10 fakta menarik tentang Fiesta Rapid Rail dengan kerjasama Roopawan




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa rajin naik LRT di Ara Damansara? Ni bagi kaki makan ni kan, korang wajiblah try makanan bersempena Fiesta Rapid Rail. Letoppppppppp! Turun LRT terus jumpa makanan. Bukan makanan je ada. Vendor yang turut serta dengan Fiesta ini terdiri dari artis juga dan banyak aktiviti sepanjang hari yang terpilih untuk Fiesta ini dan lebih 60 vendor yang akan membuka gerai dan pelbagai. Apakah harinya? Hagituh! Of course la hari minggu.


10 fakta menarik tentang Fiesta Rapid Rail:-

  1. Rapid Rail telah mengumumkan penganjuran Fiesta Rapid Rail di Stesen LRT Ara Damansara, yang berlangsung sepanjang bulan April 2017 dan diadakan dengan kerjasama portal membeli-belah atas talian iaitu Roopawan, sekaligus mempromosikan perkhidmatan LRT.
  2. Fiesta Rapid Rail melibatkan penyertaan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai selebriti tempatan dengan dimeriahkan pelbagai persembahan hiburan.
  3. Yang best, Fiesta Rapid Rail ni bermula jam 10 pagi hingga 10 malam yang dikelolakan oleh kumpulan artis ternama tanah air seperti Sakura Band dan 6ixth Sense dengan gerai-gerai selebriti seperti Alvin Ching, Anis Al-Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan (Personaliti TV), Hazreena (Personaliti TV, Bob Ringgo dan Tonton.
  4. Fiesta Rapid Rail yang dianjurkan adalah satu inisiatif Rapid Rail untuk mempromosikan dan menceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tempat tarikan dan hentian setempat untuk orang ramai berinteraksi dan juga melaksanakan aktiviti komersial. 
  5. Inisiatif ini juga diharapkan akan meningkatkan bilangan penumpang sekaligus menjana pendapatan positif kepada Rapid Rail.
  6. Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim atau orang kata One Stop Center,haaaaaa...mudah nak membelikan.
  7. Roopawan juga menawarkan akses perniagaan kepada golongan selebriti selain syarikat ushawan kecil dan sederhana menerusi platform atas talian di www.roopawan.com selain acara bazar contohnya di Fiesta Rapid Rail.
  8. Pelbagai aktiviti korang boleh buat di Fiesta Rapid Rail. 
  9. Sesuai kepada food hunting, nahhhh! Masa ni la nak mencuba makanan barukan?
  10. Paling best, boleh bersua muka dengan artis kegemaran korang. yeayyyyyyyy!

Yeayyyyyy! Ingat tau.... Kalau lalu stesen LRT Ara Damansara, stop la sekejap. Hiburkan hati ampa semua di Fiesta Rapid Rail. Sesambil makan sesambil terjah gerai artis kegemaran korang,hihi...

DAHHHHHH! JANGAN LUPA TERJAH TAU KORANG! MUAHHHHH! 

Maklumat lanjut korang boleh tengok di sini:-

FIESTA RAPID RAIL : FACEBOOK | INSTAGRAM : #RAPIDRAILFIESTA
ROOPAWAN : WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM



Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..