KEINDAHAN KUAK HILL RESORT, LENGGONG DAN ROYAL BELUM, PERAK

Keindahan Kuak Hill Resort, Lenggong Dan Royal Belum, Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Okey disebabkan dah ramai tanya onie kisah ke Perak haritu, jadi onie percepatkan sikit untuk berkongsi kisah Perak onie. Honestly onie cakap, rasa lega sebab dapat menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar Lenggong dan Royal Belum. Al maklum la, kita dalam tempoh PKPP jadi kita cari tempat yang tidak terlalu sesak untuk santaikan diri dan habuan mata. 


Untuk memudahkan pembacaan pelawat blog mek onie ini, onie rangkumkan kisah Keindahan Kuak Hill Resort, Lenggong dan Royal Belum di Perak ini terus untuk 4 hari 3 malam. Jadi onie akan ringkaskan mengikut hari pertama sehingga hari keempat tau. Mungkin panjang sedikit artikel kali ini, jadi onie nak korang baca chill chill sahaja dan untuk gambar/instastory yang penuh onie ada share di laman sosial onie yang lain di instagram @mekonie_



HARI PERTAMA:

1.WARUNG NASI TALAM IKAN BAKAR SEPUH PATIN TEMPOYAK
2. GALERI AKI, KAMPUNG CHEPOR
3. LADANG RUSA, KAMPUNG LUAT
4.CHECK IN KUAK HILL RESORT





1.47pm : Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh Patin Tempoyak

Okey, hari pertama onie bermula di sini iaitu di Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh Patin Tempoyak. Bagi peminat Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh Patin Tempoyak, onie sarankan korang makan di sini. Tapi sebelum nak sampai warung ini, kami lalu di Tasik Raban yang mana lokasi Tasik Raban ini seindah New Zealand, kira 'New Zealand Malaysia' la. Serius memang cantik. Takde gambar mana sebab tak berhenti, tapi kalau korang nak tengok keindahan Tasik Raban ni, nanti onie akan share di instastory onie. 


Berbalik kepada Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh Patin Tempoyak ini, menu makan tengahari dia adalah yang paling utama semestinya Ikan Bakar Sepuh. Pada mulanya onie pelik jugak, kenapa nama Sepuhkan? Rupanya sepuh itu adalah ikan yang disalut dengan air kerabu. Menu Ikan Bakar Sepuh ini didatangkan dengan air kerabu tau. Serius sedap. Menu yang lain ada di sini dan wajib korang cuba adalah ikan pekasam, ulam mentah, ikan patin tempoyak, gula kawah, sayur manis dan banyak lagi. Untuk ikan pekasam tu, jenis ikan dia ikut musim tau. Tapi yang onie makan ini adalah ikan campur. Sedap wei ikan pekasam ni, sape tak pandai makan ikan pekasam memang rugi. Alamak, lupa nak ambik gambar harga menu, huwarrr. Makan sampai lupa dunia kejap,haha.



3.30pm: Galeri Aki Aji

Setelah mengharungi perjalanan selama beberapa jam, kami sampai pun Galeri Aki terletak di Kampung Chepor which is Kampung terlama di Lenggong, Perak. Di sini, onie telah berjumpa dengan Generasi ke-8, keturunan Tun Perak, Lukhman Mahmud yang merupakan anak jati Kampung Chepor yang telah banyak berkongsi kisah Galeri Aki dan sejarah Kampung Chepor ini. Bagi yang belum tahu, perjalanan ke Galeri Aki ini perlu melalui anak Sungai Temelong. Jadi, yang mana selalu menggunakan Jalan Lenggong - Gerik tu apa kata singgah seketika di Galeri Aki dan katanya ada Masjid yang berusia lebih 400 tahun di sana. Rekabentuk Galeri Aki Aji ini adalah rumah perak dan pernah dipindahkan dari 100 kaki dari belakang galeri ke tapak sekarang.

