RANCANGAN REALITI LAZADASTYLE DI TV3

Rancangan Realiti LazAdaStyle Di TV3 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuu! Selamat berpuasa semua. Moga ramadan kita kali ini terus barakah dan diterima ibadah sepanjang bulan puasa ini. Jadi di sini, siapa pembeli tegar di Lazada? Dah tentu korang pun tahu bahawa, Lazada kini telah melancarkan satu rancangan realiti iaitu LazAdaStyle di TV3. Sekiranya korang ada tengok rancangan ini, jangan terkejut kerana platform e-Commerce ini terkemuka di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan juga Thailand. Lazada juga menawarkan produk lebih dari 100 juta dan 2500 jenama
RANCANGAN REALITI LAZADASTYLE DI TV3
Rancangan realiti iaitu LazAdaStyle ini mencari pelapis fesyen stailis yang mampu mencipta fesyen menjadi kreatif. Dengan adanya rancangan LazAdaStyle ini, juri-juri dapat melihat dan menilai sendiri siapa yang sesuai menjadi pemenang diakhir episod. Lazada juga memberikan hadiah percuma iaitu voucher RM100 kepada penonton LazAdaStyle dengan cara 'shake shake' telefon dengan menggunakan aplikasi Lazada. 
Berkenaan LazAdaStyle:
  1. Merupakan rancangan realiti yang dihoskan oleh Nana Mahazan.
  2. Juri Tetap bagi rancangan LazAdaStyle ini adalah Rizman Ruzaini dan Wirda Adnan.
  3. Selain juri tetap, selebriti undangan dan mentor turut memberi pemarkahan dan menilai setiap fesyen yang dipertandingkan.
  4. Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, LazAdaStyle dianjurkan oleh pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan dan ini bertujuan untuk memperkenalkan lagi platform Lazada sebagai destinasi membeli belah secara di atas talian bagi produk fesyen dan kecantikan.
  5. Menurut Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama mereka bagi musim perayaan tahun ini di platform e-Commerce Lazada yang terkenal ini. Oleh sebab itu, LazAdaStyle telah dianjurkan atas tujuan untuk memperkenalkan lagi jualan fesyen dan kecantikan kepada pengguna Lazada.
  6. LazAdaStyle ini mempunyai 4 episod dimana mereka menggabungkan 8 pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan hasil dari idea mereka dengan cara yang telah ditetapkan. 
  7. Setiap rekaan akan dinilai sendiri oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Ruzaini dan Wirda Adnan.
  8. Manakala, peserta akan diawasi oleh mentor yang terdiri dalam kalangan usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustamam Mokthar sepanjang pertandingan ini berlangsung.
  9. Para penonton juga boleh menantikan para tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan mereka ini jugalah akan memberi tugasan kepada para peserta setiap minggu.
  10. Peserta juga akan disingikirkan mengikut keputusan yang diterima bagi setiap episod dan pemenang akan membawa pulang hadiah dan wang tunai yang menakjubkan sehingga RM100,000.00. 

RANCANGAN REALITI LAZADASTYLE DI TV3


Fuhhh! Actually, aku sendiri baru tahu rancangan realiti LazAdaStyle ditayangkan di TV3 jam 3.00 petang setiap hari Ahad. Masuk minggu ni, LazAdaStyle telah berada di episod 3 iaitu esok 20 Mei 2018. Bagi yang tidak berkesempatan untuk melihat EPISOD 1 dan EPISOD 2 di Youtube Lazada Malaysia. Aku suka tengok episod 1 sebab ada Elfira Loy, hehe...


RANCANGAN REALITI LAZADASTYLE DI TV3


Bila aku tengok LazAdaStyle aku kenal jugaklah seorang peserta iaitu Neo/Fahmy dan dia merupakan seorang engineering tetapi minat kepada fesyen. Sangat impress dengan fesyen dia dan aku doakan kepada semua peserta untuk buat yang terbaik. Semua hebat-hebat. Dah tak sabar dengan episod esok iaitu tema fesyen yang peserta kena buat katanya Bold & Curvy Collection untuk mereka badan bersaiz besar. So, bagi mereka yang berbadan besar dan nak sesuatu fesyen yang wowwwww, aku sarankan korang tengok esok di TV3 jam 3.00 petang.


TEASER EPISOD 3: PLUS SIZE
JANGAN LUPA ESOK (20 MEI 2018) LAZADASTYLE DI TV3 JAM 3 PETANG.



