TRIP KUNDASANG - KOTA KINABALU 5 HARI 4 MALAM

by - March 21, 2019





Trip Kundasang - Kota Kinabalu 5 Hari 4 Malam | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Sepatutnya itinerari trip ke Kundasang dan Kota Kinabalu ini aku up tahun lepas lagi. Tapi tahun ni, aku baru sempat nak kongsikan dengan korang semua. Sebab ramai pulak yang tanya aku itinerari ke Kundasang dan Kota Kinabalu. Actually, masuk ni aku dah pergi 2 kali ke Kundasang dan Kota Kinabalu, first aku pergi dengan adik dan member adik aku pada tahun 2018 dan kali kedua aku ke Kundasang dan Kota Kinabalu ini pada 20 Februari 2019 hingga 24 Februari 2019. 


*Incase kalau korang nak ke Kota Kinabalu - Kundasang, korang boleh tengok entri aku bawah sekali, servis pakej percutian ke Sabah dorang tiptop!

Jadi untuk itinerari ini aku akan kongsikan trip kali kedua aku iaitu pada tahun 2019 ni la ye. Trip kali kedua ini terjadi disebabkan keinginan aku untuk bawak keluarga aku ke Kundasang sebenarnya. Disebabkan umi abah aku nak rehat-rehat kat tempat sejuk, aku bercadang untuk bawa ke Kundasang sekaligus jalan di area Kota Kinabalu. Sebelum aku bawa ke Kundasang haritu, sebenarnya aku ada bawa family aku ke Cameron Highland juga.


See, dorang memang suka tempat yang sejuk. Tapi trip Cameron Highland ni aku tak pergi pun sebab time tu clash dengan program kat office. Kecewa gila time tu tak dapat guide family aku ke Cameron Highland time tu. Jadi, untuk tidak membuatkan ralat selamanya, aku decide bulan 3 2018 tu untuk beli tiket flight ke Kundasang dan Kota Kinabalu. Nak taknak aku memang kena pergi jugak.


View dari homestay aku di Kiram Village

Jadi untuk itinerari ini, aku akan ceritakan mengikut pengalaman aku sendiri ya.



*Panjang pulak mukadimah aku kan




PLANNING SEBELUM KE SABAH:

1. Survey tiket flight yang murah dan berbaloi ( Aku pilih AirAsia)
2. Kereta Sewa ni penting bila di Kundasang dan Kota Kinabalu (Aku pilih AFS CAR RENTAL SDN.BHD.)
3. Tempat penginapan: Survey je selalu untuk dapatkan harga yang murah dan kalau boleh pilih lokasi yang strategik dan okay. Sebab trip family kan, jadi aku fikir bab jarak semua tu.
4. Luggage ni terpulang pada orang. Nak check in semua, silakan. Tapi aku pilih untuk berjimat,hehe
5. Senaraikan lokasi yang nak pergi. Done! Follow lokasi yang kali pertama aku datang je.
6. Duit belanja: Duit masing-masing je, nak beli ole-ole untuk kawan, family aku guna duit memasing je. Duit minyak kereta, duit makan, duit nak masuk pulau, duit nak masuk tempat berbayar ni aku memang dah asingkan sesiap dalam sampul duit raya tu. Memang mudah dan tak gelabah nak cari duit.


View ni dari sebelah kiri seat dalam flight, kalau duduk sebelah kanan tu tak pasti dapat tengok view ni ke tak. Lagi satu, duduk di sebelah kiri seat ni boleh nampak Gunung Kinabalu, tapi sekejap je. 15-20 minit sebelum landing di Kota Kinabalu International Airport


TIKET FLIGHT:


Untuk tiket flight ni aku beli dari laman web AirAsia dan time aku beli tu, masih dalam harga promosi. Jadi jumlah tiket aku untuk kesemuanya adalah berharga RM1817.54 untuk 7 orang dewasa termasuk 6 makanan, 25 kg luggage pergi dan 20kg luggage balik. Okay la, sangat berbaloi aku rasa kalau beli tiket time promosi ni. Jimat banyak kot aku rasa. Aku seorang yang tak suka beli tiket last minute. So, itulah aku,hehe..Tapi ni pun adik aku sorang tak pergi, burn la duit tu kecuali kalau setahun sebelum nak berlepas kalau bagitahu awal tak jadi ikut takpe, bolehlah email untuk refund. Okay tiket flight setel! Now kereta pulak.