Banyak sejarah berkenaan Kampung Chepor ini,antaranya;
  • Merupakan tarikan pelancong dan mempunyai keunikan tersendiri kerana kampung ini diterokai oleh dua beradik iaitu Tun Saban dan Tun Puteh. Mereka ini adalah anak kepada Bendahara Melaka, Tun Perak. Mereka merupakan pembina Masjid Raja yang tertua di Lenggong.
  • Kisah pembinaan Masjid Tua ini mempunyai nilai sejarahnya sendiri kerana mebabitkan Kerajaan Islam Melaka dan permulaan Kerajaan Perak.
  • Sejarah nama Chepor ini berasal dari bunyi pokok yang tumbang.

Adat yang sentiasa ada terpahat untuk Galeri Aki Aji ini adalah semasa dan sebelum naik ke rumah, pengunjung berbalas pantun dengan empunya Galeri. Pelbagai peninggalan yang ada di Galeri Aki Aji ini. Asal usul orang di Kampung Chepor ini kebanyakan pengaruh bintan, melaka dan mereka menggunakan 4 dialek. Menurut kata pemilik galeri ini, di masa akan datang akan ada galeri tenun di belakang galeri. Jadi boleh la bawa anak-anak untuk merasai sendiri 'kehidupan zaman dahulu' di Galeri Aki Aji ini.


4.10pm: Ladang Rusa, Kampung Luat

Lebih kurang 15 minit dari Galeri Aki Aji dah pun sampai Ladang Rusa. First time dapat tengok rusa spesis Cervus Timorensis di mana rusa ternakan di sini adalah rumput yang segar. Oleh yang demikian, daging rusa di sini rendah lemak kerana sumber pemakanannya daripada rumput bukan pallet. Lebih kurang 180 ekor rusa di sini ada dan onie berpeluang tengok sendiri rusa depan mata. Ini adalah pengalaman pertama pernah onie tengok rusa depan mata. 

Menurut penjaga Ladang Ternakan Rusa, Kampung Luat ini mempunyai kawasan seluas 71.6 hektar. Kira-kira 5,000 ekor rusa diternak di Perak dan negeri Perak merupakan negeri pengeluar daging rusa tertinggi untuk masa sekarang. Memang luas tau Ladang Rusa ni.


5.00pm: Check in Kuak Hill Resort

Lepas tengok rusa, kami semua menuju ke Kuak Hill Resort. Sejujurnya onie ada google dulu tau sebelum sampai ke Kuak Hill Resort ni. Bila tengok di google biasa sangat tempat dia cuma yang menariknya di atas bukit. Tapi bila onie sampai sini tengok dengan mata sendiri, subhanaAllah cantiknya Kuak Hill Resort ! Yang mana korang tengok Kuak Hill Resort di google tu, notice that yang mana kalau korang tengok itu adalah bangunan lama tau. Kuak Hill Resort sekarang cantik gila ! Bukan resort je cantik. View dia pun cantik dan menghadap Banjaran Titiwangsa tau korang. Memang amaizing!


Kalau korang nak tahu, Kuak Hill Resort ni baru dibuka semula selepas penutupan beberapa tahun lepas. Keluasan Kuak Hill Resort yang terguna adalah 2.7 ekar dan ada lagi 7 ekar belum di gunakan. Di Kuak Hill Resort ini ada 8 unit villa dan boleh memuatkan seramai 30 - 35 orang untuk keseluruhan villa. Manakala untuk glamping site boleh memuatkan 30 -35 orang dalam satu masa. 


