APLIKASI NGO NEGARAKU DIPERKENALKAN KEPADA AHLI NGO, IPTA DAN IPTS



Aplikasi NGO Negaraku Diperkenalkan Kepada Ahli NGO | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini, aku menghadiri ke satu majlis pelancaran aplikasi NGO Negaraku. Untuk makluman semua, Mobile App NGO Negaraku ini adalah inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social Enterprise eke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-Badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan. 


Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah aplikasi NGO Negaraku. Aplikasi ini adalah PERCUMA sahaja bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa. 


Menerusi aplikasi NGO Negaraku ini pelbagai Program diperkenalkan dan induk kepada program ini adalah BUY & SAVE. Buy & Save, CSR, Smart Partnership ini adalah kalau korang tahu ianya satu inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga yang jimat. Program ini juga sedang mengumpulkan penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.




Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi bersama. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platform ini secara berterusan.


Untuk manfaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada pelajar melalui sumbangan CSR. Kesimpulannya di sini, setiap keuntungan yang dapat, akan disalurkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan melalui program CSR. Oleh itu, pihak NGO Negaraku ini akan memastikan objektif sebenar program ini tercapai bagi memastikan pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat melalui program ini.






Kelebihan yang korang perlu tahu tentang aplikasi NGO Negaraku ini sendiri adalah ianya dapat membantu dan memastikan NGO dan ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini. Selain itu juga, penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan program ini. Jadi, marilah buka mata untuk berdaftar secara percuma di aplikasi NGO Negaraku. 


Pulangan dan perkongsian dari belian pukal ini akan memastikan pembeli terutama pelajar IPTA dan IPTS dapat membeli secara jimat dan program CSR ini dapat diperluaskan lagi dengan kerjasama daripada semua pihak. Untuk pengetahuan semua pelajar IPTA dan IPTS, program ini tiada yuran keahlian dan edaran kad keahlian juga akan dijalankan pada pertengahan Mei 2019. Bagi permulaan ini, sebanyak 30,000 kad ahli akan diedarkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Jomlah membeli secara jimat dan bantu pelajar yang tidak berkemampuan :)


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..