KENAPA MENYEWA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMBELI PADA 2016

by - March 05, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay harini onie nak share dengan korang kenapa menyewa itu lebih baik daripada membeli pada 2016? Kenapa dan bagaimana untuk memilih rumah yang betul. Jom baca artikel bawah ni. :)




Kenapa Menyewa Adalah Lebih Baik Daripada Membeli pada 2016



Ada banyak sebab kenapa menyewa lebih baik daripada membeli. Sama ada anda sedang meninjau komuniti, dalam tugasan sementara, ekspatriat yang sedang mencari tempat tinggal. Atau anda sedang berada di titik persimpangan hidup anda, hakikatnya menyewa adalah pilihan yang lebih tepat dek pasaran hartanah sedang jatuh. Kemungkinan besar anda akan temui rumah sewa yang baik di kawasan anda. Dengan menyewa, anda juga boleh merasai kehidupan di satu-satu komuniti tanpa perlu komitmen, terutamanya jika anda mahu mencari tempat tinggal tetap. Berikut adalah beberapa sebab kenapa menyewa bukan sahaja idea yang bernas, dan kenapa 2016 adalah tahun yang tepat untuk menyewa dan bukan membeli.

👀 Bagaimana Mencari Pangsapuri

Kita mulakan dengan asas, mencari pangsapuri adalah sesuatu yang mencabar. Pada hari ini, anda boleh buat carian secara atas talian di bahagian apartment for rent di PropertyGuru. Kebanyakan orang mencari rumah sewa secara atas talian kerana terdapat banyak senarai hartanah yang tersedia dan majoriti pemilik dan broker mahu berhubung dengan penyewa melalui portal. hartanah  Ia juga lebih mudah untuk mengurangkan pilihan pangsapuri anda kerana anda boleh menapis carian bergantung kepada kemudahan, lokasi, harga dan saiz kemahuan anda.  Tidak seperti melihat di surat khabar atau mencari mengikut cadangan orang-orang di sekeliling anda, carian Internet menjadikan carian anda lebih fokus dan mudah. Ia juga senang untuk mengenalpasti iklan yang menipu jika iklannya agak mencurigakan. Kebolehpercayaan adalah sangat penting, pastikan anda teliti dahulu sebelum ke langkah seterusnya.

👀 Pangsapuri Untuk Ekspatriat

Berdasarkan temuramah bersama Ekspatriat di Expat Arrivals, kejutan budaya yang biasa dialami adalah perubahan cuaca. Ini memang benar kerana jika anda berasal dari negara yang dengan cuaca sederhana, ini kerana Malaysia menikmati suhu dalam lingkungan 27 darjah Celsius.   Salah satu perbezaan utama adalah perubahan dari musim panas ke musim hujan yang mendadak . Jika anda berasal dari negara dengan iklim berlainan, anda perlu bersedia dan pilihlah rumah yang menyediakan kemudahan lengkap untuk anda berasa selesa. Contohnya, jika anda sudah biasa dengan cuaca yang sedikit dingin, bersedialah dengan menyewa rumah yang dilengkapi penghawa dingin. Tidak semua pangsapuri di Malaysia dilengkapi dengan perkhidmatan sebegitu, jadi anda perlu tahu jika anda datang ke negara yang baru, apa yang berada di bawah kawalan anda dan apa yang anda perlukan.

👀 Kenapa Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Menyewa?

Menurut Property Report, pasaran hartanah Malaysia dalam keadaan perlahan dengan kadar kemerosotan sebanyak 70 peratus pada tahun 2015 daripada tahun sebelumnya berikutan ekonomi yang perlahan dan faktor lain. Dengan kata lain, menjadi pelabur hartanah sekarang bukanlah jalan terbaik, tetapi inilah masa yang ideal untuk menjadi penyewa. Hartanah yang dilaburkan juga biasanya tidak diduduki oleh pemilik, tetapi disewakan kepada penyewa. Oleh itu, anda berada di tempat yang tepat untuk mencari rumah yang sempurna dengan kadar yang lebih baik daripada semasa pasaran hartanah berada di kemuncak.