Aktiviti yang ada di Kuak Hill Resort ini adalah:
  • ATV ( Buat masa sekarang ada 6 ATV)
  • Mandi manda di infinity pool yang mana airnya neutral dari sungai
  • Trekking
  • Karaoke
  • BBQ
  • Dinner
  • Sukaneka (as per request)


Jadi inilah view yang korang boleh tengok dari Kuak Hill Resort. Gunung ganang yang korang nampak tu adalah Banjaran Titiwangsa tau. Nak naik ke Kuak Hill Resort ni korang kena guna kenderaan 4x4 tau atau kenderaan yang disediakan oleh Kuak Hill Resort. Hal ini kerana, jalan nak menuju ke Kuak Hill Resort ini agak curam. Tapi masa onie naik haritu, kereta Proton X70 lepas ye. Power betul ! Kenderaan yang disediakan untuk menuju ke Kuak Hill Resort ini korang boleh tengok gambar atas ni tau. 


Sebelah kanan tu adalah cafe dan kawasan meninjau. Memalam kalau nak karaoke kat area cafe pun boleh. Tapi kalau nak view yang superb, korang boleh pilih chalet yang sebelah kiri (warna biru). Di tengah-tengah cafe dan chalet (warna biru) tu ada peacock yang cantik! Ada 2 ekor! Tapi takde rezeki nak tengok peacock kembangkan skirt dia,huwarr.


Cantik tak saya? hihi


Okey ni view dari chalet paling atas. Ini lah infinity pool yang onie cakap guna air semulajadi dari sungai. Bayangkan segar dia macamana. View dia memang lawa ye! Okey kalau korang nampak chalet warna biru tu adalah chalet vip ye. Hiasan dalaman dia memang cantik dan siap ada PS lagi. Letooppsss! Nak pergi infinity pool dekat.


View ini onie ambil dari chalet yang tinggi tadi. lawakan? Semua nampak. Memang lawa yang amat sangat Kuak Hill Resort ni. Korang kalau nak view cantik pilihlah chalet paling atas. Serius nampak semua dan sudah semestinya sejuk! So, standby siap-siap baju sejuk dan stokin tau uols. Onie walaupun berselimut, tetap sejuk dan tak pasang aircond dan kipas ye. Sejuk! Sekejap sekejap bangun cari baju sejuk nak sarung, haha




Okay, gambar atas ini adalah laluan nak ke bilik onie tau. Siap boleh tengok rabbit lagi. Masalahnya, kandang rabbit tu comel betul ! Bijak la owner Kuak Hill Resort ni buat. Seronok betul la nak ke bilik sendiri sempat jugak main dengan rabbit. Kita boleh masuk tau kandang dia tu. Boleh main dengan rabbit. Macam peacock pun boleh masuk sangkar dia dan tengok dekat.


Bahagian glamping site ni paling best boleh chill chill macam ni dekat hammock. Nak tido kat hammock pun boleh. Jangan lupa tau bawak baju sejuk spare dengan stokin, memang sejuk yang amat duduk atas ni. hihi



View dari bilik onie. Cantikkan korang? By the way, onie stay di Villa Chalet 2. Jadi inilah view yang onie dapat. Still dapat tengok view Banjaran Titiwangsa tau korang, Memang nikmat tak terkata. 


Bilik onie macam ni dalam dia, bawah bilik siap ada rabbit tengah berkejaran main lagi. Rabbit yang korang tengok atas tadi tu bukan dalam kandang besi kecik tu je tau. Dia pun hidup bebas di tanah. Kemudahan di bilik semestinya tip top! Towel pun disediakan. Tapi onie selalu bawak towel sendiri je, hihi. Sofa bed tu boleh buat tido tau. Dalam bilik yang onie stay ni ada kipas dan aircond. Cuma onie tak prefer sangat pakai aircond, sebab dah la duduk atas bukit, sah-sah la sejuk. Lepas tu, dah duduk atas bukit tak payah la pakai aircond, rasa kesejukan di atas bukit dengan udara yang segar tau.


