REVIEW FILEM MELAYU: PAKPONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nah! Haritu aku tengok filem melayu yang bertajuk Pak Pong. Serius best! Cerita melayu yang sangat berkualiti dari segi grafik dan jalan ceritanya. First, bila permulaan jalan cerita ini. Penuh dengan gelagat gelak tawa dan pengakhiran cerita yang sangat buat aku mengalir air mata. Bukan mengalir air mata yang kelakar. Tapi jalan penceritaan yang buat kita rasa macam tersedar siapa diri kita sebenar. So, banyak jugaklah nilai murni yang diterapkan dalam cerita ni.

Mek Onie | Pak Pong

Sebelum tu, kalau korang nak tahu...cerita ini sebenarnya 5 tahun pembikinan dan finally tamat jugak pembikinan dan aku menjadi orang yang pertama menonton filem Pakpong iaitu filem pertama terbitan 9 Country Creativity, Pak Pong.  Filem ini adalah filem sulung arahan Fauzi Nawawi yang menampilkan barisan Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Datuk Eizlan Yusof, Kaza, Rahim R2 termasuk 19 lagi penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Joey, Marsha dan ramai lagilah. Paling best, bila watak yang menjelikkan pun turut ada. Dilakonkan oleh Lisdawati iaitu isteri kepada Fauzi Nawawi. Serius watak Lisdawati sangat menjadi. Sampai ke harini aku teringat watak dia tu,hahahhaahaha...Menjadi weh, tahniah kak lisdawati! Filem ini sangat ringan dan sesuai untuk seisi keluarga. Memang seronok. Serius. Apa yang aku tengok dari plot cerita ini terselit juga kisah di alam bunian di mana ada plot yang dilakonkan di alam bunian (fantasi). Walaupun fantasi, tapi sebenarnya memang wujud alam bunian di bumi ini. 


Mek Onie | Barisan Pelakon Pak Pong dan penerbit
Sinopsis Filem Pak Pong:

🙋 Pak Pong ni mengisahkan dua orang pemuda, Muda dan Kadek yang merupakan adik beradik dan pada suatu hari Kadek menuntut ilmu Pak Pong. Pak Pong di sini adalah bermaksud  sejenis kitab yang dikatakan 'raja segala ilmu pengasih'. Haaaaa, Seramkan? Aku pun baru first time dengar perkataan Pak Pong tu, raja segala ilmu pengasih tau. Namun Muda iaitu abang kepada Kadek hanya meminta ilmu untuk memikat ayam hutan demi memenuhi keinginan isterinya yang hamil dua bulan. Manakala Kadek pula mengambil kesempatan menuntut ilmu pengasih bagi mencari isteri. Bagaimanapun, kesan dari ilmu tersebut telah mengubah kehidupan Muda dan Kadek keseluruhannya sehingga retak perhubungan sebagai adik beradik. 



Ulasan Mek Onie:-

🙋 Dari segi CGI dan teknikal juga calan penceritaan sangat memainkan peranan yang penting bagi team produksi dan Fauzi.
🙋 Walaupun aku ada terperasan satu benda yang mencacatkan filem ini, namun tidaklah menjejaskan plot-plot seterusnya.
🙋 Banyak nilai murni yang boleh kita pelajari melalui filem ini antaranya perhubungan ahli keluarga, tidak mementingkan diri sendiri, belajar bersyukur dengan apa yang ada dan banyak lagi.


Berapa bintang aku nak bagi?

4.5 / 5 aku bagi sebab CGI dia letop gila weiiiiiii! Tahniah Fauzi Nawawi dan team!


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..