D'kayangan Steamboat Shah Alam Guna Konsep Masak Di Dapur?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku rasa sejak masuk tahun 2016 ni tak sempat lagi kot nak share bab makan dalam blog. Hiks.. Okay, sape peminat steamboat korang wajib baca entri aku kali ini. Maaflah. Segala cerita aku adalah dari pengalaman aku sendiri. Terkurang terlebih harap diampun ye korang. 


So, sape pernah makan berjemaah di Steamboat BBQ Buffet D'kayangan? Actually masuk ni 3 ke 4 kali entah aku makan berjemaah kat sini. Mula-mula datang biasa je. Menu pun emmmm biasa jelakan. Orang time tu memang tak payah cakap, berduyun jugaklah datang even pilihan makanan dia biasa. Tapi. Dah kalau orang ramai sah-sah la puas hatikan? Aku pun dah berapa kali makan berjemaah kat sini,hehe..




Lokasi restoran ni sangatlah senang sebenarnya. Dulu menggelupur jugak aku bukak waze. Sekarang tutup mata je terus sampai restoran ni ( Over!) Satu lagi, peminat Steamboat BBQ Buffet di Lembah Klang apa kata korang buat food hunting sini pulak? Berbaloi dah seronok sangat. 


Actually, aku datang ke sini sebab nak try konsep baru dia. Haaaaaa, ni yang aku cakap kat tajuk atas ni. D'kayangan Steamboat Shah Alam guna konsep masak di dapur? Dah sudah, tak semua nak melangkah ke dapurkan gaiss? Macam ni, restoran ni memang menyediakan konsep 3 dalam 1 iaitu steamboat , grill dan yang latest ni adalah Pembakar Arang BBQ. Haaa, meriah ke idok korang?


Dengan adanya menu terbaru iaitu skewer yang dimasak menggunakan DAPUR ARANG BARBEKU dah tentu korang sendiri dapat merasai sendiri pengalaman barbeku bersama orang tersayang. Gitu!

Suasana D'Kayangan Steamboat Shah Alam


Orang tersayang aku ada kat tepi aku, Eh! haha. Dan yang pasti dorang semua ni bahagia bila dapat makan kat restoran ni. Haaaa, macam tulah keadaan dalam restoran. Actually belah dalam ni berhawa dingin dan selama aku makan berjemaah di sini. Tempat duduk aku mesti kat dalam. InshaAllah next time aku nak berjemaah diluar restoran pulak. Nak rasa feel kena tiup angin sambil layan steamboat. Aummm!


Dulu-dulu, restoran ni menyediakan menu grill perapan istimewa ayam/daging,udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Bagi steamboat pula, pengunjung diberi pilihan samada nak sup ayam atau tomyam. Aku selalu pilih tomyam. Barulah ada rasa. Pastu mula bising kalau pepeluh mengalir sebab pedas dek kuah tomyam,haha....


Pilihan yang ada tersedia sudah tentulah udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala, bebola, sayur-sayuran, aneka mee, kuih muih, aiskrim, rojak dan banyak lagi. Sampai korang sendiri pun tak tahu nak mula dari mana,hehe... Untuk pengetahuan korang juga, di restoran ada menyediakan makanan berat seperti nasi, mee goreng dan senang cerita buffet,hehe....



Dapur Arang Barbeku



Haaaa inilah dia dapur arang yang aku cerita kat tajuk tu haaaaaa... Konsep dia mudah je. Tak perlu nak guna butter atau minyak. Sekaligus, menjadikan makanan tersebut sihat dan rasa barbeku arang (smokey taste). Kesemua menu yang disediakan seperti perapan ayam skewer,daging skewer sangat sesuai untuk dimasak menggunakan dapur arang barbeku kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan dengan pembakaran menggunakan arang juga dapat menjaga tekstur dan rasa makanan tersebut.


Total jenis hidangan kesemuanya adalah 199 untuk setiap hari. Haaaaaaa..... So, kalau tak dapat datang hari isnin datanglah hari seterus seterusnya,haha...Restoran ni mampu menampung 400 orang dalam satu masa dimana 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang dibahagian ruang terbuka


Pelbagai Pilihan Menu



Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti otak-otak, hirisan ikan segar bersama sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga produk baru iaitu Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Jangan lupa,air batu campur pun ada! Yang penting kena buat sendirilah,mihmihmih.


Menu Baru Skewer



Menu skewer terbaru yang disediakan antaranya perapan Ayam Skwer Berempah, Daging Skewer Berempah, Daging Skewer Kicap, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper dan banyak lagi.


Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. 

Udang Skewer Cilantro Pepper

Pilihan Mee


Menu Baru : Skewer

Otak-Otak dan banyak lagi


3 dalam 1 iaitu steamboat + grill + Pembakar Arang BBQ


Seafood

Kambing Bakar

Pilihan sos


Pelbagai jenis pilihan sos,khas dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari dan telah mencipta beberapa menu 'skewer' terbaru yang disesuaikan dengan masakan menggunakan arang barbeku. 


Harga:
RM40.20 termasuk GST - DEWASA
RM20.05 termasuk GST - KANAK-KANAK (5-11 tahun)

* Tambah rm4.90 daripada harga sebelumnya, anda dapat menikmati pelbagai menu baru tambahan seperti diatas dan pengalaman berbarbeku pada bila-bila masa sahaja.

Bab kemudahan semua lengkap. Surau ada. Tandas ada. Parking ada. Haaaaaaa.....So, pasni aku nak ajak family aku pulak datang sini. Nak barbeku la oiiii,hihi...Cara susunan pinggan mangkuk pun dah kemas dari sebelum ni aku datang,terbaik! Ada perubahan dan terima kasih aku ucapkan pada Dkayangan Steamboat Shah Alam. Puas hati yang amat ! 

YANG BESTNYA. MAKAN DAN SAMBIL MENANGLAH TUDUNG FAREEDA BERNILAI RM200 KAKAK ABANG SEKALIAN. HEHE


Alamat:
No.1, Apartment Servis Sri Acapella, 
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam

Sebarang tempahan/booking seat hubungi:
012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979


 FACEBOOK | INSTAGRAM 


HASHTAG:
#dkayangansteamboat
#dkygnsteamboat

5 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..