BUFET RAMADAN 2017: PHILEA MINES BEACH RESORT

by - June 11, 2017



Buffet Ramadan 2017: Philea Mines Beach Resort | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyy! bertemu lagi kita untuk pilihan buffet ramadhan pada tahun 2017 ini. Kali ini aku sendiri nak bawa korang ke Philea Mines Beach Resort di mana Restoran ini terletak di tepi Pantai. Haaaaaaa, Mines? Ada pantai? Celah mana? Yeeee ada korang weh. Aku ni first time juga ke sana jadinya macam jakun dikit. Haha.



BERKENAAN PHILEA MINES BEACH RESORT:
Lokasi Resort ini pada mulanya susah mahu dicari dan aku pun sesat jugak. Maklumlah pertama kali ke sini dan dah lama gila aku tak masuk area Mines tu. Jadinya babak sesat barat tu dah tentu ada la kan,haha.. Aku ni ke sana ke mari memang berpandukan pada google maps atau waze. Tapi korang jangan risau. Setibanya korang di area Mines dan akan perasan ada roundbout di situ. Haaa jangan gusar nak ke simpang mana. Korang pilih simpang kedua. Jangan pulak salah pergi masuk ke area Mines tu sebab Resort ini terletak di tepi Mines dan perlu melalui Pusat Konvesyen dan akhirnya korang akan nampak Philea Mines Beach Resort. Masa aku pergi, nama di google maps akan detect kepada Mines Wellness City. So korang jangan risau. Resort ini terletak dalam kawasan Mines tu jugak. Cuma dia kebelakang sikit. Untuk parking pulak korang jangan risau. Parking basement dia free je dan korang perlu kebelakang sikit je untuk nampak parking basement. Dia tersorok sikit.



Yaaasssss! Setelah babak sesat barat tadi. Maka jumpa la kita dengan Philea Mines Beach Resort di mana aku berdiri di bahagian lobi Philea Mines Beach Resort. Kebetulan masa aku sampai suasana sangat cantik sebab tengah sunset. 


Mana mungkin di tengah bandar ada pantai sebegini cantik rupanya kan. Aku pun agak terkejut bila tengok ada pantai di sini. Tapi sangat cantik dan tenang. Sekali lagi aku nak cakap, aku terkejut dengan kewujudan pantai ini. Cantik oi.

BAHAGIAN LOBI DI PHILEA MINES BEACH RESORT YANG EKSKLUSIF






Tujuan aku ke Philea Mines Beach Resort ini adalah bukan kerana aku menginap di sini tetapi berbalik kepada tajuk utama kita adalah berkenaan Bufet Ramadan 2017 dan terima kasih kepada Philea Mines Beach Resort kerana sudi menjemput diri ini untuk berbuka di sini. Bestnya jugak, pelbagai juadah yang ada di sini korang weh. Masa aku pergi haritu pun hampir penuh dah tempat duduk. Walaupun hampir penuh, tapi tak lah beratur panjang masa nak ambik makanan tu korang weh. Selesa dan tak crowded pun haaa...


INFO TERBARU:
Kalau korang perasan tempat duduk seperti gambar di atas ini adalah bahagian berhawa dingin dan seat pun terhad dalam 20 orang macam tu kalau tak silap dan haritu aku duduk di seat luar iaitu open air sambil melayan suasana tepi pantai dari restoran. Dengan tema 'Nostalgia Flavours', chef di Restoran Abdul & Charlie's menyediakan juadah seperti masakan tradisional dan Asia yang dah tentu menjadi kesukaan bakal pengunjung.



HARGA BERMULA 29 MEI 2017 HINGGA 22 JUN 2017:
RM75/DEWASA
RM40/KANAK-KANAK (5 - 12 TAHUN) DAN WARGA EMAS


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Antara menu yang ada adalah seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Nasi Mandy dan Kambing, Bubur Lambuk, Satay Ayam, Penang Char Kuay Teow, Pasta, Pulut Tanak dengan Serawa Durian, Pisang Goreng, Keropok Lekor dan banyak lagi. 


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI Philea Mines Beach Resort?
Menariknya di sini, makan la sepuas hati dan ada juga menu seperti lauk-pauk serta desert yang sedap. Desert wajib korang merasa ye. Paling unik di sini, ais krim Malaysia pun ada haaaaa...


LAIN-LAIN

  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di basement.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan.
  • Pilihan menu yang banyak.

MASAKAN TRADISIONAL DAN ASIA



















Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 019-600 1558  email fnb.pm@phileahotel.com.my

Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..