MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Menyusuri Goa Pindul, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Aku ke Goa Pindul ini pada hari yang kedua. Perjalanan bermula daripada Candi Prambanan yang mengambil masa selama 1 jam 5 minit. Perjalanan ke Goa Pindul ini tidaklah mencabar dan aku hanya di dalam bas sahaja terus menghayati keindahan bumi Yogyakarta. Goa Pindul ini terletak di Desa Bejiharjo, Kecamatan Karangmojo, Kabupaten, Gunung Kidul.


Pakaian yang aku pakai sewaktu di Goa Pindul ini boleh tengok gambar atas. Nak seronok pakai swimming suit sesiap dan nak masuk ke gua ini boleh pakai kasut yang disediakan atau pun pakai selipar macam aku pakai tu. Malas nak pakai kasut sebab nak kaki bebas gitu. Then aku trauma sikit pakai kasut kalau masuk tempat berair macam ni. Pelik tak trauma aku?haha


TIKET MASUK KE GOA PINDUL : Rp10,000
TIKET MASUK MENYUSURI GOA PINDUL: Rp40,000
JUMLAH: Rp50,000


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Cara-cara nak ke Goa Pindul:

Bagi yang ke Yogyakarta, jangan lupa untuk lakukan aktiviti di Goa Pindul iaitu cave tubing. Ya, di Malaysia juga sebenarnya ada aktiviti sebegini, cuma bagi yang pertama kali.. rasailah sendiri sejarah yang ada di Goa Pindul ini. Setibanya aku di Goa Pindul, terpampang satu signboard/billboard yang cukup besar dan jangan lupa untuk bergambar di situ ya. Jalan terus untuk masuk di kawasan Goa Pindul ini perlu dibayar sebanyak Rp.10,000/orang dan untuk menyusuri Goa Pindul pula berharga Rp.40,000 termasuk life jaket, pelampung, kenderaan untuk menyusuri Goa Pindul ini. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Perjalanan ke Goa Pindul ini pada mulanya dari Candi Prambanan boleh je ambil kenderaan sendiri, kenderaan yang disediakan oleh travel agent, motor atau kenderaan awam. Seterusnya bila nak ke lokasi menyusuri Goa Pindul, aku dan rakan-rakan lain perlu menaiki lori yang telah disediakan untuk ke destinasi tersebut. Sepanjang perjalanan nak ke lokasi menyusuri itu, mata aku tertumpu dengan perumahan kampung yang ada di situ. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Tiba di lokasi untuk menyusuri ke dalam Goa Pindul itu, kami dikehendaki mengambil satu ban pelampung (pelampung) dan perlu bawa sambil berjalan yang jaraknya lebih kurang 200 - 300 meter ke mulut gua. Tercungap sedikit kerana jalan sambil bawa pelampung yang berat tapi tak apa, barulah aktiviti lasak! hehe.. Aliran sungai bawah tanah ini bermula dari mulut gua hingga ke bahagian akhir gua dimana dalam gua ini terdapat satu bahagian sempit yang perlu menyusuri secara bergilir-gilir menggunakan ban pelampung. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Tentang Goa Pindul:

Panjang Goa Pindul ini adalah 350 meter, lebar 5 meter dan jarak permukaan air dengan atap gua adalah 4 meter sahaja. Masa yang diambil untuk menyusuri Goa Pindul ini adalah selama satu jam yang berakhir di sebuah empangan. Kalau korang nak tahu, aliran sungai yang ada dalam Goa Pindul ini berasal dari mata air Gedong Tujuh dan lokasi pelancongan di Goa Pindul ini telah dirasmikan pada 10 Oktober 2010. Kira baru jugaklah kan. 


Perasaan aku ketika berada di dalam Goa Pindul ini sungguh kecil, insaf dan semua perasaan ada. Di dalam Goa Pindul ini juga masih ada kristal yang aktif dan batuan stalaktit yang masih bergantung di atap gua kapur. Ada juga batuan yang masih hidup dan menitiskan air. Kalau masuk ke gua, jangan lupa untuk perhatikan batuan yang berair ini, itu bermaksud batuannya masih hidup/aktif. Untuk pengetahuan semua, Goa Pindul ini mempunyai 3 zon iaitu, cerah, kurang cerah dan gelap gelita. Masa itu jangan lupa untuk berzikir dan selawat, maklumlah tempat orangkan. Jadi jangan terlalu suka bila berada dalam gua. Ingat Allah juga dan istighfar seketika.


