PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR

Pra-Pelancaran Komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior | Assalamualaikum dan salam sejahtera! Yuhhuuuuu! Siapa peminat komik Lawak Kampus dan mengenali watak penting dalam komik tu? Rugi siapa tak datang ke Atria Shopping Galley semalam kerana mereka yang anda kenali sebagai pelukis Lawak Kampus telah hadir bersama bagi pelancaran komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior.


PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR

PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR


Sejujurnya, dahulu aku memang peminat tegar komik lawak kampus ini dan pernah ada koleksi lawak kampus ini. Cerita yang bersahaja dan penuh komedi membuatkan komik ini menjadi bahan bacaan yang ringan pada semua peringkat umur. Lukisan dan jenaka yang ada pada setiap penceritaan ini membuatkan komik lawak kampus memenangi hati si pembaca.


PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR

PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR


Untuk pengetahuan semua, penerbit komik tempatan dan pemaju kandungan animasi telah terjalin buat julung kalinya di Malaysia dan semalam 26 Mei 2018 telah berlangsungnya satu majlis pelancaran Komik Edisi Istimewa berjudul 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR' di Atria Shopping Gallery bersama Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd.


'Sempena ulangtahun ke-15 'Lawak Kampus', Kadokawa Gempak Starz mencari kerjasama dengan pemaju industri kreatif tempatan untuk menghasilkan komik istimewa dan signifikan buat peminat. Melengkapi projek kolabrasi unik ini, Animonsta Studios merupakan pilihan yang paling tepat dan sesuai. Animonsta Studios merupakan pemaju kandungan animasi tempatan popular untuk siri animasi TV terkenal, Boboiboy. Dengan Komik Edisi Istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galazy: Superior' ini, Kadokawa Gempak Starz berharap dapat mempersembahkan kandungan kreatif terbitan kedua-dua penerbit dan mencapai pasaran sasaran masing-masing dalam medium tunggal.'


PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR

PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR

PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR


Korang kalau datang ke Atria Shopping Gallery, jangan lupa ambil gambar dengan pelbagai paparan kreatif yang mempamerkan sentuhan budaya tempatan Malaysia.  Komik Edisi Istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galazy: Superior' ini berharga RM25 edisi bahasa melayu yang hanya dijual eksklusif di kedai buku Popular mulai 31 Ogos 2018.


So, nak tahu apa yang akan terjadi bila team 'Lawak Kampus' bertemu dengan 'BoboiBoy Galaxy'? Haaaaa, jom dapatkan komik edisi istimewa ini di kedai buku Popular. Tahniah buat Artis Komik seperti Keith, Kenny Chua, Slaium, Kaoru, Michael Chuah,Tadatada, Redcode, Zint, Chang Lip Wei, Dark, Alson,Mohd Ariff Abd Rahman / Toadfrogs, Nurul A'liyah Faaiqah Shamsolnizam, Ariieya, Siti Nurelyana Maurad/Nurel, Rashid Zakaria,Raja Muhammad Faisal Raja Ihsanmuddin/Raja Faisal, Fatimah Zafira Zaharan / Timie dan Anas Abdul Aziz. 

21 ulasan:

  1. Lama betul sis tak baca komik dah, mungkin sebab faktor umur kot..hehehe. Komik-komik ni si Aeysha yang suka baca..tapi selalu tgok yg bahasa English punya komik dia dok baca. Nanti nak ajar dia baca komik cam gini lak

    BalasPadam
  2. Betul tuh! komik nih memang lawak dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tak sabar nak tahu mcm mana dorang gabungkan watak watak dalam komik lawak kampus dengan boboiboy.

    BalasPadam
  3. Lawak kampus ada fan dia
    Boboiboy pun ada fan dia
    Kalau bergabung macam ni, confirm meletop sebab fan base dorang besar

    Btw, all the best untuk komek terbaru.

    BalasPadam
  4. Hehe komik dulu suka la tp skrg dah x mampu nak layan hehe..hilma lebih suka baca yg ilmu ilmiah lagi kot mayb faktor umir yg dah meningkat yg lebih mementingkan healthy lifestyle

    BalasPadam
  5. Zaman belajar dulu emi memang suka beli komik. Buat koleksi banyak jugak la. Dah habis belajar, minat baca komik tu lama2 hilang macam tu je.

    BalasPadam
  6. wow nice event. this character anak i suka. will buy some of their new comic for her

    BalasPadam
  7. dulu memang suka jugak baca komik komik ni.. lepas tu macam hilang telan dek peradaran zaman.. now dah ada balik, boleh lah pupuk minat membaca komik ni kat anak anak plak..hehehe.. thanks for sharing!

    BalasPadam
  8. Baca komik dulu zaman sekolah2. Huiii lama dah tu. Dulu tu baca komik Gila-Gila. Hehe. Lawak Kampus tu anak saudara suka baca. Macamana la nanti bila Lawak Kampus bertemu Boboiboy?. Menarik jugak tu.

    BalasPadam
  9. handsome nya yang cap biru tu hahah. yes inilah yang ditunggu sebab komik dorang best gila kot.!fav dari dlu lagi haa. tak sia-sia tunggu. kalau lawak kampus jadi rancagan kan best

    BalasPadam
  10. Akak memang dah lama la x layan komik kan..komik ni bagus untuk anak- anak..Anak akak memang suka baca komik..zaman akak dulu komik2 keluaran Ujang dan Moy Publications je yang akak baca..komik lain tak rasanya..bagus amalan membaca diterapkan pada kanak- kanak..

    BalasPadam
  11. Lawak Kampus memang selalu baca. Suka watak si katak tu. Nak dapatkan lah komik edisi istimewa ni.

    BalasPadam
  12. suka tengok rancangan boboiboy..tak sangka dah ada komik dia ye..lama dah tak baca komik..takpe,kot kalau ternampak buku komik ni, boleh baca tengok best ke tidak..hehee..kot fariza suka..dia dahla suka boboi

    BalasPadam
  13. komik ni mmg anak2 akk suka..kitaorang mmg ada collection lawan campus, menimbun..tapi baca lawak kampus memamng boleh hilangkan stress..kelakar giler hehehe

    BalasPadam
  14. Wuhu.. Confirm best.. Layan juga lawak kampus ni. Kalau baca memang berdekah ketawa.. Nih bergabung dengan boboiboy entah apelah jadi nanti. .Kompom pg kelakar

    BalasPadam
  15. kita minat giler dengan lawak kampus. dulu selalu beli komik dia. baca x sampai sejam habis hahaha

    BalasPadam
  16. Betul ! Suka baca komik lwak kampus sbb bersahaja. Okay akan set tarikh utk beli. 31 ogos ya ? Okay okay. Nanti nak pi beli. X sabarnya

    BalasPadam
  17. Komik yang ini punya riwayat cerita yang lucu kah? Penasaran deh ceritanya seperti apa. Cuma bisa tengok gambarnya tuh jenaka banget. Semoga bisa menghibur dan bisa buat tawa.

    BalasPadam
  18. Haha. Pengakuan: Rawlins masih membeli Lawak Kampus untuk hiburan di kala hati gundah gulana. Hahaha

    BalasPadam
  19. i used to read a lot of comics and especially malaysian comics. really cute and funny. i still remember my 1st comic is LAT... lolz..

    BalasPadam
  20. Ahhh my fav comic lawak kampus was there! I grew up with it in high school, super nostalgic seeing them in your photos now

    BalasPadam
  21. woaah da jadi dalam bentuk komik la.. tingat zaman kecik2 ralit baca komik doremon laa ujang la gila2.. welcome back old school..

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..