A:CONCEPT MAKE UP YANG SELESA

A:Concept Make Up Yang Selesa | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuu! So, let's get started! Lama gila rasa tidak berkongsi tentang produk kecantikan daripada Korea ni. Kali ini onie akan berkongsi tentang produk A:Concept. A:Concept ini bertemakan hitam dan sangat mudah untuk diapply serta sesuai untuk siapa yang kaki travel kerana rekaan produk ini yang menjimatkan ruang. 




Untuk kotak yang seterusnya, aku mencuba A:Concept | Make Your Concept Black Set dan mengandungi 4 produk dalam satu rekaan kotak yang sangat cantik dan terletak. First tanggapan aku apabila aku membeli produk adalah aku akan pilih packagingnya dahulu. Ternyata, packaging yang direka khas oleh A:Concept ini sangat unik dan produk-produk semua terletak. Kiranya, tak ada konsep caca marba tu. Harga pula apabila beli set yang A:Concept | Make Your Concept Black Set sangat berpatutan dan worth it! 




A:Concept | Make Your Concept Black Set ini berharga RM106 daripada RM212 dimana diskaun sebanyak 50%. Sejujurnya aku nak kata di sini, produk A: Concept ini adalah pengunaan aku pada kali pertama dan suka aku nak maklumkan di sini, produk ini adalah sangat ringan dan selesa apabila di apply pada kulit muka. Seperti yang aku perkatakan di perenggan atas tadi, packaging atau kotak yang direka khas ini sangat menyenangkan para pengguna malah aku sendiri sangat suka dengan rekaan kotak ini yang berlainan dengan produk-produk yang ada sebelum ini. 


Kenapa aku perlukan produk A:Concept | Make Your Concept Black Set ini sebagai pilihan produk yang paling asas dan hasilnya wow bila dilihat hasilnya? First time aku pakai produk A:CONCEPT ini dan bila aku cuba membuka dan layangkan produk ini pada tangan aku, ternyata sangat membanggakan hasilnya. Okay takpe, aku akan cerita pengalaman aku memakai 4 produk ini dan lihat sendiri hasilnya.







A:CONCEPT : MAKE YOUR CONCEPT BLACK SET


Antara produk yang terdapat dalam A:Concept | Make Your Concept Black Set ini adalah: 
  1. [Blushed Beauty] Everything in A Lip & Cheek - Coral
  2. [Blushed Beauty] Everything in A Lip & Cheek - Red
  3. All in One Brightening A:Cushion
  4. All in One Brightening A: Cushion - Refill


  • [Blushed Beauty] Everything in A Lip & Cheek - Coral (kanan)
Seronoknya, bila pakai produk ini ianya sesuai untuk bibir dan pipi kita wak. Pipi jadikan sebagai pemerah pipi dan bibir sebagai lipstik. Sesuai untuk jenis warna kulit asia serta paling happy, warna lipstik ini sesuai dengan kulit muka aku. Tidak mengeringkan bibir dan pipi serta mudah dilayangkan pada pipi. Make sure, kalau nak cantik gunalah berus mekap. Cuma di sini, apa yang aku tak gemar, warna untuk Everything in A Lip & Cheek - Coral ini tak tahan lama tapi dia lembap. Cuma warna coral ini adalah warna yang sangat cerah dan tak sesuai dengan mereka yang berkulit gelap.


  • [Blushed Beauty] Everything in A Lip & Cheek - Red
Yuhuuu! Sama juga dengan A Lip & Cheek - Coral tadi tu cuma warna ini berwarna merah dan merah itu sangat striking. Bila nak jadikan sebagai blusher, kena pandai main warna supaya tidak fake sangat. Kedua-dua warna ini sebenarnya tidaklah tahan lama tapi untuk dijadikan sebagai make up asas dan natural beauty serta memudahkan untuk dibawa kemana sahaja, lipstik ini sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja.

Kedua-dua lip & cheek ini mempunyai bekas yang mudah dibawa ke mana sahaja dan tidak membuatkan kulit muka atau bibir kering.




