LELONG BESAR SEHINGGA MALAM RAYA DI JAKEL




Lelong Besar Sehingga Malam Raya Di Jakel | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu lepas aku sempat pergi ke Jakel cawangan Shah Alam untuk melihat sendiri kemeriahan jualan hebat iaitu HARGA RUNTUH yang diberikan potongan harga sehingga 85%. Sungguh meriah ! Kali ini Jakel telah mengeluarkan pelbagai rekaan terbaharu demi memuaskan hati pelanggan dengan harga yang cukup berbaloi! Kalau korang nak tahu, koleksi yang ada di Jakel ini kebanyakan pakaian readymade yang direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.


Dengan promosi hebat bersempena Hari Raya yang bakal menjelma, Jakel juga memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang cantik dan terbaik. Objektif sebenar jualan hebat ini diadakan adalah untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat lebih dekat keluaran koleksi terbaharu yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain itu, jika korang membeli-belah di Jakel korang juga akan dapat menikmati harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain.




Harga koleksi baju melayu bermula: RM99 

Lebih menarik lagi, pelanggan juga akan diberikan percuma sehelai kain samping serita butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Selain baju melayu, Jakel juga telah keluarkan produk pakaian kurta bagi mereka yang ingat nampak ringkas di pagi raya dan selesa juga mesra wuduk.


Harga baju kurung wanita bermula: RM100/sepasang

Harga baju kanak-kanak bermula: RM39/sepasang




Koleksi Baju Melayu:

Koleksi Baju Melayu ini terdapat 5 jenis iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Hairul Azreen dan Plus Size. Kelima-lima koleksi ini mempunyai rekaan yang berbeza.

  • Baju Melayu Aaron Aziz: Berbeza dari segi penggunaan dan pelbagai jenis fabrik serta warna.
  • Baju Melayu Nabil Ahmad: Mempunyai zip di sisi baju (bahagian pesak) dan pergelangan tangan sekali gus baju melayu ini mesra wuduk. Konsep yang dikenakan oleh rekaan ini adalah moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
  • Baju Melayu Awal Ashaari: Menitikberatkan terhadap potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh keyakinan. Gitoh!
  • Baju Melayu Hairul Azreen: Diperkemaskan lagi jahitan di bahagian tangan dan bahagian kolar baju.
  • Plus Size: Direka khas bagi mereka yang mempunyai badan bersaiz L ke atas.

Koleksi Baju Kurung:

Koleksi Baju Kurung ini terdapat 3 jenis iaitu Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Setiap koleksi ini direka dengan pelbagai jenis rekaan terkini yang mengenakan konsep kurung moden dengan pelbagai pilihan warna yang ceria, selesa dipakai dan mesra wuduk. 


Koleksi Kurta:

Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaharu dan terkini di Jakel di mana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Bagi yang ingin tampil ringkas di pagi raya, jangan lupa juga untuk dapatkan koleksi kurta dengan pelbagai warna dimana fabrik yang digunakan juga sangat selesa dan mesra wuduk. Selain itu, koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad juga dikeluarkan oleh Jakel.


Koleksi Kanak-Kanak:

Koleksi kanak-kanak bagi yang sudah biasa dengan Jakel sudah tentu dibawah label Upin Ipin. Aku yakin, koleksi kanak-kanak ini juga sangat laris kalau ikut tahun sebelum ini. Masih dapat samping dan butang baju melayu percuma. Selain koleksi dari Upin Ipin, koleksi Lara Alana dan Yusof Iskandar juga menjadi pilihan pembeli.



Dengan konsep bercirikan kekeluargaan ini sekaligus memudahkan pembeli untuk membuat pilihan di Jakel dengan harga yang berpatutan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membeli-belah di mana-mana cawangan Jakel, jangan risau wei...sekarang Jakel dah pun berada di atas talian. Makin laju la jari nak membelikan pasni,hehe...Rugi kalau korang tak beli baju raya dekat Jakel, sebab tahun ini Jakel lebih fokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden.





Sekali lagi, bagi yang tidak sempat membeli-belah di mana-mana cawangan Jakel, jangan risau sebab jakel dah ada di atas talian iaitu www.jakelstore.my. Hebatkan. Bukan apa, kadang yang malas nak menghadap jem tu bolehlah gunakan medium ini untuk shopping baju raya. Wei, tak sabar nak shopping baju raya dekat Jakel. Aku ni suka jugaklah shopping di Jakel. Harga dorang kalau time sale memang puas hati gila. Selain baju raya, karpet pun ada lelong di khemah bersebelahan Petronas seksyen 7 tu haaaa.... Aku sarankan juga, bagi yang nak ke Jakel, bolehlah pergi seawal pagi, sebab kat situ parking di hazab jugaklah, tu belum cerita bab manusia dalam Jakel. Jadi untuk keselesaan anda dan anda semua. Datanglah seawal pagi. Boleh shopping dengan tenang,ekekekekeke... 




SHOPPING DI SINI : JAKELSTORE



Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..