Malam tu kami ber BBQ yang dimasak oleh team Kuak Hill Resort. Sedap Ya Rabbi makanan kat Kuak Hill Resort ni. Berbaloi yang amat sangatlah. Kalau korang nak tahu, pemilik Kuak Hill Resort ini mempunyai passion tersendiri mengenai dekorasi resort beliau. Apa yang onie boleh cakap, pemilik Kuak Hill Resort ini mempunyai cita rasa yang tinggi dan memahami kehendak pelanggan. Tahniah saya ucapkan.


Komen onie tentang Kuak Hill Resort:
  • Sejujurnya tiada komen yang dapat onie kongsikan kerana servis yang diberikan di sini sangatlah puas hati. 
  • Kemudahan yang ada semua mencukupi.
  • Layanan staf di Kuak Hill Resort semua baik-baik.
  • Korang kena pergi ke sini kerana view dia sangat cantik! Worth for money!

Rate Kuak Hill Resort ini bermula dari RM199 sehingga RM699 mengikut jenis bilik. 


HARI KEDUA:
 
1. CASTELLA CAFE
2. SUNGAI BERUK
3. DENAI KABUS
4. KEDAI MAKAN CAFE KAK CAH
5. CHECK IN ROYAL BELUM



9.30am: Check out Kuak Hill Resort
11.00am: Kayak di Sungai Beruk


Okey, 9.30 pagi kami check out dari Kuak Hill Resort dan terus bergerak ke Castella Cafe di mana Castella Cafe ini berdekatan juga dengan Sungai Beruk. Jadi kami parking kereta area Castella Cafe, kalau penuh parking di dalam kawasan Castella Cafe, kenderaan perlu parking di bahu jalan, inshaAllah selamat. Tujuan kami ke Castella Cafe ini untuk makan di sungai dan ke Sungai Beruk untuk berkayak pula. 


First sekali, kami lakukan aktiviti berkayak di Sungai Beruk dan aku mula tertanya, sungai begini agaknya level berapa ya untuk kayaking, haha.. Before this aku pernah berkayak, tapi berkayak di tasik yang tiada waving. Tapi bila kayak di Sungai Beruk, macam-macam terjadi untuk kayak aku. Air deras ye! haha. Berapa kali tersangkut dekat batu, kayak terbalik, punggung kena batu, termasuk bawah akar,hahahaha.. malu je! Tapi memang pengalaman ya. Penat abang yang bawak kita orang tu jaga kita orang sampai habis,akakakaka..almost 45 minit kot berkayak. Ikut cara berkayak dan air jugaklah, kalau air laju, maka lajulah korang berkayak. Haha



Then, lepas penat berkayak makanlah kita dalam sungai. Makanan dekat sini memang paling sedap dan berselera aku makan ye. Menu yang wajib korang try bila sampai sini adalah Nasi Bemban, Ikan Baung Masak Lemak dengan Baung, ikan pekasam dan banyak lagi. Paling aku suka ikan bakar tu dan pekasam! Penat-penat berkayak dapat makan macam ni memang heaven ye. Masa kami makan dekat sini, paras air takat lutut ye. Ini first time aku makan nasi dalam sungai. Dan kalau korang nak tahu, Castella Cafe ni la yang pertama buat makan dalam sungai. Rupanya seronok ye makan dalam sungai ni. Nikmat dia lain macam! 


Untuk mana yang nak makan dekat sini, onie prefer korang book dulu tau. Sebab dekat sini memang full house dan makanan di sini tiada konsep take way. Kena makan kat situ juga untuk merasai pengalaman makan dalam sungai sebenar. Nak booking? Korang hubungi sahaja 011-2050 3454 atau korang boleh terjah dahulu facebook Castella Cafe ini untuk maklumat lanjut.