KERETA SEWA:

AFS CAR RENTAL SDN.BHD. | Kereta sewa ni memang aku sangat berhati-hati untuk buat booking. Takut ditipu or something else yang tak sedap didengar or whatever. Aku cari kat google, aku instagram and finally jumpa jugak syarikat kereta sewa yang aku rasa pada mulanya oh okay ni follower banyak mesti okay ni. (Dalam hati hopefully okay). Aku start DM dan tanya harga thru DM Instagram. Then terus bukak website syarikat AFS CAR RENTAL SDN.BHD. untuk pilih kereta dan booking. First thing first, aku suka dengan website dari AFS CAR RENTAL SDN.BHD. ni sebab sangat responsive and mobile friendly. Part pilih kereta pulak aku suka, sebab dia terus senaraikan jenis cc kereta dari 1.0cc hingga 2.4cc. Mudah nak pilih. Then dia letak pulak harga dari harian, mingguan dan bulanan. Jadi bagi aku, website dia memang memudahkan pelanggan macam aku yang malas nak explore lebih kadang tu.


Kereta Sewa dari AFS CAR RENTAL SDN.BHD. , puas hati pakai kereta sewa ni, next time kalau turun ke Sabah lagi memang servis dorang la aku cari dulu. 


website

instagram


Kereta Sewa dari AFS CAR RENTAL SDN.BHD. , aku lak sewa kereta ALZA. Besar, selesa dan tak bermasalah. Boleh pulak masa booking aku cakap dengan orang dia, kata nak kereta baru. Demand gila aku ni,haha..nasib depa melayan je dan kebetulan ada stok. TERBAIK!

Kereta Sewa dari AFS CAR RENTAL SDN.BHD. , actually makcik aku sewa kereta axia je weh, sekali haritu kereta axia tu ada problem, terus depa bagi kereta myvi baru ni. Haa bestnya. Bagus servis dorang!

Disebabkan trip ni trip family, jadi aku sewa kereta yang besar iaitu Alza 1.5cc which is, nak jalan jauh pun seronok then jimat minyak jugak sebenarnya. Ikut dekat website harga dia RM179/hari. Tapi aku dapat RM155/hari selepas diskaun. Gila murah weh. Terus aku grab! Aku sewa untuk 4 hari dan total habis dekat kereta RM620/4 hari. Deposit booking bayar RM100. Jadi balance tu kena bayar masa hari ambil kereta. Time ni standby je duit cash ye. Asingkan sesiap, jangan nanti masa nak bagi balance kelam kabut.


Part ni sangat penting bila kita jadi customer, korang akan ditunjukkan spot-spot yang memang dah sedia ada kerosakan pada kereta. Benda ni kalau mana-mana syarikat kereta sewa macam ni pun akan buat juga. Jadi, sila ingat betul-betul kerosakan kereta dan kalau boleh treat kereta sewa macam kereta kita sendiri. Sama-sama jaga tak salahkan korang? Alhamdulillah dari ambil sampai hantar balik tiada apa-apa kerosakan. Moga orang lain pun boleh guna juga nanti. Puas hati guna servis kereta sewa daripada AFS CAR RENTAL SDN.BHD.. Paling best bila harga dorang selalu ada diskaun. Jadi jangan lupa kalau nak sewa kereta boleh sewa dengan AFS CAR RENTAL SDN.BHD..Staf dia semua efisyen :)

BOOKING KERETA SEWA KOTA KINABALU - KUNDASANG : 



PENGINAPAN:

Untuk penginapan ni, aku booking 2 homestay iaitu di Kiram Village, Kg.Mesilou, Kundasang dan Marina Court Resort Condominium.


PENGINAPAN DI KUNDASANG:
Kiram Village, Kg.Mesilou, Kundasang
Pumpkin Cabin
3 Hari 2 Malam:
Deposit Booking: RM215
Baki: RM220 (bayar masa check in)
Jumlah: RM435


PENGINAPAN DI KOTA KINABALU:
Marina Court Resort Condominium, Kota Kinabalu
3 Bedroom Premier 8 Pax
3 Hari 2 Malam:
Bayar Penuh: RM497.64
Security Deposit: RM200 (Memang kena bayar online)


Kiram's Village dihatiku. Maaf ini bukan sponsor ke apa oiiii.. Duit sendiri lerr.. haha


Pengalaman menginap di Kiram Village, Kg.Mesilou ini sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menenangkan hati juga kerana lokasi homestay yang sangat strategik. Kalau kali pertama aku menginap di Cabbage Cabin (boleh baca di sini) , kali ini aku menginap di Pumpkin Cabin pula. Harga ikutkan macam lebih kurang jugaklah satu malam RM200+/- macam tu. View sekitar Kiram Village ini sangat mendamaikan dan cantik gila. View boleh nampak peak Gunung Kinabalu di awal pagi atau kalau ada rezeki di lewat petang. Awal pagi boleh jogging atau berjalan ke Kg.Mesilou untuk bergambar lebih dekat dengan Gunung Kinabalu.


