BANGLO DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS KINI MILIK NUR SAJAT. DAH,JANGAN MENGATA!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas aku berkesempatan duduk semeja dinner bersama Nur Sajat iaitu pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn.Bhd. membongkarkan rahsia bagaimana Nur Sajat boleh berjaya sehingga mampu membeli Banglo Dato' Aliff Syukri pemilik syarikat Terlajak Laris. Haaaa, bukan calang-calang orang Nur Sajat ni kerana mampu membeli banglo mewah Dato' Aliff Syukri. Dalam satu temubual khas tempoh hari di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Nur Sajat dan Media lain turut hadir untuk satu temubual khas.
![]() |
TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT |
Kalau korang nak tahu, Nur Sajat ini bukanlah datang dari keluarga berada. Namun, beliau berusaha dan belajar dari keluarganya sendiri. Di mana, ibu bapanya hanya merupakan peniaga di Pasar Malam. Dari situ, Nur Sajat tekad untuk mengubah kehidupannya. Walaupun Nur Sajat pernah diherdik kerana fizikalnya. Beliau tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian menjadi orang yang berjaya.
Jika korang pengikut setia Nur Sajat di laman instagram, pasti korang perasan Nur Sajat ini turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding dengan orang lain. Dihentam, dicaci sampai la ke hari ini. Tapi, itu semua sikit pun tidak pernah menjatuhkan Nur Sajat. Disebabkan dirinya sentiasa menerima komen negatif oleh netizen-netizen di luar sana, Nur Sajat bangkit dan perniagaannya bermula dengan RM500. Nur Sajat terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Walaupun bermodalkan RM500, Nur Sajat tidak pernah berputus asa untuk memajukan bisnesnya.
Pernah dengar Kosmetik Let's Cantik By Nur Sajat? Kini Kosmetik Let's Cantik By Nur Sajat adalah langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Selama 2 tahun bersusah payah. Akhirnya Nur Sajat kini digelar JUTAWAN MUDA di usia muda di Malaysia pada hari ini. Selain itu juga, Nur Sajat memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.
![]() |
TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT |
![]() |
TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT |
Semasa temubual tempoh hari, Nur Sajat juga turut berkongsi di mana beliau akan menganjurkan SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula MAC 2017. Menariknya, bila harga untuk menghadiri ke Seminar tersebut adalah RM50 sahaja. Murahkan? Sungguh, Nur Sajat ini bukanlah orang yang tamak untuk berkongsi ilmu sesama peniaga serta peminatnya yang lain. Dengan harga RM50 itu korang semua akan didedahkan dengan tips-tips yang menarik iaitu membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan. Haaaaa, menarik ke tidak topik yang akan dikongsikan oleh Nur Sajat nanti? Dengan harga RM50 je korang.
Berikut adalah Jadual Seminar Bicara Usahawan Bersama Nur Sajat seluruh negara. Haaaa, korang jangan terlepas peluang keemasan ini tau. Seminar akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
- Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru - (Sabtu 4.3.2017)
- Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) - (Sabtu 25.3.2017)
- Kuantan / Terengganu - (Sabtu 8.4.2017)
- Kelantan - (Sabtu 29.4.2017)
- Perak - (Sabtu 6.5.2017)
- Kedah / Pulau Pinang ( Sabtu 20.5.2017)
- Kuala Lumpur / Selangor ( Sabtu 29.6.2017)
- Sabah (Sabtu 8.7.2017)
- Sarawak (Ahad 9.7.2017)
3 comments
Pagar dia pun saya tak mampu beli.
ReplyDeletesinggah jap .. jom singgah blog shahril plk ...
ReplyDeleteFuhhh jangan mengataaaa. Tagline dia mahal weyhhh. 😂
ReplyDeleteTerima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..