3.00pm: Denai Kabus

Lepas setel Castella Cafe dan Kayak, kita ke Denai Kabus pula. Pemilik Denai Kabus ini dah berusia tapi tetap bersemangat untuk mewujudkan tempat pelancongan yang digelar sebagai cikgu. Pendek kata, Denai Kabus ini dimiliki penuh oleh cikgu, En.Ahmad Tarmizi. Denai Kabus ini mempunyai keluasan 29 ekar dan beliau juga aktif dengan aktiviti bersama NGO. Apa yang onie nak cakap dekat sini, cikgu ini mempunyai semangat yang tinggi dan tidak pernah penat dengan kerja.  Di sini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, berkayak dengan level yang memadai, panjat gunung, jungle trekking, flying fox dengan jarak 280 meter yang terpanjang di Negeri Perak.


Di sini, kalau korang stay dan datang sini, korang akan nampak 2 gunung yang cantik iaitu Gunung Kerunai dan Gunung Kenderung. Menurut orang di sini, 2 Gunung ini merupakan 'anak angkat' kepada Gunung Everast. Kalau korang nak tahu, Denai Kabus dinamakan kerana di sini ada kabus pada setiap pagi ibarat seperti di Gunung Kinabalu. Di sini juga, kalau korang tengok, dia boleh stay di A-Shape atau camping. Camping korang boleh bawak khemah sendiri atau guna je khemah yang disediakan di sana. Terima kasih juga cikgu layan kami dengan baik dan siap jamu makan. Semoga Denai Kabus terus dikenali. Perjalanan ke Denai Kabus ini sedikit berbukit dan make sure kereta korang okay-okay je tau. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk Facebook - Denai Kabus.



5.00pm: Kedai Makan Cafe Kak Cah

Yeayyy! Makan lagi, haha.. Lepas singgah Denai Kabus tadi, kita singgah makan di Kedai Makan Cafe Kak Cah pulak. Laksa sarang kak cah sedap! ABC Buah pun sedap dengan Mee Udang. Korang kalau datang kena try makan Mee Udang, Laksa Sarang dan ABC Buah. Okay siap makan semua, kami bertolak ke Royal Belum.


8.30pm: Check In Royal Belum

Okay ini adalah jeti dia tau, kami sampai Royal Belum lambat. Around 8.30pm baru sampai, jadi memang lambat juga la sampai Royal Belum. Kami menginap di Houseboat Arus Belum selamat 3 hari 2 malam. Untuk onie, onie dah pernah stay di houseboat yang sama semasa waktu kursus pada tahun 2017. Pastu datang balik tahun 2020. Kenal dengan Haji Din juga. 2 kali juga jumpa Haji Din ni, bagus Haji Din. Seronok kalau ikut pakej dia.


Kalau korang nak menginap di Royal Belum ni, korang kena apply permit dahulu sebelum masuk Royal Belum. Untuk warganegara, permit siap dalam masa 24 jam manakala untuk bukan warganegara siap dalam 3 hari. Permit: RM12


Fakta Royal Belum:
  • Taman Negeri Royal Belum terletak di utara hujung Perak.
  • Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi 300,000 hektar.
  • Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas; 117,500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia.
  • Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan digazetkan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.
  • Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
  • Pernah menjadi medan pertempuran antara Komunis dan Tentera Melayu.
  • Royal Belum pernah didiami oleh Orang Kampung ditengah-tengah hutan yang mana perjalanan untuk sampai ke Kampung ini adalah 2 hari. 
  • Hutan Belum ini telah diwartakan sebagai Taman Negeri Perak diisytihar semula sebagai The Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31 Julai 2003.

Kenapa nama Hutan Belum?
Kerana nama asal perkampungan ini berasal dari perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama yang mana ada 7 perkampungan kecil ketika itu. Sejarah lama. Penduduk di sini ada Melayu juga Orang Asli Suku Kaum Jahai. (Sempat jumpa mereka)




Ini la dia Haji Din kita. 2 kali jumpa beliau. Satu follow trip kursus jabatan dan satu lagi trip yang ni. Alhamdulillah ada rezeki jumpa Haji Din lagi. 