Alhamdulillah, jadi jugak trip kali ini.. salah satu sebab aku berhenti kerja. Quality time :)

Sepanjang aku di Kundasang, memang masak. Alaaaa masak simple-simple je. Peralatan dapur pun ada. Walaupun tak banyak tapi ada jugaklah. Aku plan nak BBQ je malam tu, tapi masing-masing keletihan, jadi masak simple gitu je. Sama juga di Marina Court Resort Condominium, Kota Kinabalu. Hari pertama di Kota Kinabalu je aku dan mak aku makan dekat Waterfront malam tu, lain hari kami memang masak sendiri je. Penginapan di Kota Kinabalu semua lengkap! Marina Court Resort Condominium, Kota Kinabalu ni bagi aku memang ramai gila. Time ni stay 2 keluarga bersamaan 10 orang. Rasa macam boleh masuk lagi beberapa orang sebab memang luas dan puas hati.



LUGGAGE:

Untuk luggage pula, aku check in satu luggage sahaja. Yang lain-lain bawak beg sendiri. Lelaki senang sikit bawak baju dorang. Lagi pun, adik-adik aku ni jenis bebiasa je, takde la bawak baju beria. Luggage yang check in ni macam-macam ada, makanan segera, sos BBQ, alat mandian, baju abah umi aku. Semua tu 19kg sahaja. Jadiklah. Balik pun sama, 1 luggage je check in. Tak perlu nak check in luggage bebanyak, bazir je,haha...


Kalau nak stay Kundasang ni lelagi 2 hari, aku sarankan untuk korang bawak baju sejuk dan stokin untuk tidur yang lena. Masa aku pergi suhu dia 14-16 darjah celcius okay pada waktu malam dan pagi tu. Sejuk gila.



SENARAIKAN LOKASI MENARIK SEBELUM PERGI:


Hai awak, nanti kita honeymoon sini okay?haha

Rancang perjalanan dan lokasi yang nak pergi sebelum tarikh travel menghampiri. InshaAllah, Kundasang dan Kota Kinabalu satu destinasi yang sangat mudah untuk diakses. Macam aku, hari pertama sampai Sabah aku akan terus ke Kundasang. Kundasang ni nak puas dan nak rileks-rileks boleh stay 2 malam. Puas hati weh dapat stay 2 malam. Then lepas setel Kundasang, boleh turun balik ke Kota Kinabalu. Ini bertujuan untuk tidak mahu berlaku kelewatan atau masalah yang tidak diingini yang boleh menyebabkan tiket penerbangan burn. Jadi perancangan yang betul akan memudahkan urusan anda sepanjang di Sabah. Haaaa...Macam aku, aku ni seorang yang kalau boleh mesti kena ada perancangan. Kalau tak berterabur nanti.


Jadi, lokasi dan itinerari yang menarik korang boleh tengok di bawah ni ya.





HARI PERTAMA (20.2.2019) - KUNDASANG:


  • 12.00pm: Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • 12.30pm: Menuju ke lokasi (sekitar airport jugak) untuk mengambil kereta sewa yang telah disewa di AFS CAR RENTAL SDN.BHD. dan terus bergerak ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang ini mengambil masa selama 2 jam. 

Jambatan Tamparuli, sampai situ je aku mampu.. nak jalan jejauh tak boleh..pening oiii naik Jambatan ni,haha
  • 1.00pm: Sementara itu, kami singgah di Jambatan Tamparuli. Sebab Jambatan Tamparuli ini satu jalan menghala ke Kundasang juga jadi aku decide untuk singgah di Jambatan Tamparuli serta kebetulan hari aku sampai tu ada tamu (pasar). Parking agak penuh dan kami parking jauh sikit. Boleh la tapau makanan dan beli kuih-muih ke apa sekitar tamu tu. Di Jambatan Tamparuli ni ada tandas awam dan masjid. Jadi bolehlah buat jamak dulu sebelum teruskan perjalanan ke Kundasangkan.
  • 4.00pm: Tiba di Kundasang dan check in di Kiram Village (Pumpkin Cabin). Masa aku sampai Kiram Village ni memang banyak gila kereta tapi bila dah stay di Pumpkin Cabin ni rasa bersyukur sangat siap ada tempat parking kereta bawah garaj lagi haaaa. Selesai check in kami berehat sebentar.
  • 6.00pm: Kami turun ke Pekan Kundasang dan kebetulan pada 20.2.2019 tiada tamu maka beli jela sayur-sayur sekitar pekan Kundasang dan dekat pasaraya area Kundasang. Pasaraya ten ten tak silap aku nama dia. Setel beli bekalan untuk dimasak malam tu, kami balik ke homestay balik. 

