PROMO TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY BUAT ANDA GILA.

Promo Traveloka Make 11.11 Fly Buat Anda Gila |  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yuhuuuuuu, pernah naik kapal terbang tak? Tetiba rasa macam nak kongsi pengalaman dengan korang semua. Walaupun entri ini nampak macam kelakar, tapi pleaselah korang baca.. Teringin nak tahu pengalaman korang jugak yang first time naik flight macamana,hehe.. Mesti macam-macam perasaan kan? Aku tak ingat dah berapa kali naik flight tapi sukanya aku nak bagitahu di sini. Naik kapal terbang ini adalah satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Apa kaitan tajuk dengan entri kali ini? Okay takpe, just baca dan baca sampai habis sebab aku ada berita gembira untuk kaki melancong ni haaa...



Okay, aku akan kupaskan beberapa point di sini bila kita naik kapal terbang:


  1. Rancang percutian
  2. Perasaan
  3. Persiapan awal sebelum naik kapal terbang
  4. Bila di airport
  5. Semasa dalam kapal terbang
  6. Semasa tiba di airport
  7. Pembelian tiket flight

So, harini aku ada 7 point yang nak dikongsikan di entri kali ini. Sekiranya, ada info atau selama perkongsian aku ini tidak benar atau salah, mohon korang perbetulkan diruangan komen bawah nanti tau. Bukan apa, ini adalah pengalaman aku sendiri dan lain orang lain pulak cara dia kan. Macam yang orang ramai bagitau, dulu memang rasa rendah je diri ini. Bila la nak merasa naik kapal terbang semua tu. Dulu tiket flight mahal dan masih tidak diberi keizinan dari family lagi. Tapi sekarang, dah biasa. Walaupun baru 'sesi' menghabiskan negara Asia, tapi takpelah..janji dapat merasai pengalaman menaiki kapal terbang dengan duit sendiri semua tu. Ada rezeki lebih, nak jugak aku pergi jauh, inshaAllah one day. Okay dah jom, meh baca 7 point aku dibawah ini:


Myanmar - Bagan, Inle Inke, Ngapali Beach


1. RANCANG PERCUTIAN

Yeayyyyyy, benda paling best bila ada cuti panjang, apply cuti serta cuti rehat yang terkumpul tu. Tapi aku, takde semua tu. Rasa nak cuti aku minta kebenaran dengan bos je,hehe.. Tapi style aku, kalau kerja berlambak pastu nak mintak cuti tu bukan akulah tu,hihi..Kena tengok keadaan jugak, kalau rasa nak cuti panjang, kerja kat office mesti kena siapkan semua supaya tiada sesi carutan dari orang lain,bhahahaha... So, kalau rasa nak travel tempat yang memerlukan hari yang lama, okay just proceed tapi make sure kena pilih date yang betul supaya tiada sesi carutan dari rakan sekerja kau. Haaaa, Contoh kalau nak travel ke Indonesia dan hanya fokus pada Bandung sahaja. Sebenarnya tak cukup 2 hari kalau nak bercuti ke Bandung tu. Kalau nak sedapt 4 atau 5 hari bergantung motif sebenar korang nak ke sesuatu tempat tu. Kalau rasa nak shopping je, better pergi 2 hari padan dah. So, setiap perjalanan tu mesti ada sebab tertentu kenapa korang nak ke negara tu. Kalau bertujuan untuk explore negara orang. Why not pergi lama sedikit. Walaupun Bandung, sebenarnya besar juga peta Bandung tu dan sekarang tahun 2017 ni, Bandung makin banyak tempat menarik.




Tu baru Bandung, belum nak travel seluruh Indonesia. Sah-sah kena cuti sebulan dua untuk menghabiskan satu negara Indonesia tu. Kalau baru-baru ni, aku pergi Ho Chi Minh dimana tujuan sebenar trip business. Tapi bila sampai sana, nahhhh! Semua tempat aku nak pergi. Masa tu pergi 4 hari 3 malam tak silap. Memang serius tak cukup. Tapi kalau motif sebenar korang ke Ho Chi Minh untuk business, alaaaa pergi balik hari pun dah memadai sebenarnya. Paling latest aku pergi Laos. Ye, Laos. Tak ramai yang pergi lagi negara Laos ni. Time tu aku pergi 4 hari ke 5 hari. Lupa pulak aku. Tapi disebabkan tempoh masa yang panjang di Laos, kami ke Vang Vieng iaitu masih di Laos. Cukup la 2 hari 1 malam di Vang Vieng tu. Cuma perjalanan dari Laos ke Vang Vieng tu mengambil masa selama 6 jam dengan menaiki bas dan van sahaja. Oleh itu, apa yang aku nak simpulkan di sini adalah perancangan korang ke sesuatu tempat tu perlu dibuat dan nyatakan hasrat samada trip itu adalah bersukaria which is more to explore or trip business. So, pilihan perancangan bercuti itu semua ditangan korang. Point pertama ini sangat memainkan peranan pada kita semua supaya cuti kita ni terancang. Fuh! Baru point 1. Point ke-2 pulak.