Laluan, toilet, surau dan bilik di atas Houseboat Arus Belum, sangat selesa. Korang kalau stay sini bawak towel sesiap tau, sebab di sini tak sediakan towel. Bawak makanan kudap-kudap sesiap okay. Boleh la kunyah-kunyah sikit kat houseboat. Mabuk? So far takde la pulak rasa mabuk ke apa, sebab Tasik Temenggor ni memang air dia tenang je.


Keadaan di luar Houseboat Arus Belum, korang boleh lepak depat luar houseboat dan juga atas deck houseboat ni, hayati pemandangan yang ada dan korang akan rasa tenang sahaja sepanjang di Royal Belum.


Boleh hubungi Haji Shamsuddin @ Sem (Pengurus Arus Belum Enterprise)
Facebook: Arus Belum Enterprise
Email: gopaguidefishing@yahoo.com
Contact: 05-791 1849 / 019-526 0067 / 019-466 8244


Perkhidmatan Yang Disediakan oleh Arus Belum Enterprise:
  • Sewa houseboat, boat
  • Pakej memacing
  • Trekking
  • Perkhemahan
  • Tubing
  • Melawat Kampung Orang Asli
  • Berakit
  • Barangan outdoor
  • Melihat bunga pakma (Bunga Rafflesia)
  • Round Island (Pusing Pulau Banding)
  • Pergi ke air terjun
  • Santuari kelah
  • Team building
  • Bird Watching

Sewaan Houseboat Abe Kecil:

2H1M - RM2500
3H2M - RM5000

Sewaan termasuk:
Ais batu 2 bag
Peti/Tong
Speadboat 2 buah
Kayak 2 buah
Set peralatan masak/ BBQ
Set Karaoke
Set Astro
2 Crew

Sewaan Houseboat Abe Besar:

2H1M - RM3900
3H2M - RM7800

Sewaan termasuk:
Ais batu 2 bag
Peti/Tong
Speadboat 2 buah
Kayak 2 buah
Set peralatan masak/ BBQ
Set Karaoke
Set Astro
2 Crew


Full Pakej Abe Trip (Team Building/Family Trip)

2H1M - RM300/pax
3H2M - RM400/pax

Houseboat
Makan Minum + BBQ
Speedboat
Kayak
Rakit
Entry Permit
Guide
Mininum 20 pax


Antara aktiviti popular:
  • Water confidence
  • Berakit/Berkayak
  • Lawatan Kampung Orang Asli @ Kampung Klewang Sungai Tiang
  • Tracking Sira Haiwan di Sungai Papan
  • Tracking melihat Bunga Rafflesia dan ke Air Terjun Sungai Kooi

HARI KETIGA

1. MENEROKAI HUTAN BELUM DAN MENCARI BUNGA RAFFLESIA
2. MENGHARUNGI BUKIT BUKAU DAN ANAK SUNGAI KE SUNGAI KOOI
3. BERKAYAK DAN MANDI MANDA DI TASIK TEMENGGOR


10.00am: Menerokai Hutan Belum Dan Mencari Bunga Raflessia

Dalam hati onie, sempat ke tengok Bunga Rafflesia ni? Sebab haritu dah tengok sekali tapi takde rezeki sebab Bunga Rafflesia dah mati. Sepanjang perjalanan kami menerokai Hutan Belum kami menghayati dan melalui perjalanan yang sedikit liku untuk melihat Bunga Rafflesia iaitu Bunga Pakma dalam Bahasa Melayu. Kalau korang nak tahu, spesis Rafflesia yang onie tengok ini adalah spesis Rafflesia Azlanii. Rafflesia Azlanii ini diambil namanya daripada Al-Marhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.



2.30pm: Mengharungi Bukit Bukau dan Anak Sungai Ke Sungai Kooi.

Kami mendarat di sini, macam ni la jalan yang kami kena turun dari speedboat. Sedikit berlecak tapi still okay la. Tak payah sayang kasut sangat, sebab akan basah juga, hihi. 