Ini je pun dah sedap gila okay.. MENAMBAH!
  • 8.00pm: Masak! Masak telur, sup sayur jela time ni. Tu pun dah cukup nikmat weh. Lepas masak segala ambik angin dekat luar then tidur.

Sekiranya korang datang ke Sabah untuk pergi Kota Kinabalu dan Kundasang, aku sarankan untuk korang ke Kundasang dahulu pada hari pertama. Macam aku, aku stay di Kundasang 2 malam atas tujuan memang nak betul-betul berehat dan tengok Gunung Kinabalu. Itulah motif sebenar aku ke Sabah. Nak bawak umi abah dan adik-adik tengok Gunung Kinabalu dan ternyata dorang pun teruja macam kali pertama aku datang Kundasang.


Nak cun lagi, naik guna kereta, maka inilah hasil gambar yang dapat. Hehe.. Power jugak eh kereta sewa aku ni,hehe

Sambil jalan di area Kg.Mesilou berdekatan dengan Kiram Village, padang golf sebesar alam ni akan dapat tengok. Yang pelik ada ke orang main atas ni eh. Besar gila okay.

Ni aku kata, kalau duduk area Kiram Village, jalan sikit ke atas area Kg.Mesilou dan anda akan dapat tengok view sebegini. Time ni jalan kaki je weh. Suka mak aku dapat tengok Gunung Kinabalu

Dari airport terus ke Kundasang tapi jangan lupa untuk isi minyak full tau. Sebab perjalanan nak ke Kundasang takde patrol pam. Ada pun bila dah nak sampai ke Kundasang tu haaaa.. Minyak tu memang boleh tahan pergi dan balik termasuk jalan-jalan sekitar Kundasang dan Ranau untuk 2 hari okay. Jimat jugak eh Alza ni,hehe..Baju tebal, stokin jangan lupa bawak. Sejuk dia tu memang tak boleh bawak bincang ye,haha.. Macamana la nak pergi negara bersalji ni, aishhh onie onie..


View dari Kiram Village


Kiram Village yang aku duduk ni berketinggian 5700 dari paras laut ya.

Aku prefer kalau stay di Kundasang ni untuk masak je, cari homestay yang ada kelengkapan dapur macam Kiram Village ni. Kiram Village ni ada kelengkapan BBQ siap cuma aku takde BBQ pun, kami BBQ atas dapur gas je,haha.. Dekat Kiram Village ada cafe, makanan dia sesedap, roti canai dia la buat aku rindu, adoiii... Tapi breakfast pun kami masak je. Beli bahan dekat Pekan Kundasang tu then balik masak. Itulah serba sedikit tips untuk hari pertama ni di Kundasang ni.

HARI KEDUA (21.2.2019) - KUNDASANG:

  • 6.00pagi: Subuh dan masak air panas, masak sarapan pagi then jalan-jalan sekitar Kg.Mesilou. Kalau duduk area Kiram Village tu jangan lupa untuk naik ke Kg.Mesilou untuk tengok Gunung Kinabalu. Time pagi memang nampak Gunung Kinabalu. Cantik !

Sungai Moroli Ikan Tagal Kg.Luanti., Sorang tak cukup

Gambar kiri: Kalau rasa geli dengan ikan toksah masuk, bazir RM5 je..tapi kalau masuk nak tengok-tengok jadi la kan, macam mak aku,ahahahaha.. Tapi si kecik tu tetap rendam kaki okay. Aku? main kat gigi-gigi air je,haha.. Gambar kanan: suka pulak bapak aku ye rendam kaki sambil bagi ikan makan, ada ikan keli oiiii..besar gila...

  • 2.00petang: Ke pekan Kundasang untuk tunggu saudara dan terus ke Sungai Moroli Ikan Tagal Kg.Luanti

Bunnies Secret Garden, buat apa nyorok kat tepi tu..