2. PERASAAN

Yes. Bagi yang tak pernah naik flight tu memang akan rasa gugup pada permulaannya. Sebab korang tak akan nampak situasi sebenar untuk menaiki kapal terbang ni. Jujur aku kata, masa mula-mula aku naik kapal terbang. Seolah-olah LANGSUNG tiada persiapan awal dan kaji dahulu tentang persiapan awal, semasa dan akhir. Contohnya, macam beg pakaian. Ingat lagi, kemain la aku punggah beg segala bagai. Walhal kita boleh bajet pakaian kita sepanjang trip yang kita nak pergi tu. My thoughts is very nervous for the first time bila naik kapal terbang. Masa nak take off, masa nak landing, masa atas awan. Serius nervous. Dalam hati, sampai ke aku ni. Sempat ke jumpa mak bapak kita balik nanti.

Philippines - Bohol, Cebu, Palawan

Apapun, bila kita rasa nak berjalan jauh seperti ke negara orang ni, minta ampun maaf dari kedua ibu bapa kita. Sebab segala kemungkinan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Sama jugak bila kita drive kereta. Minta restu dulu. So, untuk mengelakkan telinga kita berdesing sepanjang perjalanan naik kapal terbang ni, korang digalakkan untuk menggunakan ear plug. Tak tahu rupa ear plug tu macamana? Nahhhh, sila google sendiri. Bagi yang pertama kali menaiki kapal terbang ni. Korang kena kaji dulu pengalaman orang lain jugak macamana. Memang bila kat atas awan tu, memang macam-macam korang akan fikir. Tu belum kena time bergegar, hujan dan cuaca tak berapa elok. Haaaaa...so, apa perasaan lepas baca point ke-2 ni? Next, point ke-3.


3. PERSIAPAN AWAL SEBELUM NAIK KAPAL TERBANG

Haaa, benda ni lah paling penting supaya tiada sesi carutan bila tibanya di airport. Nak ke luar negara tapi pasport lupa nak bawak lepas tu time boarding pun hampir tiba? Haaa, korang dah boleh batalkan niat untuk teruskan percutian ke luar negara tu. Thats why, di point ke-3 ni aku adakan 'Persiapan Awal Sebelum Naik Kapal Terbang' ni. Contoh, kalau nak ke luar negara, benda paling penting adalah passport. Jadi, buat semakan dahulu tarikh luput passport korang tu. Untuk makluman, passport WAJIB di 'renew' 6 bulan sebelum perjalanan ke luar negara. Ini untuk mengelakkan segala kemungkinan yang tidak baik bakal berlaku. Bukan suka-suka tau Jabatan Imigresen buat macam tu. Mestilah ada sebabkan. Kalau rasa keras kepala tu, sila meninggal. eh! Please, jangan menyusahkan sesiapa. Beg pakaian untuk 'check in' dan di bawa naik ke kabin. Masa ni susun atur baik-baiklah pakaian tu. Kalau ada daftar beg untuk check in contohnya 7kg silalah berwaspada dengan 7kg tu. Jangan pulak lebih,tak pasal kena bayar lebih jugak nanti. Baca polisi syarikat penerbangan tu dulu bagi faham supaya tiada salah faham nanti semasa check in. Segala kad pengenalan diri, bawalah bersama tapi jangan lupa untuk check in tiket kapal terbang korang tu. Haaaa, kena alert benda ni. 


Vietnam - Sapa, Hanoi, Phu Quoc

4. PERSIAPAN AWAL SEBELUM NAIK KAPAL TERBANG

Kalau semua point di atas tu dah setel. Tiba masa untuk menaiki kapal terbang dah! Tapi part ni mohon jangan lewat! Kalau boleh 3 jam sebelum naik kapal terbang tu dah ada kat airport. Macam aku cakap atas tadi, segala kemungkinan akan berlaku. 


5. BILA DI AIRPORT

Jangan lupa untuk kenalpasti dimana kaunter check in sekiranya kita perlu check in bagasi dan alert dengan masa perjalanan di billboard dan annoucement. Jangan tersalah pintu gate ! Tak tahu mohonlah tanya orang di sana. Nak selamat tanyalah pekerja di airport tu.


6. SEMASA DALAM KAPAL TERBANG

Kenalpasti tempat duduk anda. Sekiranya anda tidak menempah tempat duduk anda, jangan risau. Korang akan diberi tempat duduk semasa check in. Fokus pada arahan yang diberikan dan sentiasa berdoa atau berzikir sepanjang berada dalam kapal terbang. Jangan lupa rakam dan ambil gambar di atas awan untuk penyimpanan abadi,hehe. Kalau rasa nak pergi toilet tu pergi je tau. Jangan takut-takut. 


7. SEMASA TIBA DI AIRPORT 

Dah sampai ke destinasi yang korang nak pergi tu? Perhatikan keadaan sekeliling dan kenalpasti agensi pelancongan yang korang tempah tu. Kalau bergerak secara solo make sure kena tahu apa yang patut korang buat.





8. PEMBELIAN TIKET FLIGHT

Yeayyyyyyyy! so, dah ada tarikh nak pergi jalan tu? Cuma tiket flight je belum ada lagi? Jadi, jom ke TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! untuk potongan harga yang jauh lebih rendah pada 11 NOVEMBER 2017. Tapi untuk pembelian tiket ini minimum 2 pax include return dan melanconglah kemana sahaja korang nak pergi. Serius kalau korang nak tempah tiket, sila singgah ke website Traveloka. Murahhhhhhhhh dan berbaloi. So, sila mark sesiap di kalendar untuk membeli promosi yang bakal berlangsung nanti. Jeng jeng jeng jeng jeng...Jangan lupa untuk mengetahui maklumat lebih lanjut di:





2 ulasan:

  1. Alaaa terlepas sudah. Tapi traveloka pun mmg best. Kembara pun jadi lebih mudah!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..