BUFFET RAMADAN 2021 : LUGAR DE LA BODA, PUCHONG



Buffet Ramadan 2021 : Lugar De La Boda 2021 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Untuk makluman semua, Hanana Group Sdn.Bhd. telah membuka cawangan dewan perkahwinan yang kedua iaitu di kawasan Puchong, Selangor iaitu Lugar De La Boda. Nama Lugar De La Boda ini diberi bersempena perkataan wedding place di dalam bahasa Sepanyol. Dewan ini juga mempunyai ciri-ciri modern english yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang pemilik ini tanam terdiri daripada pokok-pokok palm dan juga pokok-pokok taman. 


Kalau korang nak tahu, Lugar De La Boda ini baru sahaja dilancarkan pada 5 Januari 2019 dan kini telah dapat banyak sambutan orang ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini. Pada 18 April 2019 juga, pertama kalinya telah melancarkan Bufet Ramadan bagi tahun 2019 di Lugar De La Boda, Puchong. Untuk ke Lugar De La Boda ini sangat mudah, korang perlu waze ' Garden Wedding At Puchong (Lugar De La Boda)'. Perjalanan ke Lugar De La Boda ini tidaklah rumit malah kawasan tempat letak kereta pun luas dan selesa. 





Berkenaan Lugar De La Boda, Puchong :

Satu yang aku nak cakap tentang pakej perkahwinan di Lugar De La Boda dibawah kelolaan Hanana Group Sdn.Bhd ini adalah super friendly juga sangat helpful terutama dari segi pemilihan tema, pakaian dan makanan. Dorang akan serve mengikut kemampuan dan tema apa yang kita nak.


Dewan Perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu masa.Bagusnya Lugar De La Boda ini, terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dewan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki dan mereka juga kalau korang nak tahu ada sediakan bilik akad nikah untuk bakal pengantin, haaaa...cukup lengkap dah rasa tu kan :)


Maksimum tetamu di sini boleh mencukupi sehingga 1,000 pax dengan harga yang dipamerkan seperti gambar di atas dan minimum tetamu adalah 300 pax. Pada yang ingin tahu makanan yang disajikan di sini cukup sedap dan puas hati mengikut bajet yang diperuntukkan. Dengan dewan yang cukup indah dan selesa, tuan rumah pada majlis ini tidak perlu risau akan semua itu.






INFO TERBARU:

Ingat, jangan lupa mark kalender korang untuk berbuka puasa di Lugar De La Boda dan  Ambassador Putrajaya kerana mereka akan mula pada 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021. Pelbagai menu yang terhidang mampu membuatkan setiap detik berbuka puasa menjadi satu nikmat yang besar. Ingat, jangan lupa untuk rasai sendiri air tangan bonda walaupun jauh di perantauan.


HARGA BIASA BERMULA 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021:
RM79/DEWASA
RM59/KANAK-KANAK (6-12 Tahun)
RM59/WARGA EMAS (60 Tahun ke atas)

HARGA PROMOSI BERMULA BERMULA SEKARANG HINGGA SEBELUM 12 APRIL 2021:
RM59/DEWASA
RM30/KANAK-KANAK (6-12 tahun)
RM30/ WARGA EMAS (60 tahun ke atas)

HARGA ISTIMEWA UNTUK TEMPAHAN SATU MEJA:

RM632 / 1 MEJA (8 PAX)

WAKTU OPERASI: 
6.30 petang - 10.30 malam

UNTUK TEMPAHAN:
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Nikmati lebih 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan luar dewan dengan menu istimewa seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur, Sayur Masak Lemak Pucuk Suhun Ubi Kentang. Selain itu, korang pun boleh nikmati Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Ayam Mediterranean, Daging Masak Beriani, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Pajeri Nenas dan Acar Buah.  Kesemua menu korang wajib cuba kerana menu di Lugar De La Boda ini tidak pernah menghambarkan. Mereka sangat menjaga kualiti makanan. 


Ada 10 Gerai yang mempunyai nama tersendiri seperti:
  1. Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce
  2. Roti John Adik Manis
  3. Char Kuew Tiaw Abang Tanjung
  4. Dim Sum Cheng Ho
  5. Noodle Station
  6. Air Balang Pasar Malam
  7. ABC Mountain 
  8. Kambing Grill Sos Lemon
  9. Ais Krim Corner
  10. Pencuci Mulut


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG DAN AMBASSADOR PUTRAJAYA?

Lokasi yang berbeza tetapi harga dan menu yang sama! Jadi orang berdekatan puchong dan putarajaya serta warga lembah klang, jom cuba buka puasa di sini. 



LAIN-LAIN BERBUKA PUASA DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG


  • Parking luas
  • Surau dan tandas sangat selesa
  • Makanan memang terbaik
  • Pilihan menu terhad tetapi sangat menyelerakan, korang wajib rasa kambing bakar dorang. Aku 3 4 kali menambah wehhhhhh...balik rumah pening kepala,wahahaha... tambah banyak kali sebab sedap!
  • Dekorasi dewan yang cantik, selesa dan berhawa dingin.



LAIN-LAIN BERBUKA PUASA DI AMBASSADOR PUTRAJAYA
  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Baby Chair
  • Jalan untuk OKU
  • Tempahan dan bayaran online yang memudahkan orang ramai.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di kaki lima jalan raya, no worries..banyak je parking.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan ditingkat 3 dan toilet di dewan pun turut disediakan.
  • Pilihan menu terhad tetapi sangat menyelerakan, korang wajib rasa kambing bakar dorang. Aku 3 4 kali menambah wehhhhhh...balik rumah pening kepala,wahahaha... tambah banyak kali sebab sedap!
  • Dekorasi dewan yang cantik, selesa dan berhawa dingin.


ANTARA MENU YANG TERHIDANG ADALAH:






















GAMBAR LOKASI DAN SUASANA BERBUKA DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG











Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..