Inilah manusia-manusia yang pergi trip kedua ke Kota Kinabalu - Kundasang. 2 family tapi tak cukup 2 orang. 

Bunnies Secret Garden, masuk sini boleh bagi arnab makan, hehe..First time weh aku masuk tempat arnab ni. Padahal dekat KL dan Selangor ada je,haha..Alang-alang sampai wak..

  • 3.00petang: Singgah ke Bunnies Secret Garden dan main dengan arnab. Allahu, comel yang amat. Actually Bunnies Secret Garden ni tempat dia belah belakang dan kalau nak masuk Bunnies Secret Garden ni, korang akan jumpa satu penginapan yang terbiar. Moga penginapan itu dapat dimajukan kembali. Tapi tulah, bagi aku jauh jugak kalau orang yang nak menginap kat situ, bagi aku tak strategik. Lokasi Bunnies Secret Garden ni 1km je dari Sungai Moroli Ikan Tagal tu haaaa.. Alang-alang sampai, saja je pergi Bunnies Secret Garden ni haaa...

Tamu di Pekan Kundasang, kat sini banyak gak la orang jual baju bundle, katanya bundle kat sini elok-elok. Entah, aku tak tengok lak,hehe.. Kat sini, digalakkan untuk beli ikan bilis. Murah sikit banding di Kota Kinabalu. 


Padang Golf, Pekan Kundasang, Hi bang,tak penat ke main golf tu? haha..Aku? surrender.
  • 5.00petang: Tiba di Pekan Kundasang dan time ni meriah sebab ada tamu. Berapa kali beli sayap ayam kat tamu tu haaa.. pastu beli bahan untuk masak malam tu. Petang tu main golf sekejap. Kita orang ambik 100 biji bola golf, haaaa main la sampai muntah! HAHA.. aku tak main pun, sebab tak pandai dan first visit ritu dah main, bapak susah! Tak pasal terkehel sikit tangan aku haritu disebabkan salah teknik,kahkah. So, second visit ni aku tak main. Jadi pemerhati je.
  • 7.00petang: Balik ke homestay kami dan bersiap pastu masak untuk makan malam. Time ni memasing dah kesejukan. Haaa nak sangat sejukkan? silakan. HAHA! Disebabkan keluar ga bertambah, aku tempah tilam 2 set dan 1 set berharga RM25. Jadiklah wak!
  • 9.00malam: Perut kenyang dan ayuhlah tidur.

Tiket masuk:
-Sungai Moroli Ikan Tagal Kg.Luanti: RM5 (dewasa) / RM2 (kanak-kanak) / RM10 (mandi bersama ikan)
-Bunnies Secret Garden: RM5/dewasa & kanak-kanak


Siapa yang ke Sungai Moroli Ikan Tagal Kg.Luanti ni seorang yang penggeli macam aku, tak payah la masuk, membazir je,haha.. tapi kisah pulak aku, aku masuk je even main di gigi-gigi air sahaja. Aku tak boleh bla weh bila ikan gigit-gigit kaki, haha.. geli plus sakit dia adoiiiii... bapak aku suka pulak dia. Mak aku langsung tak masuk celup kaki, haha... Lepas setel Sungai Moroli Ikan Tagal Kg.Luanti tu singgah la pulak ke Bunnies Secret Garden, main dengan arnab. Tu kalau ada anak-anak la. Kalau yang jenis travel dengan kengkawan tayah la kot. Kolam Air Panas Poring ni aku tak pergi pun. Maybe next time kot.


Kalau nak asah diri pukul bola golf, depan Kundasang War Memorial tu boleh main. Main sikit-sikit dah la ye. Kang tak terpukul lak bola golf tu. Aku trip kalini memang tak main pun. Malas,haha... Disebabkan Kiram Village ni di atas nun, kami decide untuk tidak balik lewat dari Pekan Kundasang tu. Takut weh, malam dan berkabus. Memang pukul 7 lebih kereta dah kurang atas jalan. 


HARI KETIGA (22.2.2019) KUNDASANG - KOTA KINABALU:

  • 6.00pagi: Macam biasa, bangun, masak sarapan, bersiap packing beg untuk check out dan jalan-jalan sekitar Kg.Mesilou dulu sebelum turun ke Desa Cattle Dairy Farm. 
  • 10.00pagi: Ke Desa Cattle Dairy Farm dan time aku pergi ni memang nampak lagi Gunung Kinabalu. Cantik yang amat. Rezeki dapat tengok Gunung Kinabalu lama. Masa first visit kul 8pagi pun tak nampak Gunung Kinabalu dah. Alhamdulillah untuk second visit ke Kundasang ni puas hati dapat tengok Gunung Kinabalu paling lama. Jangan lupa beli aiskrim yeogurt dan cuba susu lembu tau. Tak payah beli banyak-banyak susu tu. Dia tahan 4 jam je. Jadi beli untuk diminum di Desa Cattle Dairy Farm terus.