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA



Keadaan Dalam Goa Pindul:

Ya! Jangan terkejut, ada satu bahagian terdapat kelawar yang masih hidup ya. Masa aku masuk haritu, aku sempat tengok kelawar dan ya memang banyak kelawar masa tu. Betul, ada satu bahagian cukup sempit dan perasaan takut tu dah tentu la ada,haha.. Tapi takpe, yang penting kena tenang je. Masuk dalam Goa Pindul ini secara berbaris dan perlu pegang tangan supaya tidak lost sepanjang menyusuri Goa Pindul walaupun dijaga oleh orang di sana. Sebelum nak sampai ke bahagian akhir, nampak satu bahagian yang cukup lebar dan berupa kolam serta ada cahaya matahari yang memasuki dari sudut atap gua. Oh ya, untuk memasuki Goa Pindul ini ada 2 cara ye korang, pertama menyusuri macam aku ni dan kedua boleh juga masuk secara menegak dari celahan cahaya matahari masuk tadi. So, pilih korang nak masuk mana satu. Di bahagian yang ada cahaya matahari ini, boleh masuk dan rilek serta boleh terjun di bahagian ini. Cuma apa yang aku nak cakap, berhati-hati ketika berada ditempat orang. Antara lokasi yang ada berdekatan dengan Goa Pindul ini juga adalah Gelatik (Gua Kering), Monumen peninggalan Jenderal Soedirman dan Situs Purbakala Sokoliman. Cuma masa tu aku tak sempat nak terjah kesemuanya. Maybe next time?hehe


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

Ulasan Aku:

Anyway, pengalaman aku masuk ke Goa Pindul ini sangat seronok, kerana masih terdengar pukulan air sehingga mengeluarkan bunyi seperti gendang. Rugi siapa yang masuk gua tapi tak dengar 'gendang' tu. Seronok juga sebab dapat melihat kekuasaan Allah iaitu kristal yang masih berkelip. Indah ciptaanNya. Lagi seronok dapat tengok cahaya matahari menembusi masuk dari atap gua. Cukup indah. Sampai sahaja di checkpoint yang mula-mula sampai Goa Pindul itu, kami disajikan dengan makanan jawa yang super sedap! 2 kali aku menambah okay. Sedap tak terkata masakan orang Desa Bejiharjo. Semoga, aku dapat ke sana lagi suatu hari nanti :)


Semoga, pelancong dan warga tempatan di sana dapat pelihara Goa Pindul sebaiknya. InshaAllah.



Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

14 ulasan:

  1. Banyak betul tempat menarik dekat Yogyakarta ni sebenarnya. Tak pernah lagi sampai sini. Dah boleh start kumpul dulu nak pergi sini pulak.

    BalasPadam
  2. amboi seronoknya mekonie ni. lagi best bercuti dengan gang sekepala , dia punya meriah jangan cakap lah kan.. mesti bila masing2 dah kawen nt akan rindu saat lepak cmni..

    BalasPadam
  3. Seronoknya. memang sepanjang berada atas air tu, kena pakai pelampung tayar tu ke?.

    BalasPadam
  4. next trip gi jelajah indon nak ikut tau ...suka tengok dan explore negara orang macam nih...lepas ni nak simpan duit dan pergi semua tempat yg mek onie pergi ..bestttt

    BalasPadam
  5. Ni pengalaman best yang takkan dulupakab kalau datang sini ni..nak masuk sini mencabar juga ye. .Kene guna pelampung je. .Memg kene makesure pegang tangan kuat-kuat la kan. .Tempat orang. .Memg kne hati2..nampak best betul

    BalasPadam
  6. Ni antara tempat yg akak belum.sampai lagi. Nnt ada rezeki boleh p

    BalasPadam
  7. Wah best nyer! I like to go back to Yogyakarta again soon. There are so many places to explore there and also their food.

    BalasPadam
  8. Kenapa seronok sgt awak nye itinerary ni? Jeles betul tgk. Lama x ber adventure macam ni. Sobsss

    BalasPadam
  9. Sis x ada peluang masuk ke sini. Nampak gaya kena gi swmula ni, nak masuk kat sini gak

    BalasPadam
  10. So beautiful this Goa Pindul as you get to see nature's finest creation at its best. :) You can even laze around on that tube

    BalasPadam
  11. Alahai bestnya, rindu nak masuk gua :D

    BalasPadam
  12. Bella suka aktiviti2 macam ni. Kalau cave tubing ni lebih relaxing sebab takde air deras. Selalunya kalau Bella buat aktiviti2 air, Bella akan pakai sandal crocs sebab crocs rubber n melekat ke kulit bila kena air so tak takut tercabut.

    BalasPadam
  13. Kalau kita.. Mesti takut nk masuk celah2 gua tu.. Teringat pulak kt thailand yg budak2 terperangkap dalam gua tu

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..