MALAM PERTANDINGAN FESTIVAL TARI MALAYSIA 2019 DI ISTANA BUDAYA




Malam Pertandingan Festival Tari Malaysia 2019 Di Istana Budaya | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally! Telah berakhir sudah Festival Tari Malaysia dan Kejuaraan Tari Kanak-kanak bagi tahun 2019. Untuk makluman semua, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara terus komited dalam usaha mengangkat seni tari dengan menganjurkan Festival Tari Malaysia dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia 2019 yang melibatkan 20 kumpulan daripada 3 kategori dari seluruh Malaysia yang terpilih bagi merebut juara ke peringkat kebangsaan tahun ini. 




Bagi yang tidak tahu lagi perjalanan Festival Tari Malaysia (FTM) ini jom teruskan bacaan pada posting kali ini. Untuk pengetahuan semua, FTM ini telah pun melalui proses evolusi yang panjang dan bertahan sehingga ke hari ini. Jika diimbas kembali perkembangannya, FTM ini bermula dengan Pesta Tarian dan Drama yang telah diadakan sejak tahun 1970an. Pada tahun 1992, Pesta Tari dan Drama ini telah dijenamakan menjadi Festival Tari Malaysia dan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Sehingga tahun 1999, penyertaan FTM hanya terbuka kepada kumpulan profesional atau kumpulan yang diwujudkan secara tetap. 


Lantaran itu, permintaan yang amat mengalakkan dari para peminat juga penggiat seni tari, maka pada tahun 2000, pihak JKKN telah menukar format dengan memperluaskan lagi penyertaan kepada kumpulan-kumpulan amatur di seluruh negara dengan hanya menumpukan kepada konsep Kesenian Tradisional sahaja. Pada tahun 2013 pula, perubahan konsep telah dilakukan sekali lagi dengan penambahan genre Tarian Moden bagi tujuan memperluaskan penglibatan serta menarik minat golongan generasi muda masa kini. Manakala pada tahun 2015, penekanaan telah diberikan kepada konsep Kesenian Tradisi dan kontemporari solo bagi mengangkat martabat kesenian tradisi dalam industri pelancongan.





Jangan pelik, bagaimana mereka semua terpilih berada di pentas Istana Budaya pada tahun ini. Mereka semua ini telah melalui proses saringan yang sengit di peringkat negeri pada tahun 2019 dengan kaedah penyertaan melalui penghantaran video kepada urus setia pertandingan untuk dinilai seterusnya panel juri telah memilih kumpulan yang layak mara dan seterusnya bertanding hingga ke peringkat kebangsaan.


Haaa, begitulah proses saringan berlaku. Kenapa mereka terpilih? Kerana mereka mempunyai kebolehan dan bakat yang tersendiri.






Jadi, objektif FTM ini adalah sebenarnya untuk memberi peluang kepada koreografer dan penari untuk mempamerkan persembahan seni tari yang bermutu tinggi, mantap dan kreatif di samping membangunkan industri kreatif negara. Mengambil iktibar dari pengalaman 2013 dan 2015, FTM 2019 kembali memberi fokus kepada Tarian Rampaian Tradisional, Tarian Kontemporari Solo manakala Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia pula mempunyai kategori Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang, Duo dan Solo.



Kaedah Penyertaan:

Pencarian peserta FTM 2019 ini dilakukan dengan melaksanakan penilaian pada tahun 2018 melalui rakaman video yang dihantar oleh peserta kepada JKKN Negeri untuk dinilai oleh Jawatankuasa dan Juri yang telah dilantik khas oleh JKKN. 


Bagi FTM 2019 sebanyak 79 kumpulan dengan jumlah peserta seramai 1031 orang terlibat di seluruh negeri manakala Kejuaraan Tari Kanak-Kanak pula sebanyak 102 Kumpulan dengan jumlah peserta seramai 1480 orang seluruh negeri.


Dari jumlah tersebut 4 kumpulah dan 4 orang tarian solo terpilih dengan jumlah seramai 55 orang untuk bertanding di peringkat akhir FTM 2019 manakala Kejuaraan Tari Kanak-Kanak pula 12 kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan, 4 pasangan (Duo) dan 4 orang solo dengan jumlah keseluruhan seramai 75 orang.


Setiap kategori pertandingan yang dipertandingkan ini, mempunyai genre masing-masing dan antaran genre yang dibawa oleh mereka semua seperti genre Rampaian Tradisional dan Kontemporari Solo serta Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC), Tarian berpasangan (Duo) dan Tarian Solo. Dengan skop tarian yang telah diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding. Inilah mereka yang berjaya menambat hati panel juri pada malam FTM 2019 baru-baru ini. Bukan tarian sahaja dititikberatkan malah penampilan, busana dan tatarias pun turut diambil kira oleh panel juri. 


Apapun, tahniah saya ucapkan kepada semua peserta, kareografer, jawatankuasa program, team jkkn dan team Istana Budaya yang terlibat dengan Festival Malam Tari 2019. Tak sabar pula saya untuk menunggu FTM 2020. Tahniah sekali lagi saya ucapkan :)













3 ulasan:

  1. Bestnya! Suka tengok orang joget² macam ni. Paling suka tengok budak budak comel menari.

    BalasPadam
  2. Bila tengok event macam ni, somehow kita realize yang budaya kita memang kaya dan unik. syukur sangat sebab kita tak lupa asal usul kita kan!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..