Desa Cattle Dairy Farm, wajib bergambar kalau dah sampai sini

Desa Cattle Dairy Farm, kat sini pun wajib,haha

Desa Cattle Dairy Farm, time ni seingat aku jam 9 pagi masa first visit aku datang Kundasang, tak nampak Gunung Kinabalu dah dan agak ralat sebenarnya. Nasib baik ada trip kedua ni.

  • 11.00pagi: Naik ke Kundasang War Memorial pulak. Belajar sejarah dan Kundasang War Memorial ini telah dijadikan sebagai Tugu Peringatan Perang Kundasang semasa peristiwa perjalanan maut atau kawat maut Sandakan-Ranau 1945. Jadi, sebelum ke sini adalah lebih baik untuk baca peristiwa perjalanan maut atau kawat maut Sandakan-Ranau 1945 ni ya.
Kundasang War Memorial, naik la atas tu. fahami sejarah ketika tahun 1945 

  • 1.00petang: Setelah selesai ke Kundasang War Memorial, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Nabalu pula. Di Pekan Nabalu ini, terdapat cenderamata yang boleh dibeli dengan harga yang murah berbanding di Kota Kinabalu. Serius, kalau korang nak beli cenderamata ke better beli di Pekan Nabalu.
  • 2.00petang: Setelah selesai sesi membeli, kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.Sepanjang perjalanan pergi dan pulang korang jangan lupa untuk perhatikan ada satu air terjun yang panjang di sekitar Gunung Kinabalu (nearby). Tak pasti apa nama air terjun dia tu. Tapi view memang indah la. 
  • 4.00petang: Sampai Kota Kinabalu dan check in di Marina Court Resort Condominium pula. Masa aku stay sini, tuan rumah tu memang bagi sesiap dah parking kereta. Parking dibasement dan mudahlah. 
  • 9.00malam: Gerak ke restoran seafood sekitar waterfront tu haaaaa.. Makan sambil nak tertidur. Letih yang amat sangat time ni.
  • 11.00malam: Rehat dan tidur.


Desa Cattle Dairy Farm, parking di sini selalu penuh tapi kalau dah penuh sangat parking je kat luar pastu jalan sambil menikmati keindahan yang ada,hehe

Dedua gambar ni second visit dan taraaaa, time ni jam 10 lebih pagi. Rezeki dapat bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Okay dah tak ralat,hehe.. 

Tiket masuk:
Desa Cattle Dairy Farm: RM5/pax
Kundasang War Memorial: RM2/pax


HARI KEEMPAT (23.2.2019) KOTA KINABALU:

  • 6.00pagi: Bangun dan solat subuh serta masak untuk bawa bekal ke Pulau.
  • 9.00pagi: Gerak ke Jetty Waterfront. Beli di kaunter 10.
  • 10.00pagi: Setel beli tiket segala dan jom ke Pulau Manukan.

Masjid Negeri Sembulan

Signal Hill Observatory

Signal Hill Observatory 


  • 2.00petang: Singgah ke Signal Hill Observatory dan Masjid Negeri Sembulan. Alaaa dekat je dari Kota Kinabalu. Kebetulan nak jumpa saudara di sini. Boleh tengok kapal terbang juga.
  • 5.00petang: Masak dan makan
  • 9.00malam: Pergi Pantai Tanjung Aru. Pergi malam sebab, petang tu masing-masing terbongkang kepenatan. Tak ralat sebab dah pergi masa first visit. Pantai Tanjung Aru ni, dia ada 3 pantai. Pantai yang first tu memang ramai gila orang. Jadi kalau nak pergi, pergi yang kedua. Tapi pantai pertama ni pasir dia halus gila. Malam tu aku main jugak kat situ even gelap gila. teruja dengan pasir dia yang halus tu. 
  • 11.00malam: Rehat!

