PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA

by - July 08, 2017



PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

Pengalaman Pertama Buat Rawatan Muka Di Estetika Medispa | Ya Allah, hampir setahun dah weh tak buat facial muka ni. Tak pergi cek muka. Yang kelakarnya selama ni aku ingat kulit muka aku ni NORMAL! Nah! Normal sangat. Kebetulan nak raya dan hari tu aku gigihkan diri ke spa jugak. Sebab aku balik kampung malas nak mekap-mekap bagai, jadi kebetulan dah lama gila aku tak buat facial. Maka, haritu.. aku jalan-jalan ke Jusco Bukit Tinggi nak lah cari spa area-area dalam tu. Tapi baru teringat yang depan Jusco Bukit Tinggi Klang tu ada satu spa yang agak terkenal dan best jugaklah. So, dengan gigihnya sensorang jugak aku menapak ke spa untuk buat facial sesambil cek kulit muka. 


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


Tapi, alang-alang nak raya ni jugaklah aku ke spa dan sekaligus buat treatment sekali. Kiranya, ini adalah facial yang pertama untuk tahun 2017 aku ni haaaaa setelah setahun tak ber-facial bagai tu. Sebenarnya aku ni selalu sibuk dan tak sempat-sempat nak cek muka. Tapi bila hati ni tergerak nak sekali jalan je ke spa sebelum raya, maka gigihkan diri jugak. Jadi, aku decide ke Estetika Medispa Klang dan sebelum tu jugak aku dah survey. Aku try la cari kat google, facebook, tanya kawan-kawan aku. Bila semua aku tengok macam tak berkenan maka aku terperasan satu spa di Instagram aku iaitu Estetika Medispa. Sebenarnya aku ingat spa ni hanya ada di Terengganu je. Memang tak la nak ke sanakan. Tapi bila aku jumpa Estetika Medispa di Klang dan Kajang maka aku decide untuk ke Klang dan kebetulan jugak aku ke Jusco Bukit Tinggi haritu terus ke spa .


Untuk pengetahuan korang, aku kali pertama ke Estetika Medispa dan sebenarnya aku agak cerewat dalam pemilihan spa. Maklumlah. Muka kot weh. 


Tapi!


Haaaa apa yang tapi? Aku puas hati.. Sebab aku memang dah lama gila kot weh tak ke spa. Tak puas hati jugak? Aku try bukak youtube Estetika Medispa pastu cari video rawatan muka. Nasib baiklah semuanya positive feedback. So, makin kuat jugaklah perasaan nak Estetika Medispa haritu. 


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

Lokasi Estetika Medispa Klang ni terletak berhadapan dengan GM Klang dan betul-betul depan highway. So, orang Klang. Mana mungkin korang tak perasankan...Tepi jalan je weh. 

PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


Sebelum aku ke spa ni meh sini aku share dengan korang dulu masalah sebenar kulit aku yang korang tak tahu. Sejujurnya aku tak berapa selesa dengan kulit muka yang warna kulit tak sekata ni dan kadang-kadang berminyak. Bukan tu je, blackhead whitehead semua datang satu pakej! Jerawat ada tapi JARANG-JARANG berlaku. So, aku ingat memang kulit muka aku ni jenis normal. Rupanya TAKKKKKKKKKK! Sedih wehhh lepas cek di Estetika Medispa haritu.


Sampai Estetika Medispa, aku disambut dengan staf EM yang sangat friendly dan sebelum sampai lagi pihak EM bagi message reminder samada aku datang ke tak spa. So, dari situ jugak aku nampak staf-staf EM ni jenis yang macamana. Terima kasih pihak EM Klang sebab ambil berat tentang pelangganya. Maklumlah weh, aku ni kadang book-book pastu takut jugak lupa, nasib baik ada mesej peringatan dari dorang. So, lepas book memang aku tak sabar nak pergi pun. Sebenarnya, 2 kali dan cancel atas sebab kesibukan aku. Tapi bila dorang okay, so aku lega lagilah kat situ. Huwarrr...rasa macam seram takut pihak EM kata aku ni PELANGGAN DIVA,kahkah.. Rupanya dorang okay je.


