WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017 DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR



Warna-Warni Aidilfitri 2017 Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masuk hari ini adalah Ramadan ke-15 makanya, lagi berapa minggu je nak sambut Aidilfitri. Tak sabarkan? Tapi persiapan macamana? Haaaa, jangan risau! Ni aku nak kongsi dengan korang ni. Nasib baiklah tak terlajak lagi korang weh. Sebab promosi ini sampai 12 Jun 2017 je awak weh. Promosi? Promosi apa ni onie weh?


Beberapa dekad yang lalu, eh salah. Beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan sendiri ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur di mana lokasi Kompleks Kraf ini terletak di Jalan Conlay. Wow. Just Wow buat diri sendiri sebab dah lama gila aku tak menapak ke Kompleks Kraf ini. Last aku pergi pada zaman hingusan lagi barangkali. Itu pun ketika rombongan sekolah. Haha.


Kebetulan masa aku pergi tempoh hari, nah! Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2017 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan hadir sama pada majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia , Yang Berusaha Encik Yusak Bin Haji Mahamod, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Kraftangan Malaysia dan Yang Berusaha Encik Ibrahim Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kraftangan Malaysia. 


Untuk pengetahuan korang semua, Promosi Warna-Warni Aidilfitri ini dah pun masuk edisi ke-13 dengan mengetengahkan penggunaan produk kraf tangan tempatan dalam persiapan menyambut hari raya Aidilfitri seperti busana raya, perhiasan dan aksesori, peralatan dan kelengkapan, juadah raya, dekorasi dan hiasan rumah hinggalah kepada biskut raya dan bingkisan raya. Paling letop sekali boleh hantar jahit baju raya ampa sekali tu haaaaaa. Ingat ye. Promosi ini berlangsung sehinggan 12 Jun 2017 sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang anda ke sini beramai-ramai  bersama menghayati NOSTALGIA KAMPUNG kerana itu adalah konsep sambutan bagi tahun ini. 


Jadinya, janganlah bersedih-sedih kalau tak dapat pulang beraya ke kampung masing-masing. Luangkan masa di Kompleks Kraf bersama keluarga atau sahabat handai. Datang je sebab masuk pun percuma haaa... Dengan adanya promosi ini, sekaligus memberi peluang juga kepada usahawan-usahawan yang terlibat untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Paling top top meletop kebabom adalah RENDANG TOK! Matilanak. Serius best gila weh. Menariknya lagi bila korang sampai sini adalah pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh join dan jangan risau kalau tiba waktu berbuka kerana juga ada sediakan Bazar Ramadan. Mudahkan?


Antara aktiviti yang menarik adalah:
  • Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri - Menghimpunkan seramai 200 usahawan kraf dan usahawan perkhidmatan Aidilfitri yang menawarkan pelbagai pilihan produk bagi persiapan hari raya.
  • Pameran & Jualan Produk Rekaan Baru Aidilfitri - Mengetengahkan produk-produk rekaan baru berkonsepkan Aidilfitri seperti busana Aidilfitri 'Batik Madu Tiga', aksesori fesyen seperti beg, kasut dna hiasan rumah serta bingkisan Aidilfitri.
  • Pameran Kraf Warisan Aidilfitri - Pelbagai produk-produk kraf warisan yang digunapakai dalam penyediaan makanan dan hiasan rumah.
  • Demonstrasi Produk Kraf - Seperti membuat songkok, perhiasan dan aksesori, kasut manik, capal, jahitan dan bingkisan bakul rotan.
  • Interaktif Kraf - Pengunjung berpeluang belajar menganyam kelongsong ketupat dan membuat kuih raya.
  • Aroma Aidilfitri - Menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti yang aku cakap tadi iaitu Rendang Tok dan banyak lagi.
  • Gema Aidilfitri - Alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan Ramadan.
  • Aktiviti Galakan Pengunjung seperti pertandingan video kreatif Warna-Warni Aidilfitri dan pertandingan tulisan dari rumi ke jawi.
  • Cabaran Rentap Raya iaitu berlangsung pada hari ini.
  • As Salam Ya Ramadan - Tak sempat nak bayar zakat lagi? haaaa takpe, Kompleks Kraf Kuala Lumpur ada menyediakan Kaunter Bayaran Zakat dan Bazar Ramadan.
  • Gaya Raya - Haaaaa paling seronok aktiviti ini kerana menyediakan tempahan jahitan baju raya untuk pakaian lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, ubahsuai pakaian dan tambah nilai aksesori pakaian raya.
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan 




Sekitar Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2017

Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Kami dah dapat produk kraf! Yeay. Thank you Kraftangan Malaysia

Dahhhhh jom! Hujung minggu ni jom kita luangkan masa di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sah-sah meriah uols! Selamat melihat bingkisan dan hasil seni kraf ya kalian semua. My bad sebab tak berkesempatan pergi lagi. T_T

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Bahagian Komunikasi Korporat,
Kraftangan Malaysia, 
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, 
Jalan Conlay

Tel: 03-2162 7533 / 03-2162 7459


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..