AMY NURTINIE DINOBAT SEBAGAI “IKON WANITA MELAYU” 2018







ACARA MENARIK FINAL PENCARIAN WANITA MELAYU 2018

Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang telah berlangsung pada 28 April lalu.

HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner




Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.




Untuk sesi final pula, 12 finalis telah diuji sewaktu mereka memakai pakaian tradisi kaum pilihan mereka dengan menceritakan kenapa mereka memilih pakaian tradisi tersebut. Selain itu, mereka perlu menunjukkan bakat bersama busana tradisi yang dipilih dengan memperagakan serta menari atau sebagainya mengikut tradisi pakaian tersebut dan mereka juga dipilih bukan sekadar rupa tetapi mereka dipilih dengan kebijaksanaan masing-masing.

Beruntungnya, 12 finalis pada tahun ini telah diberikan sesi mentoring oleh empat mentor terpilih iaitu pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.




Dan Ikon Wanita Melayu bagi tahun 2018 ini telah dinobatkan kepada Amy Nurtinie Abdul Aziz. Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie telah mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model_ dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari final berlangsung.



Barisan Juri yang professional



Tinie juga telah membawa pula hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewel, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Naib juara jatuh kepada Nur Fatihah Sazali yang membawa pulang hadiah bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00. Tahniah juga saya ucapkan kepada pemenang dan aku sangat impress dengan bakat yang tinie ada walaupun masih berusia 22 tahun. Sangat matang, bijak dan cantik.





Tahniah juga saya ucapkan kepada pemenang yang merangkul gelaran Miss Personality ( Huda Saber ), Miss Fotogenik ( Siti Raihana Rahamat ) dan Miss Social Media ( Nur Ezzeyanti Natasha Norazman ). Korang memang terbaik. 




Tahniah buat semua pemenang. Semoga pemenang ini terus memenangi hati peminat di luar sana dan terus maju jaya. Kita tunggu siapa bakal bergelar Ikon Wanita Melayu bagi tahun 2019 pula.

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..