PENGALAMAN MENGINAP DI THE MARIAN BOUTIQUE LODGING HOUSE

by - April 13, 2018

Pengalaman Menginap Di The Marian Boutique Lodging House | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, pertama kali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Sham sebab sudi membawa aku Kuching, Sarawak pada minggu lepas dan penginapan aku ditaja sepenuhnya oleh En.Sham. Aku ke Kuching pun atas urusan kerja dan sambil menyelam minum air la kan,mihmih.




Penginapan aku semasa di Kuching adalah di The Marian Boutique Lodging House. Sejujurnya saat melangkah masuk di bahagian receptionist aku agak keliru adakah hotel bajet sebab aku macam tak boleh imagine bilik dia. Aku ingat di tingkat atas. Rupanya TAK! Perjalanan ke bilik agak jauh sikit dari receptionist dan hati aku mula berdebar. Lokasi apakah ini sampai kena menaiki tangga untuk menuju ke bilik?


Itu first impression aku.


Second impression, eh.. hotel ke apa ni, kenapa sunyi sepi then kenapa sebegini suram hotel dia? Dalam rumah? Sejujurnya aku sangat pelik pada mulanya dan bila kaki mula melangkah masuk ke bilik, aku rasa okay.. ini bukan hotel biasa-biasa. Ini sangat luar biasa! Sebab? Chopppp tak seram pun bagi aku. Cuma masa mula-mula melangkah untuk menuju ke bilik sahaja aku agak seram. Tapi serius tak seram wei. Serius. 


Perasaan berubah bila aku perhatikan setiap dekorasi yang ada. Old school gila hotel ni dan untuk pengetahuan korang, bangunan ini telah berusia 132 tahun dan setiap nama bilik ini berasal daripada nama orang seperti former matrons and headmistresses seperti Betty Johnson, Thelma Cooi, Mari and  Caroline Sharp dan pemilik St Mary iaitu McDougalls serta Marian. Dan aku duduk di bilik Mary Sharp. 




Selain daripada itu, ini fakta The Marian Boutique Lodging House:
  1. Konsep The Marian ini masih mengekalkan warisan bangunan dan mempamerkan unsur-unsur clean lines and modern simplicity
  2. Rumah penginapan ini telah dibuka pada 15 Mei 2017 dan dalam tempoh kurang daripada dua bula telah disenaraikan sebagai 23 daripada 55 hotel di Kuching oleh Trip Advisor serta rasmi dibuka pada 8 Ogos 2017 oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
  3. Bangunan ini pernah menjadi rumah asrama bagi St Mary pada 1933 sebelum diambil oleh Diocesen Centre sebagai rumah tetamu pada 1968 hingga kerja-kerja pengubahsuaian kepada Marian Boutique Lodging House pada 2013.
  4. Nak tengok jenis bilik boleh tengok di www.themarian.com.my
  5. Lokasi strategik. Nak kemana boleh jalan kaki atau panggil grab je!
  6. Bilik selesa gila.
  7. Dekorasi cantik gila.
  8. Staf sangat membantu dan ramah mesra.
  9. 9/10 bintang aku bagi untuk penginapan kali ini.


Dah, jom tengok gambar-gambar di The Marian Boutique Lodging House. Korang kalau ke Kuching try la stay di sini, sumpah tak menyesal. Best dan sangat selesa. :)































You May Also Like

3 comments

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. jangan serama-seram.. nampak tenang jer kat sini ye.. jauh dari kota ke ni?

    ReplyDelete
  3. baru feeling2 nak baca kisah seram. hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..