Perjalanan dari Houseboat Arus Belum ke Sungai Kooi ini mengambil masa lebih kurang 20 minit macam tu la. Dah get ready dengan spray repealent?hihi. Kat sini ada jugak pacat, tapi tak sebanyak yang korang sangka la. Nasib la kalau korang kena pacat,haha..


Untuk perjalanan ke Sungai Kooi ni, agak licin, berbatu dan berbukit. Jadi korang kena make sure, kasut yang korang pakai tu sesuai untuk hiking. Dekat sini, korang akan dapat tengok pokok medang yang besar. Actually pokok Medang ni ada yang salah kod, sepatutnya Pokok Mengkundur. Di sini juga ada Pokok Kedondong yang mana tinggi dia memang tinggi tak terkata dari ditanam dirumah. Hal ini kerana,setiap pokok yang tumbuh dihutan akan fight untuk dapatkan cahaya matahari, that's why pokok kedondong di sini tinggi!


Dah sampai Air Terjun Sungai Kooi ! Ya Allah cantik tak terkata. Actually boleh turun ke sana, tapi aku rasa view dari sini pun dah cukup cantik juga. Bayangkan tengah-tengah hutan ada Air Terjun. Cantikkkkkkkkk tak terkata. Sampai kat sini korang akan rasa sejuk dan tempias dek air terjun sungai kooi ini :)


6.00pm: Berkayak & Mandi Manda Di Tasik Temenggor

Okay! Kayak di Tasik Temenggor ni sangat tenang dan tak perlu lawan dengan arus air,haha. Seronok yang amat berkayak dekat sini dan mandi manda kat sini. Di sini memang wajib pakai life jacket walaupun korang pandai berenang,hihi.


Berkayak dengan team !


Seronok! Korang kalau datang sini, buat la aktiviti berkayak dan mandi manda, berlibur dengan kawan-kawan di sini memang seronok setelah lama tak berjalan. 


HARI KEEMPAT

1.GERAK KE SALTLICKS ATAU SIRA
2. MELAWAT KAMPUNG HAYEK RAKIT ORANG ASLI BANUN
3. BERTOLAK BALIK KUALA LUMPUR


9.30am: Gerak ke Saltlicks atau Sira

Perjalanan ke Saltlicks ini mengambil masa selama 30 minit pergi dan balik macam tu. Sebelum nak masuk ke kawasan ini, kami diminta untuk baca doa;

"Assalamu'ala sulaiman fil'alamin"

Bacalah, inshaAllah anda akan selamat pergi dan balik. Sebab Hutan Sungai Papan ini memang banyak hidupan liar datang. Kawasan yang onie pergi ini adalah Saltlicks atau sira.  Sira atau jenut merupakan kawasan yang mengandungi simpanan garam galian yang penting untuk nutrisi mamalia tertentu.


Sepanjang perjalanan ke Saltlicks ini kami lalui jambatan gantung dan menemui pelbagai kesan kehadiran hidupan liar seperti gajah, beruang dan pelbagai. Macam gambar di atas ini sebelah kanan, kami menjumpai najis gajah. Kebiasaanya najis gajah ini mempunyai 



Kesan gesel gajah yang berlumpur digesel di pokok, ini tandanya, kehadiran gajah di sini masih wujud.




Tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan hujan tropika lazimnya mempunyai kandungan mineral yang rendah, terutamanya garam natrium. Oleh itu, sira sering dikunjungi oleh hidupan liar terutamanya herbivor seperti gajah dan kijang bagi mendapatkan nutrisi yang penting untuk kesihatan dan peghadaman mereka. Di sini (gambar atas) mereka menjilat untuk mendapatkan garam. Antara hidupan liar yang datang di sini adalah Gajah Asia, Rusa, Tapir Asia dan Seladang.