  • All in One Brightening A:Cushion
All in One Brightening A:Cushion ini adalah pengalaman pertama aku layangkan foundation jenis cushion ini. Aku pilih code #23 dan warna adalah Natural Beige mengikut warna kulit aku yang berwarna tak berapa nak gelap dan cerah sangat. Sukanya produk ini adalah kerana A:Cushion membuatkan kulit muka aku cerah, lembap, menutup kulit muka daripada sinaran UV. Paling penting, A:Cushion ini tahan lama sehingga 8 jam dan lebih sekiranya kita berada dalam cuaca sejuk. Serius aku suka gila dengan A:Cushion ini kerana membuatkan kulit muka mengawal tona kulit muka yang tak sekata dan full coverage! Tak cakey langsung dan tak bercapok bila dilayangkan pada kulit muka.

  • All in One Brightening A: Cushion - Refill
Mudah bila ada refill ni, kalau korang nak tahu.. All in One Brightening A: Cushion ini bekas yang boleh menukar untuk refill apabila yang sedia ada ini dah habis digunakan serta boleh membeli paket refill sahaja untuk dimasukkan di bekas yang sedia ada.





WAJIB KORANG BELI A:CONCEPT : MAKE YOUR CONCEPT BLACK SET ADALAH KERANA?

  1. Ada potongan diskaun sebanyak 50% dan harganya adalah RM106 sahaja dengan 4 produk yang korang boleh dapatkan.
  2. Produk All in One. 
  3. Everything in A Lip & Cheek ini sangat memudahkan aku kerana boleh bawa ke mana sahaja dan menjimatkan ruang!
  4. Everything in A Lip & Cheek ini tidak tahan lama dan sekiranya hendak hasil yang cantik hendaklah gunakan jari untuk blusher dan juga berus untuk lipstik cuma untuk produk ini ianya tidak tahan lama.
  5. All in One Brightening A:Cushion full coverage dan mencerahkan kulit muka serta membuatkan kulit muka tampak segar dan awet muda. Suka gila dengan produk yang ni sebab ada ruang untuk menyimpan Everything in A Lip & Cheek dan senang gila kalau nak bawak kemana sahaja. Phewww!
  6. A:Concept adalah make up yang selesa dan ringan bila dilayangkan dimuka. Best!
  7. Kalau tak tahu nak beli kat mana. Korang boleh klik link di bawah ni tau :)



p/s: sorry kalau gambar tak berapa menarik. hee

18 ulasan:

  1. bestnya hasil dia. nak cuba juga. 50% tuu

    BalasPadam
  2. Mek, warna Red Orange tu cantik dekat Onie. Yang coral tu nampak kusam sikit tak?

    BalasPadam
  3. Best nya produk dari Althea ni. 2 in 1 Lip and Cheek tu kita suka. Btw, tak pernah lagi mencuba cushion foundation. agak-agak tertimbus ke pori muka kita ni. Hehe.

    BalasPadam
  4. Kaki make up wajib beli A concept ni. Dah lah ada diskaun 50%,produk dia pun best2. Plg suka lip and cheek tu sebab boleh apply 2in1 function dia. Jimat dah tu.

    BalasPadam
  5. Wow nak year end ni banyaknya make up brand yang buat YES!! Packaging cantik best pulak tu 😍

    BalasPadam
  6. suka tengok lips tu multipurpose boleh digunakan 2 in 1... warna cantik sesuai dengan pemakainya

    BalasPadam
  7. Produk A Concept ni sangat menarik hati. Boleh cuba nanti

    BalasPadam
  8. Patut la baru-baru ini tak perasan sangat Onie, ingatkan si tunang Pojie... hahahh 2-3x tengok baru perasan, itu onie..

    BalasPadam
  9. I love this A Concept. Always my favorite.

    BalasPadam
  10. Wow.. produk A concept juga.. tgk bibir tu yang buat nak beli tu 😅

    BalasPadam
  11. Wahhh kita Suka A concept! bila tempek bb cushion. Jadi flawless gitu.

    BalasPadam
  12. memang nampak flawless sangat kak onie... bertambah cantik pakai aconcept makeup ini.. seriouslaaaa cuma RM106 dengan 4 produk? affordable sangat sesuai utk student pakai ni.. hehe

    BalasPadam
  13. menariknya ... yang bestnya, mudah nak bawa travel, nak masuk handbag pun senang ...

    BalasPadam
  14. brand baru ke? haha good concept that's why called as AConcept? haha

    BalasPadam
  15. Wow.. 50% diskaun tu.. Rugi tak grab 😍

    Hi Mek Onie salam kenalan..
    Baru follow sini #3445

    BalasPadam
  16. Pika pun ada product ni and sangat suka untuk touch-up after solat!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..