FOUNDATION DAN SCRUB: CHARMS FOUNDATION DAN STARGLOW FAIRY FACE SCRUB





Foundation dan Scrub: Charms Foundation Dan Starglow Fairy Face Scrub | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Finally, nak jugak aku update blog ni setelah sekian lama kemalasan. See. Nampak tak kemalasan aku level pemalas nak matik orang kata? LOL. Actually, aku bukan pemalas..tapi disebabkan pelbagai komitmen yang aku kena selesaikan aku jadi tak sempat untuk mengemaskini blog aku sendiri. Rasanya pun, dah lama jugak aku tak berkongsi berkenaan produk cecantik ni kan. Kalau dari bloglist aku tu, memang lama jugak aku tinggal. Hampir sebulan. *picit kepala*. Ikutkan banyak benda aku nak kongsi. Tapi disebabkan kerahan idea itu yang menyebabkan aku phewwwwwwww... sila gelak. LOL. 


Dah dah.
Panjang pulak aku punya mukadimah.
Ayooo!


Berbalik kepada tajuk aku yang atas tadi tu, Foundation dan Scrub: Charms Foundation dan Starglow Fairy Face Scrub itu sebenarnya aku baru sahaja mencuba dan kedua-dua produk ini aku suka dan sangat recommended oleh awak-awak yang ada masalah kulit seperti jeragat, kusam dan paling penting yang ada jerawat tu. Untuk memutihkan kulit wajah pun sesuai untuk memakai produk ini. Jadi, apa yang korang boleh tengok di atas ini adalah gambar berus foundation, foundation dan juga scrub. Excited bila aku dapat scrub, sebab aku ni sejenis yang suka pakai scrub. Ketiga-tiga produk ini datangnya daripada Fasyeera Empire Sdn.Bhd. Pertama kali jugak aku mendengar syarikat ini dan produk ini. Well, benda first yang aku semak adalah kelulusan daripada KKM dan ternyata kedua-dua produk ini diluluskan oleh KKM. Bukan apa, untuk pendapat aku sendiri. Penggunaan foundation dan scrub seperti yang aku akan kongsikan sebentar nanti adalah benda pertama aku takut adalah tentang kelulusan KKM. Heiiiiii, kulit WAJAH kot! Gila ko tak sayang. Nak cantik tapi dengan cara yang salah lepastu ko menyesal, ko marah dan sedikit carutan. Puiiiilahhhh! Fikir balik awak. Jangan suka-suka menggunakan produk yang ENTAH APA-APA tu, kelak ampa sendiri yang menyesal. #SeriousTalk

CHARMS FOUNDATION



Berus foundation itu memang pertama kali aku pakai dan aku sangat kekok pada mulanya, hehe.. Biasa aku pakai 'sponge' (lupa nama betul dia,LOL ...otak blank der). Pakai sponge just dap dap dap and dap and of course aku suka dengan hasil selepas penggunaan 'sponge' tersebut. Tapi kali ini aku cuba benda baru iaitu berus foundation. 




Back to the main topic, Charms Foundation ni ada 4 pilihan kod yang korang semua boleh pilih mengikut kesesuaian kulit korang iaitu Natural Beauty, White Fairy, White Dolly dan Pinkish Pinkish. Foundation ini sebenarnya nampak je kecil tapi dia tahan lama sampai 6 hingga 9 bulan. Foundation ini adalah jenis oil based dan matte. First aku sapu, TERBANYAK! Benci betul. Lama tak pakai foundation yang jenis macam ni. Then gigih aku sapu balik,LOL. Lepas tu aku sapu balik pada muka dengan kuantiti yang berhati-hati, muahahahaha... Kesimpulannya, apply sikit je. Jangan lelebih tau. Menariknya tentang foundation ini ia adalah SPF 15, membantu melindungi kulit dari sinar UV tu haaaaaa.... 




Result yang aku dapat sepanjang satu hari pakai foundation ini adalah sangat berpuas hati dan muka jadi glowing! Suka! Kandungan yang ada dalam foundation ini dari Apple Stem Cell, Kolagen, Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun. Phewww...memang kandungan yang terbaik dari ladang. 






STARGLOW FAIRY FACE SCRUB



Seriously! Aku suka gila scrub ni! First trying aku sapu di bahagian atas pergelangan tangan. Sapu dalam satu arah yang sama kemudian aku bilas. Sungguh, aku nampak kesan dia dengan perasaan yang amat teruja sekali. Kawasan yang aku sapu tadi tu jadi lembut dan nampak cerah. So, bila aku sapu dimuka aku nampak jugak keputusan tu. Muka jadi lembut! Macam keluar dari spa habaq hang. Suka gila wei. Thats why aku suka scrub. Tapi penggunaan scrub ini amat terhad untuk 2 kali seminggu sahaja. Jangan guna hari-hari wei ! Nanti nipis kulit muka hampa tu, haha... Kandungan yang ada dalam scrub ini adalah Ekstrak Teh Hijau, Kolagen, Vitamin C dan Alpha Arbutin iaitu bearberry. Phewwww! Tapi apa yang aku senang dengan scrub ini adalah 'bau' dia tu. Bau oren! Makin selesa aku nak calit dimuka,hihi...



Love scrub!


Kulit makin lembut !


 Serius kedua-dua produk ini aku suka dan akhir kata aku, kalau korang nak menang RM10,000. Sila klik link bawah ni tau. Nowwwww! Enjoy ur beauty is pain gaisssssss..But im love it!


Hotline: 012-340 7882 \ 010-824 4278 \ 010-284 2992



2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..