkkkkk... jadiklah henpon memurah, asal boleh wasap,instagram dan call pun kira Alhamdulillah. Mana tau esok lusa ada orang nak bagi Iphone 6 ke, Samsung S6 ke...haaaaa mana tahu... hahahaha... *kalau ada la kan..kalauuuu...Tapi mudah la pakai J5 sekarang. Kadang-kadang kualiti gambar dia ok. Kadang tak ok tu depend on situation la kot. -..-"


Data Transmission : SISTA



Haaaa gitulah kisah serba sedikit barang milik Mek Onie ko ni haaaaaa... bila digandingkan dua ni. Laptop dan handphone. Tak lengkap kalau takde data dan charging cable. Sebelum-sebelum ni aku transfer data fon ke dropbox terus. Jadi,lambat sikit la kerja aku sebab benda transfer-transfer tu bergantung pada line internet aku. Kalau ok line internet maka okeylah sesi transfer tuu haaaaa,kalau tak tongkat dagu jela jawab dia.



Sebut hal transfer data ni. Haritu aku terjumpa satu cable data dimana handphone dan laptop boleh digunakan dan paling aku suka guna sebab dia laju masa transfer tu haaaa. Seronok la kan. Tak payah dah nak tongkat dagu pakai line internet. Mudah nauuu pakai cable ni. Cable ni jugak sebenarnya salah satu benda yang menyenangkan aku jugak. 



Sebab-sebab lain kenapa aku suka SISTA?
  1. Apollo data and charging for lightning / micro usb
  2. 3 warna pilihan iaitu hitam, merah dan putih.
  3. Design cable tu flat dan susah nak berbelit-belit bagai tu
  4. Mudah untuk disimpan dan nak gulung pun senang
  5. Kualiti tinggi, non-toxic dan 'environmentally-friendly TPE materials that are resilient, soft, durable and strecthable.
  6. Last sekali, laju!
  7. Sesuai digunakan untuk transfer file dan boleh juga digunakan untuk powerbank
  8. Yang bezanya tentang data cable yang ada ni adalah mempunyai 118pcs quality core berbanding dengan cable yang sedia ada diluar sana. Helaian cable sebenarnya pun memainkan peranan yang penting untuk sesuatu cable ni dan aku berani cakap cable ni susah nak putus dalam sebabnya data cable ni mempunyai 118pcs.
  9. Tak mudah putus sebab ada elemen 'strecthable'

Meh aku nak share sikit detail data cable ni:-
  • Model: ST-D10AI / ST-D10AV
  • Material: Aluminium + TPE
  • Applicable: Applicable to lightning or micro usb
  • Fungsi: Charging dan Data Transmission
  • Panjang: 1000mm
  • Current: 5V / 2.1A
  • Berat: 18.5g


Pilihan Hati Aku Warna Merah



Haaaaaa, sebab tu la aku pilih SISTA. So far seminggu dah aku pakai dan tak nampak lagi kesan-kesan nak 'kiok' ke apa,hehe....So, SISTA yang aku sebut atas ni lah yang aku pilih untuk dijadikan sebagai data transmission atau mengecas henfon. Meh sini aku terangkan sikit apa itu SISTA. 


SISTA :-
Kalau korang nak tahu, SISTA menjual aksesori telefon seperti power bank, data cable, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan banyak lagilah. Kewujudan SISTA ni sejak 5 Ogos 2016. Dah masuk setahun pun haaaa.... So, ada pengguna dari jenama SISTA di sini? 


"A fashionable brand focus on telecom accessories products Re Energize Your Future. Orginating from Hong Kong, SISTA is currently HQ in Shenzhen, an emerging international city reputed as the metropolis of digital productdesign and manufacturing. Created by a group of young enthusiasts keen on digital products, the brand aims at the international market of fashionable digital accessories. The founders and senior design team, with members from Shenzhen, Hong Kong, Malaysia, have a deep understanding of the development trend of the industry, Chinese and western culture, as well as cutting edge stylish design. SISTA is devoted to integrating high-quality supply chain resources with independent research, design, and marketing to ensure that products achieve high standards in terms of quality control, innovation and utility."


Cool kan? So mana nak beli? Haaaa, korang boleh tengok sini kedai-kedai mana yang ada jual produk SISTA ni. >>>check it out!<<< Aku beli ritu rm 39. Worth it sangat! Actually data cable ni sesuai untuk semua gajet korang yang ada tu. Kamera Sony aku pun boleh masuk. Tapi bila part guna di powerbank tu aku sangat puas hati sebab cable dia panjang, pastu strecthable, pastu PANTASSSSSS kau! So, aku tak menggelabah dah la bila fon tak cukup bateri ke apa haaaaa. Nasiblah ada SISTA kau....Dah jom sambung transfer file guna data cable ni. :D
Thanks korang sudi baca entri aku, kalau korang nak tengok produk lain lagi, korang boleh tengok di link bawah ni ye. Maceh semua <3



Hubungi : 603-8941 7677


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..