Pulau Manukan


Tiket masuk: 

Pulau: RM23/1 pulau / dewasa & RM18/1 pulau/kanak-kanak (Pulau Manukan) (KAUNTER 10)
Terminal Fee: RM7.20/pax
Conservation Fee: RM5/pax (Tunku Abdul Rahman Park)
Rental: RM10/set (gugel & life jacket)
Rental: RM10/pc (tikar)




Untuk pulau ni terpulang pada korang nak pergi berapa pulau, macam aku.. first visit haritu aku dah pergi 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Second visit ni disebabkan family dan ramai aku pergi satu pulau iaitu Pulau Manukan. Pulau Manukan ni besar dari Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Nak snorkeling best, nak bersantai best, nak berkelah pun best. Port ikut dan nak duduk mana. Then, port snorkeling kalau nak nampak ikan aku sarankan untuk snorkeling sekitar jeti Pulau Manukan dan ketengah sedikit supaya nanti dapat tengok coral dan ikan yang cecantik. 


Jeti Pulau Sapi


Kalau nak pergi pulau ni, better pergi awal pagi which is jam 8 pagi dah ada kat jeti. Sebab kalau korang datang awal jeti then bawak kereta,inshaAllah parking ada lagi. Aku haritu jam 9 pagi baru ke jeti pastu duk memusing berapa kali nasib baik ada parking.


Aktiviti utama di Pulau Manukan adalah snorkeling

Pulau Manukan

Aku sarankan korang beli terus di kaunter, kalau ada orang panggil tu (ulat tiket) abaikan dan terus ke kaunter. Aku beli tiket ke pulau ni di kaunter 10, mudah kauntim. Tapi kalau nak beli pakej ke pulau dengan AFS CAR RENTAL SDN.BHD. pun boleh saja. Just whatsapp je dorang cakap nak beli pakej ke pulau, nanti dorang setelkan. Tips aku untuk ke pulau adalah bawak makanan siap-siap dari rumah atau boleh tapau makanan siap-siap di jeti. Kat pulau makanan dia mahal. Jadi beli siap-siap dan bawak je sepanjang nak ke pulau tu. Untuk sewaan life jacket dan gugel, aku rasa better tak perlu semua yang pergi tu sewa gugel dan life jacket, sebab nanti takde sape nak jaga barang kecuali barang-barang penting letak dalam loker. Alaaa mandi berganti-ganti jela. Kalau nak gambar cantik, boleh jalan ke sebelah belakang pulau, kat situ view dia indah jugak. Aku haritu tak ingat dunia mandi, gambar pun sikit je haaaa... Haha..



Inilah view di Pulau Manukan, kawasan ini tidak dibenarkan mandi, tapi ada yang turun ke bawah untuk ambil gambar.


Bagi yang first time nak ke pulau di Kota Kinabalu ni, korang beli je 3 pulau untuk tengok pulau-pulau tu. Then bandingkan la mana yang best, tapi kalau nak lama, better lama di Pulau Manukan. Pulau Mamutik dan Pulau Sapi tu kecil je pulaunya dan kadang terlalu ramai orang. Kalau korang student, bagitahu korang student then kalau korang kanak-kanak pun bagitahu, sebab harga untuk dewasa, kanak-kanak dan pelajar lain tau. 


HARI KELIMA (23.2.2019) KOTA KINABALU:

  • 6.00pagi: Bangun, solat dan masak sarapan
  • 8.00pagi: Shopping disekitar pasar filipin 
  • 10.00pagi: Sampai di Marina Court Resort Condominium dan rehat sebentar sebelum check out
  • 11.00pagi: check out
  • 1.00petang: Bye Kundasang dan Kota Kinabalu. We will miss you beautiful place. Ah rindu! Sesi menghantar kereta sewa di airport.

Time ni sunset jam 6.30 petang tak silap, serius lawa gila. Gambar ni aku ambil ketika first visit aku ke Sabah. Lokasi di Kota Kinabalu International Airport. Kalau tengok dekat Pantai Tanjung Aru lagi cantik :)


Jadi begitulah pengalaman aku ke Kundasang dan Kota Kinabalu, trip kali ini memang konsep dia masak dekat rumah je. Lagi sedap lagi padu. Beli beras 5 kg dan untuk makan 5 hari dengan 10 orang. Alhamdulillah beras 5kg tu berjaya dihabiskan dalam masa 5 hari,haha... Walaupun masakan kami tak seberapa tapi air tangan sendiri tu lagi sedapkan? Aku rasa macam nak pergi Kundasang kali ketiga pulak je rasa ni,haha... Lepas Kundasang lepak dekat Kota Belud lak, anyone? hehe...




