BUFFET RAMADAN 2019: THE EVERLY PUTRAJAYA

by - April 01, 2019






Buffet Ramadan 2019 : The Everly Putrajaya | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, bulan puasa akan tiba. Mesti tahun ini ada yang teringin nak berbuka puasa di luarkan? Sebenarnya tak salah nak berbuka puasa di luar. Atas kemampuan diri masing-masing sebenarnya. Cubalah sekali berbuka puasa di luar dan korang akan dapat satu pengalaman yang luar biasa. Untuk kali ini, onie berkesempatan pergi ke preview buka puasa di Restoran Fuze, The Everly Putrajaya dan tahun ini, The Everly Putrajaya membawakan konsep 'Citarasa Asli Tradisi Malaya'. Jadi bagi sesiapa yang ingin rasa masakan dari chef hebat di hotel sepanjang bulan ramadan, yes! Aku syorkan untuk ke sini.




Siapa pernah sampai ke sini? Haaaaaa, Mudah je, kalau nak datang ke The Everly, Putrajaya ni just waze 'The Everly Putrajaya' juga berhampiran dengan Alamanda Putrajaya dan untuk parking kereta anda boleh parking di basement.





BERKENAAN THE EVERLY, PUTRAJAYA:
Lokasi yang sangat mudah untuk dituju dan suasana di sini sangat kondusif dan selesa. Juga strategik kerana The Everly, Putrajaya ini berada di tengah-tengah kawasan pentadbiran, membeli-belah dan perniagaan. The Everly Putrajaya ini adalah hotel yang sangat sesuai untuk golongan korporat seperti perniagaan, bermesyuarat dan bercuti. Hotel ini mempunyai 380 bilik tetamu, 1500 kerusi dewan bankuet, lapan bilik mesyuarat, restoran, lounge/kafe, kolam renang serta lounge eksekutif untuk anak-anak kapal beristirehat. Seperti yang saya maklumkan di perenggan atas tadi, Hotel ini terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli-belah Alamanda. Hotel ini juga terletak 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terdapat beberapa tarikan pelancongan seperti Cruise di Tasik Putrajaya, Taman Metropolitan, Taman Botani, Wetland Park dan Taman Warisan Pertanian. Menarikkan?






INFO TERBARU:
Ingat, jangan lupa mark kalender korang untuk berbuka puasa di Restoran Fuze, The Everly Putrajaya. Pelbagai menu yang terhidang mampu membuatkan setiap detik berbuka puasa menjadi satu nikmat yang besar. 



HARGA PROMOSI SEBELUM 1 MEI 2019:
RM98/DEWASA
RM39/KANAK-KANAK & WARGA EMAS

HARGA BIASA SELEPAS 1 MEI 2019:
RM108/DEWASA

RM49/KANAK-KANAK & WARGA EMAS

UNTUK TEMPAHAN:
03-8892 2929 / 011 - 6318 6029




ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Kalau tahun 2018, The Everly Putrajaya membawa konsep 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa, tahun ini The Everly Putrajaya memperkenalkan Citarasa Asli Tradisi Malaya dimana lebih 100 menu yang akan dihidangkan setiap hari.


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DI THE EVERLY,PUTRAJAYA?

Menariknya di sini, makan la sepuas hati. Makanan klasik, authentic, masakan kampung sepanjang bulan Ramadan ini akan menggunakan konsep menu bertukar setiap minggu bermula 9 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019. The Everly Putrajaya juga menjanjikan 100 lebih makanan tradisional melayu dari pelbagai kategori makanan.



LAIN-LAIN

  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di basement.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan.
  • Pilihan menu yang banyak.

MENU 'CITARASA ASLI TRADISI MALAYA' .


WEBSITE  | FACEBOOK 


SALAM RAMADAN SEMUA. SEMOGA RAMADAN TAHUN INI MEMBAWA SERIBU MAKNA DAN KEMANISAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM :)


ANTARA MENU CITARASA ASLI TRADISI MALAYA TAHUN 2019


































You May Also Like

23 comments

  1. Tengok desserts je pun dah kenyang.

    ReplyDelete
  2. buah melaka dan satay.. yes pilihan sepanjang ramadhan utk saya. bestnya

    ReplyDelete
  3. Banyaknya menu yang Everyly Putrajaya sediakan! Kenyang makan macamni, nasib ada parking luas dan surau. Tak perlu la nak bergegas balik lepas berbuka.