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


Berbalik pada testimonial pelanggan lain. Aku memang jenis yesssss aku nak ke tempat tu, aku nak guna khidmat tu, aku nak beli benda tu, memang aku akan survey gila-gila punya. yeeeee, so bakal suami sila faham sila belajar,bahhahahaa.. (TIBEH!) Bestnya, ramai pelanggan yang berpuas hati bila gunakan khidmat di Estetika Medispa ni. Jadi memang aku dah tak teragak-agak lagi nak ke EM tu haaaa.... Yang aku nampak, ada customer muka dia dari teruk jadi licin/flawless, yang ada jerawat..dah hilang..Bila dia sebut part harga tu, okay... harga MAMPU BAYAR! Dah! bila segala yang aku survey ni tepat dan yakin tanpa was-was tu yang aku book terus seminggu lepas. Elok pulak nak rayakan.


So meh la sini aku cerita part aku jumpa Dr.Azlin dulu tau. Sampai spa tu aku dibawa masuk ke bilik  konsultasi bersama Dr.Azlin untuk cek muka dan cerita masalah kulit muka aku pada Doktor. Paling best bila cerita masalah kulit muka aku pada Doktor. Fuh! Hilang satu beban.. 


"Dr.Azlin, warna kulit muka saya tak sekata."

"Dr.Azlin, kenapa kulit muka saya ni selalu naik blackhead la whitehead la."

"Dr.Azlin, sebenarnya kan...saya sendiri tak tahu kulit muka saya ni jenis apa, NORMAL ke TAK NORMAL KE. SENSITIF KE. Nah! Soalan paling buat malu diri sendiri, nampak sangat tak kenal kulit muka sendiri lagi,ngehngeh..."


*Katup Muka*


So, bila masuk bilik doktor untuk sesi konsultasi oleh Dr.Azlin. Haaaaa, sekejap. Dr.Azlin ni orangnya sangat baik hati dan pendengar yang setia serta peramah orangnya. First time jumpa Dr.Azlin ibarat dah 10 tahun kenal. Hehe. Okay sambung bab konsultasi tu. Bila Dr.Azlin cek kulit muka aku dengan mesin scan yang berteknologi tinggi dan PERCUMA rupanya. Fuh! Aku memang tahu, kulit muka aku ni memang tak banyak masalah. Cuma.


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


Sebenarnya, kulit muka aku ni jenis berminyak rupanya.

Atau, combination skin.

Arghh! bencik! 
Selama ni ingat kulit muka aku jenis NORMAL, Sekali takkkkk pun..Buuu!


Bila tengok result, rupanya ada 2 port minyak tengah bertakung di kulit muka. Aku dalam hati, Euwwwwwwww...bertakung? Ohman! Sendu seketika,wuuu.. Time ni bila doktor kata, jangan risau. Kita boleh rawat. Sebenarnya aku tahu pun nak buat rawatan yang mana satu. Jadi aku tanya pendapat doktor dan Dr.Azlin suggestkan untuk buat Diamond Carbon Peel. Ada jugak sebut part whitening tu. Tapi bila Dr.Azlin kata, better kita rawat kulit muka dulu sebelum buat whitening. So, aku okay je dan aku terfikir. 


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


REMINDER UNTUK KORANG JUGA: Korang kalau buat rawatan, adalah lebih baik kalau korang pilih merawat kulit muka dulu. Maksudnya, kalau yang nak putihkan kulit muka tu, korang tolak tepi dulu. Kalau korang nak tahu jugak, minyak ni lah penyebab jerawat dan kesan-kesan lain datang tau kalau tak jaga elok-elok.


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

Part ni kena laser dan ada jugaklah rasa macam kena ketik dengan semut. Tapi best yang amat weh benda ni. Bersih habis muka weh.

PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG


Sebab apa aku suka rawatan Diamond Carbon Peel ni?

⭐  Dapat kurangkan jerawat dan jeragat;
⭐ Menanggalkan kulit-kulit mati dan kembalikan balik seri wajah kat muka;
⭐ Part paling suka, dapat hilangkan minyak dan kotoran di muka;
⭐ Kecilkan pori-pori di muka; dan
⭐ Mengalakkan pertumbuhan sel muka yang baru.


PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

PENGALAMAN PERTAMA BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA KLANG

Dari kiri: Beautician yang buat rawatan pada aku dan kanan yeayyyyy bersama Dr.Azlin yang sangat friendly. Terima kasih Dr.Azlin kerana suggestkan saya untuk rawatan tu dan mendengar masalah kulit muka saya. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye. Teringin nak Diamond Carbon Peel jugak. (Okay cek beg duit,haha)



Haaaaaaaaa, nampak tak kulit muka bersih yang amat. Kecuali part hidung yang kesan spek tu..blerghhhh betul aku part tu,hahaha... nak pakai contact lens pun kadang fikir sejuta kali. Sekarang ni memang serius aku jarang bersolek dan aku lagi selesa dengan muka yang disapu dengan pelembap dan sunblock. Kerana tu adalah paling penting untuk jaga kulit muka dari kotor, rosak dan bercampur segala. So, korang mesti perasan aku dah jarang bersolekkan? Haaaaa, salah satunya.. aku tengah jaga kulit muka,hihi... walaupun kulit muka dah sedia elok. Tapi wajib bagi aku untuk jaga jugak. Nak kurangkan bersolek jugak,hihi..