Pantai Tanjung Aru, sunset dekat sini serius lawa gila


Menara Jam Atkinson, menara yang tertua dan dibina bagi memperingati pentadbir British semasa berkhidmat pada masa itu iaitu Francis George Atkinson


Kinabalu Park, titik permulaan bagi pendaki ke Gunung Kinabalu.


Sabah Tea, kalau nak tengok ladang teh Sabah, boleh la menjengah ke sini ya :) Lokasi dia di Ranau.


View Gunung Kinabalu ini diambil dilokasi Padang Golf Pekan Kundasang, jam 6 petang. Kadang waktu petang sekitar jam 6 boleh nampak Gunung Kinabalu, kadang tak nampak. Bergantung pada rezeki masing-masing :)

Jumpa lagi Kundasang. Rindu Kundasang je sebenarnya ni,hehe...InshaAllah aku akan turun lagi ke Sabah dan next planning aku akan ke Kota Belud pula, inshaAllah.





---------------------------------------------------------------------------------------------------






PAKEJ TOUR SABAH 2019:


  • Jangan lupa untuk booking kereta sewa dahulu dengan AFS CAR RENTAL SDN.BHD. Pengalaman aku sepanjang mengunakan khidmat AFS CAR RENTAL SDN.BHD. ini sangat menyenangkan aku dan sebelum tu aku ada pm orang lain jugak. Tapi bila tengok cara layanan tu aku tak berapa berkenan dan tak sangka kalau tempah dengan AFS CAR RENTAL SDN.BHD. ni dapat diskaun weh! Puas hati yang amat sangat. Staf dorang pun bagus-bagus semuanya. Kupon kereta siap bagi dan boleh claim lagi, haaaa...Sebab dekat Kota Kinabalu nak parking kena pakai kupon jugak macam dekat area-area KL dan Selangor ni jugaklah. Kalau datang area Kota Kinabalu dari Isnin - Jumaat, jangan lupa untuk gunakan kupon semasa parking kereta ya. Kalau tak, surat cinta akan melekat di depan kereta anda. Pernah mengalami dan masa nak cari tempat bayar tu kemain susah okay. Direction dia bagi tu sangat hmmmm...Takpelah, pengalaman. 


  • Kalau kereta sewa kena saman, better terus settlekan. Kang kesian syarikat kereta sewa tu nak menanggung disebabkan sikap pentingkan diri sendiri. Kena saman haritu, haritu jugak korang setelkan okay.
  • Untuk pakej percutian di Kota Kinabalu dan Sabah korang boleh refer sini. Sebab aku baru tahu, tempat aku sewa kereta ni ada sediakan pakej percutian Kota Kinabalu dan Sabah. Alang-alang share ilmu, baik aku share semua untuk memudahkan perjalanan korang ke sana.


  • Jangan terkejut, sebab nama Pakej Tour Sabah 2019 dari AFS CAR RENTAL & TOURS SDN.BHD. ni menggunakan channel TV, jadi korang nak pakej yang mana satu, korang sebut je Pakej TV2, TV3 atau ASTRO RIA. Hehe..Harga pakej AFS CAR RENTAL & TOURS SDN.BHD. ni bagi aku memang cukup berbaloi dah dan bagi sesiapa yang nak ke Sabah pada tahun 2019 dan pertama kali, korang boleh gunakan pakej seperti di bawah ini. 
  • Paling gempak, AFS CAR RENTAL & TOURS SDN.BHD. ni tawarkan harga pakej mengikut bajet kita sendiri. Jadi cepatlah buat quotation mengikut bajet anda. Pakej jadual juga boleh diubah mengikut persetujuan antara dua pihak. Harga makan tengahari dan malam boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan. 
  • Bagi aku, PAKEJ TOUR SABAH 2019 ini tidak menyusahkan pelanggan malah memudahkan pelanggan untuk berurusan sebelum bercuti. Senang cerita boleh win win situation mengikut persetujuan dua belah pihak.


Selamat bercuti ke Kota Kinabalu dan Sabah korang.
Pergilah, korang akan merasai satu pengalaman yang sangat luar biasa.
Sumpah SABAH best!


Salam Sayang Dan Rindu Kundasang,
Mek Onie

You May Also Like

4 comments

  1. nice sharing.. boleh guna itinerari ni utk trip ke sabah nnt (Y)

    ReplyDelete
  2. SYOKK.. bila la nk boleh sampai sana ni hehe

    ReplyDelete
  3. Sabah memang Best...Terbayang-bayang kenangan di Kundasang.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..