Tak sabar nak tengok minggu akhir, agak-agak siapalah menangkan. Aku rasa aku sokong Elurun kot. Hehe..


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMENANGI HADIAH VOUCHER RM100 UNTUK PENONTON LAZADASTYLE DI TV3 JAM 3.00 PETANG SETIAP AHAD:

  • Jangan lupa muatturun aplikasi Lazada di telefon mudah alih korang tu.
  • Daftar dan login lazada.
  • Bersiap sedia untuk memenangi voucher RM100 dengan cara buka aplikasi Lazada dan shake shake telefon mudah alih.

Selain daripada itu, korang juga boleh membeli barangan yang dijual di aplikasi Lazada seperti yang korang tengok di Televisyen di LAZADASTYLE : FASHION FOR ALL. Sekiranya korang penjual, korang juga boleh mendaftar sebagai penjual di Lazada.com.my untuk #everyonecansell. Jomlah cuba sebab tak rugi bagi penjual untuk menjual barangan mereka di platform e-Commerce yang terkenal di Asia Tenggara ni. 


Bagi peminat fesyen di luar sana, korang juga boleh menggunakan hashtag #mylazadastyle untuk berpeluang dipamerkan di website/instagram Lazada. Jangan lupa juga untuk mengikuti perkembangan tentang fesyen terkini di LAZADAFASHION. Yuhuuuuuu! So, esok siapa agaknya selebriti yang akan datang ni?

15 ulasan:

  1. yang tak sabar tu nak dapat voucher rm100 tu...hehehehe

    BalasPadam
  2. wow interesting to know of Lazadastyle, glad to see it from your post here. My dear like shopping lazada website. shall tell hi of this app now.

    BalasPadam
  3. i used to be the seller here but not i buy more than i sell...lolz..
    not a bad things actually cos things inside there really cheap

    BalasPadam
  4. Wahh... unik betul rancangan ni ya! Bagus tengok perkembangan sekarang. Semua company berlumba-lumba dengan strategi yang berkualiti untuk menarik pembeli! Eh, kejap lagi dah nak start lah! Boleh tengok ni!

    BalasPadam
  5. Baru je tengok iklan Lazadastyle di kat TV. Macam ada ala ala rancangan Gen X ye?. Buat peminat fesyen, siri ni wajib untuk ditonton.

    BalasPadam
  6. Wah macam menarik je rancangan ni sambil tonton boleh menang hadiah lagi.nak tengok la nanti

    BalasPadam
  7. ade tengok! hahaha bagus juga program ni atleast orang tahu pasal lazada dan fesyen dia bukan yg sembarangan punya. good job lazada!

    BalasPadam
  8. Alaaaa.... baru baca. Dah terlepas. Ok, boleh tengok kat youtube lazada. Kena tengok ni... Minggu depan nak tunggu depan TV laa, tak mo ketinggalan lagi. Huhuu

    BalasPadam
  9. Alaaaa nape 4 episode je. Suka tengok rancangan fashion mcm nie. Hopefully they do more on male fashion. Sbb kurang sgt fashion2 utk lelaki nie. Selalu tgok fashion perempuan je. Memilih Nana sebagai pengacara adalah satu langkah bijak sbb Gaya fashion Nana memang selalu on point

    BalasPadam
  10. Macam program gen F tu eh? Menarik juga ni program macam nI. At least boleh cungkil bakat muda dalam industri fesyen sebagai pelapis.

    Terbaiklah Lazada. Dah ada program sendiri. Selalu gak shopping kat lazada esepcially milo, hahaha. Memang murah

    BalasPadam
  11. Baru ke tau pasal rancangan realiti lazada ni .Eh dah masuk episode ke 3.tak boleh lepaskan peluang ni kena tonton mesti menarik kn .

    BalasPadam
  12. Been shopping on Lazada for many years now. There are quite competitive in pricing and with new fashion sellers such as this, it will be a breeze shopping online

    BalasPadam
  13. Pernah tgk sekali je.. boleh rahan gak best rancangan ni.. cetus kreativiti pereka muda kan..lg best sbb sponsored by lazad so boleh promote sekali

    BalasPadam
  14. Wow..baru tau lazada ada program tv sendiri..macam best ja program2 mcm ni..kt astro ada jugak kan..tpi bukan lazada la..more yg pereka2 baru..yg rizalman n vivy tu

    BalasPadam
  15. Wowwwwww... macam menarik je rancangan ini, sesuai sangat dengan bro yang buta fesyen nie hahaha.. kenkadang bukak lazada just untuk beli pampers je

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..