    ReplyDelete
  4. pada those yang bershopping tu bolehlah nak berbuka kat sini..tak payah dah kelam kabut nak balik rumah, dah dekat sgt dah hotel everly tu dengan alamanda..tengok menu2 dia pun wow sngt..

    ReplyDelete
  5. la murah je harga buffet ramadan kat hotel everly ni. dah banyak menu berbuka sampai tak tahu nak pilih mana satu. tu kalu dapat makan confirm tersandar lepas berbuka puasa

    ReplyDelete
  6. aduhaiii...telan air liur tgk desert tu...huwaaa sedapnyer,mmg berpatutan lah harga dia...tgklah menu2 tu semua sedap dan dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. Moga tahun ini dapat berbuka dekat sini juga! hampir setiap tahun berbuka disini, alhamdulillah menunya sedap-sedap dan lepas tu senang nak pi shopping dekat Alamanda jer

    ReplyDelete
  8. Sedap2 pulak sis tengok dessert dia. Sis ni hantu dessert so yg sis nampak dulu sure le dessert..hehehe. Hidangan lain pun nampak menarik..kalau sis kebetulan ada area sana boleh le singgah berbuka kat sana

    ReplyDelete
  9. Last 2 years pernah berbuka di Everly Putrayajay. Suka berbuka dekat sana sebab selesa dan foods pun sedap.
    Banyak pilihan makanan dan yang penting disediakan kemudahan seperti surau

    ReplyDelete
  10. Sedap sedap betul nampak makanan dia. Dessert dia memang pergh nampak sedap betul. Saya kalau buffet makanan ni, memang pergi tempat dessert dulu hehehe

    ReplyDelete
  11. Heiii lama tak pergi makan kat sini hehehe best nya tempat yang kita juga selalu kunjungi kalau untuk buka puasa harga berpatutan dengan makanan yang sedap-sedapkan...

    ReplyDelete
  12. Banyak gak juadah dia kan. Dah lama Rawlins tak menyinggah makan kat sini. Mekonie pun tak ajak Rawlins hahaha.
    Tapi jiwa ini memang akan teringin nak desserts je kalau makan kat hotel. Aci tak?

    ReplyDelete
  13. Alah .. awat jauh sampai ke sana.. Tak dapat nak pi .. hehehe.. Putrajaya lak tu.. Tapi tengok menu dia.. fuh.. silap-silap tak berhenti makan kalau dah semua sedap-sedap macam ni..

    ReplyDelete
  14. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  15. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  16. Wow i spotted so many of my favourite dishes there, and they have many kerabu plus salad too. Nak try their buffet juga.

    ReplyDelete
  17. Banyak jugak menu 100jenis memang puas hati datang berbuka. Dessert yang selalu ena cari. Hehe.. aduhai kenapa nampak semua best ni onie. Tertarik dibuatnya. Sgt strategic sambil nk shopping boleh berbuka sekali. Kemudahan lengkap.

    ReplyDelete
  18. Jauhnya oergi berbuka. Tapi makanan kat sini mmh semua nampak
    Menarik dan menggiurkan. Org putrajaya wajib singgah sini hehe

    ReplyDelete
  19. Ni rasanya kalau dok merasa sikit sikit semua yang ada pun dah boleh buat kenyang kan.
    Hehe
    Semua menu dia best best sungguh la..
    Berbaloi dengan harga yang ditawarkan

    ReplyDelete
  20. Semua menunya menarik.
    Kalau dah masuk bulan puasa ni, apa sahaja yang disajikan memang semua nampak sedap, semua perlu dirasa kan.
    Rugi tak rasa semuanya..

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak pi hotel ni. Banyak juga juadah hotel ni. Paling wajib kalau akak cari bufet ramadan adalah kambing tuuuuuuu. Sebab bufet ramadan dengan keluarga kena tahu apa majoriti suka. hehehe

    ReplyDelete
  22. Rambangnya mata nengokkkkkkkkkk! Waffle sedap, kek sedap, kebab sedap, daging sedap apa je tak sedap tengok gambar lawa2 gini! I pernah pergi sini, dia pny view bestttttttt. Romantik sangat! Tapi bulan puasa jangan romantik lama2 kena solat tarawih hehehe.

    P/s: RM 98 among the cheapest yang host kat tempat grand gini. Salute!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..