PENGALAMAN FOOD TASTING DAN OPEN DAY DI AMBASSADOR PUTRAJAYA






Pengalaman Food Tasting Dan Open Day Di Ambassador Putrajaya | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyy finally! Minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Food Tasting Day & Open Day Di Ambassador Putrajaya pada 12 Ogos 2018 which is hari ahad. Serius meriah gila dan ramai yang datang! Yang datang pulak kebanyakan bakal-bakal pengantin dan aku rasa mereka datang tepat pada masanya sebab pada hari tersebut, bakal pengantin yang menempah dengan Hanana Group Sdn.Bhd bakal dapat diskaun sebanyak RM5000.









Bukan itu sahaja, pelbagai pakej menarik bakal menanti buat bakal pengantin dan diskaun sehingga RM5000 akan diberikan. Jadi, korang yang nak buat majlis perkahwinan tu aku sarankan untuk korang turut serta di Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn.Bhd.


Makanan semua sedap-sedap dan ini adalah pengalaman kedua aku pergi uji rasa dan hari terbuka oleh Hanana Group Sdn.Bhd. Makanannya lagi sekali, tidak mengecewakan dan sangatlah sedap dan puas hati. Aku tengok siap ada yang menambah lagi haaaa, kemain tau korang. 


Untuk pengetahuan semua, kali ini Hanana Group Sdn.Bhd akan tawarkan pakej RM48,000 dan RM38,000 di Ambassador Putrajaya. Menariknya kali ini, mereka turut memperkenalkan dua pakej untuk dua tempat baharu iaitu LUGAR DE LA BODA - GARDEN WEDDING, PUCHONG dan DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI. Lugar De La Boda Garden Wedding, Puchong ini mengetengahkan konsep 'Garden Wedding' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Pakej perkahwinan di sini adalah bermula RM19,000 sehingga RM28,000 mengikut bilangan tetamu yang ingin dijemput. Bertemakan perkahwinan ala-ala garden (konsep terbuka) yang membawa konsep ala-ala santai gitu dan juga seperti di dalam taman ianya bakal beroperasi sekitar Oktober 2018 dan bestnya sesiapa yang nak diskaun sebanyak Rm5,000 di lokasi yang berkonsepkan garden ini korang bolehlah datang ke hari terbuka pada 12 Ogos 2018 di Ambassador Putrajaya nanti.





Manakala di Dewan Tan Sri Yusof Hashim (MARDI), pakej bermula daripada RM26,000 hingga RM35,000 mengikut jemputan tetamu. 


Sebab kenapa perlu pilih perkhidmatan perkahwinan daripada www.hananagroup.com:
  • Lokasi yang sangat selesa dan parking mudah dan tidak berbayar.
  • Harga pakej yang ditawarkan ini termasuk sewa dewan, busana baju perkahwinan, jurusolek, kemudahan di dewan, PA System, pengacara majlis, katering, tea corner, meja menu utama dan complimentary. 
  • Servis yang diyakini selamat dan korang akan puas hati gila nanti.


Terima kasih Ambassador Putrajaya atas jemputan ke majlis uji rasa dan hari terbuka pada minggu lepas. Serius meriah gila time aku pegi tu. Tak sabar tunggu pelancaran LUGAR DE LA BODA - GARDEN WEDDING, PUCHONG dan DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI pula. Moga dipermudahkan segalanya ya :)



Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


2 ulasan:

  1. Memang berbaloi sangat ke open house ni! Makanan pun banyak, servis diorang pun bagus. Apalagi bila datang dengan kawan-kawan sekepala kan. Haha

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..