MISI BANTUAN RAMADAN OLEH MVM RELIEF MALAYSIA





Misi Bantuan Ramadan Oleh MVM Relief Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bila sebut misi bantuan kemanusiaan ini, korang pernah dengar tak misi bantuan di bumi Malaysia, Negara Asia dan Timur Tengah? Kali ini onie nak kongsikan satu Program Muslim Volunteer Malaysia Relief ini dimana pada Ramadan kali ini, MVM Relief akan ke Bumi Syria untuk kali ketiga. Kalau sebelum ini, ramai yang tidak pernah dengar tentang misi kemanusiaan. Jom kita baca entri kali ini dengan hati yang terbuka. 



Apa itu MVM Relief?

MVM Relief ini merupakan program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Bantuan kecemasan ini termasuk negara Asia seperti Kemboja, Vietnam dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.



Sedikit Pengenalan Mengenai MVM Relief?

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2016 MVM telah menandatangani MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki - Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.


Pada tahun 2019 pula, MVM telah masuk tahun ketiga untuk melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta. Asbab mengapa MVM menghantar bantuan ke luar negara ini telah terjawab sendirinya kerana MVM merasakan tanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam. Oleh sebab itu, MVM memikul amanah rakyat Malaysia bagi menaylurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di luar negara.




Antara progam bantuan yang telah dilaksanakan oleh MVM Relief di Malaysia adalah seperti:
  • Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
  • Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantan (2014 dan 2017)
  • Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
  • Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)




Antara program bantuan yang telah dilaksanakan oleh MVM Relief di Antarabangsa adalah seperti:
  • Misi bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
  • Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece (2017)
  • Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
  • Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
  • Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
  • Misi Bantuan Ramadan: Rohingya, Kami Peduli (2018)
  • Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang (2017 dan 2018)
  • Misi Bantuan Hidupkan Rohingya: Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere (2018)



Dan kini, MVM Relief ini akan ke Syria semula untuk Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0. Semoga team MVM Relief ini diberikan kesenangan sepanjang misi ini. Orang yang benar-benar berhati lapang dalam membantu manusia lain ini adalah orang yang benar-benar berani ke Jalan Allah. Semoga kita semua, mempunyai semangat yang berkobar-kobar dalam misi bantuan kemanusiaan ini. InshaAllah semoga aku pun berpeluang untuk bersama merasai sendiri misi seperti ini akan datang.


Untuk Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0 ini, team MVM Relief ini akan datang semula ke bumi Syria untuk menghantar bantuan Ramadan di Kem-Kem Pelarian di sempadan Turki - Syria. Misi ini telah memasuki tahun ke-3 MVM menghantar bantuan iaitu pada Ramadan 2019. Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan (barangan asas dapur) dan Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya. 


Untuk makluman korang semua, dana sasaran bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak setengah juta iaitu RM500,000 yang dianggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. 



Antara lokasi bantuan adalah seperti:
  • Kem Pelarian di Idlib dan Luar Bandar Aleppo
  • Kem Pelarian di Sempadan Turki - Syria
  • Masjid-Masjid di Idlib dan Luar Bandar Aleppo

Untuk pengetahuan semua juga, MVM telah bekerjasama dengan sahabat NGO iaitu Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM ini dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei sehingga 6 Jun 2019.




Mesti Ramai Yang Pelik, Kenapa MVM Relief Menghantar Bantuan Ramadan Ke Syria?
  • Pelbagai pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih lagi berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa ke semasa terutamanya di kem-kem pelarian.
  • Kini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.
  • Sedih lagi, ada rakyat Syria yang telah kehilangan pengenalan diri akibat peperangan dan menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah  dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.
  • Oleh sebab desakan ini, MVM mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.



Jom Hulurkan Bantuan Sumbangan Ke Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0?

MVM telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Maklumat Bantuan:
1 tajaan umum: RM100/keluarga atau seberapa sahaja yang termampu

- Pek Iftar dan Sahur
- Pek Makanan (barangan asas dapur)
- Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.


Sumbangan Boleh Dibuat Di sini:

  • Sumbangan secara online : DI SINI
  • Sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia, no akaun seperti di bawah:
Maybank : 5648 0164 7699
CIMB Islamik : 8602 5378 07
Bank Islam : 1230 0010 0030 65
Affin Bank : 1060 2003 8503
Email : account@mvm.org.my


SEKIRANYA ANDA SUDI MENGHULURKAN SUMBANGAN DALAM JUMLAH YANG BESAR IAITU RM1,000 KE ATAS, MVM AKAN MENYEDIAKAN RESIT PELEPASAN CUKAI UNTUK ANDA.


Sebarang maklumat boleh hubungi wakil MVM di 012-235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut atau boleh rujuk di bawah ini:

Facebook Page: Muslim Volunteer Malaysia
Twitter: @VolunteerMVM
Telegram Channel: @MuslimVolunteerMalaysia
Website Rasmi: www.mvm.org.my
Website Donation: www.donation.mvm.org.my


Menarik lagi, di website donation ini, korang boleh tengok sendiri peratusan sasaran pencapaian bagi setiap program itu sebanyak mana. Tapi mostly apa yang aku tengok di website donation tu semua tercapai dan tahniah buat team MVM kerana program anda berjaya. Sebak dan terharu weh aku tengok. Semoga pemberi mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..