Cara yang baik untuk memastikan anda jumpa kadar sewa terbaik adalah dengan memantau pasaran dengan meneliti bagaimana harga meningkat di laman hartanah semasa anda membuat carian. Satu lagi tanda yang baik adalah berapa lama anda nampak hartanah sewa berada dalam pasaran, kerana ia akan beri gambaran kepada anda betapa pantasnya sesebuah rumah boleh disewa, dan anda boleh merancang tindakan anda.  Boleh dikatakan, walaupun permintaan untuk perumahan akan sentiasa ada, keadaan sekarang bukanlah keadaan terbaik.

👀 Menyewa Tanpa Rasa Sesal

Salah satu kesilapan terbesar di kalangan penyewa mereka cepat beralah daripada menyewa di  pangsapuri impian mereka hanya disebabkan ingin berjimat, jika mereka tahu mereka akan berpindah pada masa depan. Bagaimanapun, ini adalah satu tindakan kurang bijak, kerana jika perancangan mereka tidak berjalan seperti yang diharapkan, mereka terpaksa tinggal di pangsapuri yang mereka tidak ingini. Contohnya, jika anda diberhentikan kerja dan anda tinggal di kawasan yang agak tidak tenteram, anda akan dapati bahawa anda tidak boleh mengubah apa-apa.

Disebabkan itulah anda perlu menyewa tanpa ada rasa sesal. Walaupun anda boleh bertolak ansur dengan ciri-ciri kemewahan, tetapi ada sesetengah perkara yang tidak patut anda korbankan. Sebagai contoh, jika anda menyewa rumah dengan keluarga anda, jangan menyewa pangsapuri tanpa bilik. Cara terbaik untuk anda menikmati pengalaman menyewa yang positif adalah dengan menggunakan pendekatan membeli pangsapuri, kondo, atau rumah semasa mencari rumah sewa. Anda juga perlu pertimbangkan sama ada mahu unit yang lengkap berperabot atau tidak. Sekali lagi, ini semua bergantung kepada situasi anda, dan apa perancangan masa depan anda. Jika anda mencari rumah sewa untuk sementara, pilihlah yang lengkap berperabot. Manakala jika anda rasa anda akan tinggal lebih lama, lebih baik anda beli perabot anda sendiri. Secara keseluruhan, menyewa tanpa rasa sesal bermaksud tidak menyewa di tempat yang langsung tidak memenuhi jangkaan anda selagi mana ia munasabah. Anda tidak tahu bila anda akan jatuh hati dengan sesebuah tempat.

Menyewa adalah jalan yang baik untuk mengelak pelaburan yang tidak diingini atau masa yang tidak baik. Saat ini, melabur dalam hartanah bukanlah jalan yang baik kerana pasaran hartanah sedang merosot.  Bagaimanapun, semua orang perlukan tempat tinggal, dan anda mungkin boleh dapatkan nilai terbaik untuk rumah sewa pada tahun ini. Hanya kerana anda menyewa, tidak bermakna anda tidak perlu berfikir untuk masa depan. Anda tidak tahu berapa lama anda akan menetap di sesebuah pangsapuri, walaupun anda telah merancang untuk berpindah. Perkara luar jangka pasti berlaku dan walaupun anda ada rancangan untuk masa depan, anda tidak boleh meramal semua perkara. Oleh itu, jika anda ingin menyewa, kenal pasti keperluan wajib anda, dan patuhinya takut-takut jika anda terpaksa tinggal menyewa lebih lama daripada jangkaan.


So, menyewalah jawapan yang terbaik :)
Terima kasih korang kerana sudi membaca artikel dari onie.
Pilihlah dengan bijak.
Terima kasih.

You May Also Like

3 comments

  1. xpa onie menyewa ke beli... InsyaaAllah masa hadapan Allah akan buka rezeki onie tuk membeli pula....

    ReplyDelete
  2. emmm belum smpai lagi masa nak mnyewa atau mebeli. skerang duk bayar yuran kolej kediaman jaa. tpi info mcm ni penting untuk masa hadapan

    ReplyDelete
  3. nak sewa pun xdek bajet skrg. huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..