So, rawatan ni memang sesuai untuk sesiapa yang jenis berminyak. Apapun, kalau tak pasti tanya je pendapat Doktor untuk rawatan yang lebih sesuai dengan muka. Borak-borak dengan doktor jugak haritu, rupanya masa puasa haritu ada promo dan tapi masih beruntung sebab promo masih ada sampai bulan julai ni. Antara rawatan yang ada promo adalah Primadona Gold Therapy yang berharga RM99 sahaja daripada RM250. Gila murah weh! Ikutkan aku nak buat Primadona. Tapi alang-alang tu aku terus buat Diamond Carbon Peel yang berharga RM200. Alang-alang nak reward diri sendiri maka aku buat jelah. 



Komen aku untuk pengalaman pertama buat facial di Estetika Medispa Klang ni adalah:
⭐ Selesa yang amat sangat buat rawatan di Estetika Medispa;
⭐ Doktor dan beautician sangat peramah dan memahami kehendak aku; 
⭐ Muzik spa ada dan melayang-layang fikiran dan sangat relaxing; dan
⭐ Hasil selepas rawatan buat aku sangat yakin nak datang lagi lepas ni.


Apa yang aku cakap, aku akan datang lagi untuk buat rawatan lagi. Sebelum ni ramai yang tanya best ke buat Diamond Carbon Peel tu, yesssss seronok yang amat walaupun rasa kena ketik dengan semut. Tapi serius best..puas hati weh.. Time aku pegi ritu ramai jugaklah customer. Apapun, korang kena tengok rawatan yang ada di Estetika Medispa ni. Banyak dan semua berbaloi weh. 


Promo masih ada sampai bulan julai ni. Antara rawatan yang ada promo adalah Primadona Gold Therapy yang berharga RM99 sahaja daripada RM250.


Kalau nak tengok apa yang promo lagi boleh terjah bawah ni:-


Salam Sayang,
mek onie
mekonie@yahoo.com



You May Also Like

21 comments

  1. wah, puas hati gi sini ye dia check dan buat betul2

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi buat rawatan muka. mesti fresh lepas tu kan :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat manjakan kulit muka ni. Teringin, tapi tunggu ada rezeki lebih nanti. Terima kasih share kak onie

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronok pi facial. Nampak berseri muka lepas tu. Onie kan selalu travel. Kulit sunburn tu pun kena rawat. Sunblock pakai tak? Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Macam best jer Onie. Tapi jauh yang amat kot Rawlins nak ke sana hahaha

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat. Harga pon berpatutan. Dah lama tak buat facial.

    ReplyDelete
  7. Patutlah makin ploles dan berseri-seri, ini rahsianya. Macam best je treatment tu.

    ReplyDelete
  8. Patutlah Mek Onie, makin cantik... Ini rahsianya

    ReplyDelete
  9. Macam best je..nak cuba gak lah nanti

    ReplyDelete
  10. Menarik harga promo tu tp jauh lak nak ke klang tu ..huhu

    ReplyDelete
  11. Bestnya pegi spa.
    Sesekali manjakan diri mmg syok kan. Harga plak murah. blh pegi ni

    ReplyDelete
  12. Patut onie makin lama makin lawo sekarang ni. Mak jelessss

    ReplyDelete
  13. Sesekali manjakan muka memang best

    ReplyDelete
  14. wah....bestnya harga promo ni...mampu milik pulak tu..

    ReplyDelete
  15. Harga promo nampak berbaloi! :) Saya pun suda lama x buat rawatan muka sbb muka sensitive...

    ReplyDelete
  16. wah tertiba terasa nak buat facial sebab tengok promo murah sangat dari harga sebenar. Bukan selalu berhabis duit demi kecantikkan :D

    ReplyDelete
  17. murah juga ni. tak la mahal sangat harga.

    ReplyDelete
  18. Bestnyaaaa. Memang cantik nampak kulit tu!

    ReplyDelete
  19. best kan buat carbon peel. salma pun ta sempat pergi buat facial lagi lepas raya ni. huhuhu

    ReplyDelete
  20. Facial ini memang ok untuk baik pulih kulit, saya rasa pernah cuba.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..