10 SEBAB KENAPA WAJIB TENGOK FILEM PULANG

10 Sebab Kenapa Perlu Tengok Filem PULANG | Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Lagi beberapa hari filem PULANG ini akan ditayangkan dipawagam dan korang semua dah bersiap sedia? PULANG adalah filem epik arahan Kabir Bhatia dan terbitan Primeworks Studios, telah ditayangkan kepada para tetamu jemputan dan rakan media pada Malam Tayangan Perdana di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.




Sedikit sinopsis tentang kisah PULANG:

PULANG adalah sebuah kisah duka seorang lelaki dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta. Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza, termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi keluarga. PULANG sebuah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi dan arahan seni yang sangat mengagumkan.




    10 sebab kenapa wajib tengok FILEM PULANG:

    1. Filem epik yang diilhamkan dari sebuah kisah benar, nak tahu lagi panjang boleh baca novel PULANG yang ditulis oleh Lily Haslina Nasir.
    2. Filem yang memaparkan beberapa lokasi terkenal yang berbeza termasuklah Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool.
    3. Diilhamkan dari sebuah kisah yang benar merentasi 3 generasi keluarga.
    4. Sinematografi dan arahan seni yang sangat POWER GILA.
    5. CGI dia pun POWER gila weh, sampai muka kau pun terherot sekali masa kapal tu karam.
    6. 500 pelakon tambahan weh berlakon dalam filem ni. Yessss, memang ramai :)
    7. Filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di Malaysia. Sebelum ni korang layan filem melayu cintan cintun je kan? Sekarang korang wajib layan filem bersejarah ni. Sebelum tengok cerita ni, baca sekali imbas kisah kelasi di Malaysia.
    8. Pelakon dia semua gempak-gempak weh! Hero heroin bukan calang-calang okay. Pelakon veteran pun ada! Sama gempak jugak!
    9. Plot cerita dia, Allahuakhbar! Tetiba rasa tak sabar nak balik peluk umi abah adik-beradik nenek makcik pakcik saudara semua. Penuh dengan nilai-nilai murni yang melibatkan keluarga dan aku sedih sampai sekarang. 
    10. Jadi, jangan lupa tengok korang weh.. Aku haritu dijemput as a media untuk ke Malam Tayangan Perdana cerita PULANG. Dah! Cerita banyak pun tak guna, mohon 26 Julai 2018 ni serbu GSC beramai-ramai. Korang tengok sendiri cerita PULANG ni, lagu, Kesan Khas Visual, CGI, all the things membuatkan korang OMG! Cerita melayu ke orang putih aku tengok ni. SUPERB nak mateyyyyyyy! 

    Komen aku tentang filem ini, entah.. Tak tahu nak bagi berapa bintang. Tapi memang SUPERB gilalah cerita dia. Korang kena tengok! Mohon bawak tisu sekali. Aku berapa kali jugak tumpas dek air mata megalir dipipiku,hahaha :P



     SEKITAR MAJLIS MALAM TAYANGAN PERDANA PULANG:









    3 ulasan:

    Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..