1.30pm: Kampung Hayek Rakit Orang Asli Banun

Melawat penduduk Orang Asli Banun di Kampung Hayek Rakit yang merupakan Suku Kaum Jahai yang hidup nomad. Mereka akan berpindah randah. Tiba-tiba aku rindu nak tengok filem Sokola Rimba. Rindu dengan kehidupan mereka. 


Antara barangan yang dibuat dan dijual. Korang kalau datang sini bagi la derma berapa korang mampu untuk mereka. :)



Perjalanan masuk ke Kampung Hayek Orang Asli Banun perlu menggunakan jambatan rakit ini. Tak boleh ramai-ramai naik, kang tenggelam korang, haha.. Disebabkan kita dalam musim covid ni, jagalah SOP sesama orang asli ketika membuat lawatan. Hal ini kerana, imuniti badan orang asli lemah. Jadi sayangi mereka juga. Suku Jahai di sini merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Perak dan Kelantan dimana orang asli Jahai mendiami beberapa tempat di Malaysia Barat iaitu Jahai di RPS Air Banun Gerik, Perak dan Jahai Negrito di RPS Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan.

Kumpulan orang asli di sini masih mengamalkan kehidupan tradisional dimana masih mengamalkan kehidupan mereka seperti biasa walaupun diarus pemodenan yang semakin membangun. 






4.00pm: Makan Tengahari Di Restoran Tasik Raban

Makanan di sini pun sedap. Korang kalau datang Perak jemputlah makan di sini. Makanan di sini ala kampung.

Dibuka setiap hari: 10.30 pagi - 4.30 petang

Cawangan sah dan asli:
Lenggong - 013 511 8659
Simpang Pulai - 019-521 5657
Pengkalan (ST 18) - 019-550 0236





TIPS KE LENGGONG - ROYAL BELUM
  1. Study itinerari betul-betul atau korang boleh follow itinerari onie.
  2. Buat research dulu tempat yang korang pergi.
  3. Bawak swimming suit tau, wajib!
  4. Bawak dry pack untuk memudahkan korang bawak barang berharga terutama bila ke tempat basah.
  5. Tudung dan baju ironless is better.
  6. Kurangkan barang korang. Janganlah semua nak angkut, mana boleh kurangkan, kurang. Alat mandian pun onie cadangkan korang beli je Bath & Body Works punya Shower Gel 2 in 1, boleh untuk rambut dan badan.
  7. Kamera dan handphone jangan lupa bawa,hihi
  8. Extension plug wajib bawak terutama di Houseboat. 
  9. Ubat-ubatan 
  10. Spray Repealant untuk dipakai semasa trekking.

OVERALL TRIP KE LENGGONG - ROYAL BELUM

  1. Sejujurnya onie happy dapat ke Lenggong untuk pertama kalinya dan ke Royal Belum kali kedua. Walaupun bila kita dengar berkenaan tempat Lenggong ini seperti tiada apa-apa, namun sejarahnya masih ada di sana. 
  2. Makanan di Lenggong dan Royal Belum saya sangat puas hati. Honestly onie cakap, walaupun trip ini ditaja penuh oleh Gaya Travel Magazine namun onie ikhlas cakap yang mana makanan di Lenggong memang sedap dan makanan di Houseboat Arus Belum ini kali kedua onie datang still sedap macam yang kali pertama onie datang. Puas hati!
  3. Telco - Untuk onie yang pakai Umobile, memang sesak nafas sikit line internet di sekitar Lenggong dan Royal Belum. Telco line seperti celcom dan maxis boleh survive lagi, agagaga




Terima kasih Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak atas jemputan FAMTRIP kali ini. FAMTRIP ini berjalan dari 27 Disember 2020 sehingga 30 Disember 2020. Mohon maaf sekiranya ada terkurang dari saya dan yang lebih itu datangnya dari Allah SWT. Semoga kita berjumpa lagi Lenggong dan Royal Belum. :)

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..