JOM MENANG VOUCHER BERBUKA PUASA THE EVERLY PUTRAJAYA PERCUMA

by - June 06, 2018





Pengalaman berbuka puasa di The Everly Putrajaya membuatkan aku happy yang amat sangat kerana masih diberi peluang berbuka dengan makanan yang cukup sedap dan banyak pilihan. Pada tahun ini, aku fokus pada The Everly Putrajaya untuk membuat review dan banyak kelainan yang aku dapat tengok berbanding tahun lepas. Kali ini, beberapa juadah seperti pencuci mulut di buka di bahagian lobi hotel tersebut. Ini membuatkan tempat duduk untuk berbuka semakin banyak dan mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk aku sendiri.


Rate yang aku bagi untuk pencuci mulut ini adalah 4.5 bintang dari 5 bintang aku bagi. Semuanya sedap-sedap belaka dan aku hampir terlupa ada menu lain lagi. Pun kebetulan masa aku ambik pencuci mulut ni ada sorang pelanggan tu kata. Ya Allah,menariknya dorang punya pencuci mulut bla bla bla bla...see! Aku rasa susah nak jumpa pencuci mulut yang hebat kebabom cantik menarik macam yang ada disediakan di The Everly. Rasa puas sangat! Nak makan aeketul kek tu pun boleh. Tapi gamak pulak nak makan seketul kek sesorang kan? Tak reti nak tinggal kat orang belakang jugak ke? Haa sudah! Haha. Pilihan kuih-muih pun banyak, jadi kelabu mata nak try yang mana dulu.


Mata dan nafsu menguasai pemikiran mereka-mereka yang datang berbuka puasa di The Everly Putrajaya membuatkan tak terkata termasuk aku sekali. Memang berbaloi dengan apa yang dibayar.




NAK MENANG 3 VOUCHER BERBUKA PUASA SECARA PERCUMA DI THE EVERLY PUTRAJAYA? JAWAB SOALAN BAWAH INI.

Soalan: Pernah berbuka puasa di The Everly Putrajaya dan kenapa korang teringin nak berbuka puasa di The Everly Putrajaya? Cerita sikit di komen bawah dan jangan lupa letak email korang sekali. Saya akan umumkan pemenang melalui email pemenang.

1 PEMENANG DAPAT 3 VOUCHER DAN AKAN DIUMUMKAN SEBELUM ATAU PADA AHAD (10.06.2018) INI.


CONTEST CLOSED! THANKS FOR JOIN GUYS!


BUFFET RAMADAN 2018: THE EVERLY PUTRAJAYA

HARGA BIASA BERMULA BERMULA 2 JUN 2017 & SETERUSNYA:
RM98



Yes! Aku sampai The Everly kemain awal dia. Cari surau rupanya okay ada di tingkat atas restoran. Maka aku membuka langkah untuk ke surau. Jem! Lupa nak bawak telekung pulak! Bila anak mata mula meliar ke sana ke mari mencari telekung. Tak nampak. Satu telekung pun tak nampak! Tapi! Aku terperasan satu sudut di mana ada almari kecil yang terlekat di dinding dan seperti bekas sampah tapi bukanlah sampahkan. Bila aku pergi dekat. Ohman! Laaa kat sini telekung rupanya. Cari tempat sangkut-sangkut takde. Rupanya ada dalam almari kecil ni. Dan aku agak ralat jugak sewaktu aku solat di sini tempoh hari sebab tiada karpet dan alas kaki, jadi tak selesa bila pijak lantai dengan kaki basah-basah.


Maka tibalah waktu berbuka. Tak perlu aku huraikan lagi menu apa yang ada. Sebab aku pernah ceritakan di entri sebelum ini dan overall aku suka yang amat,puas hati dan sedap! Paling penting siap ada nasi ambeng oiiiii ! Buah-buahan pun dipotong time tu jugak. Good job The Everly Putrajaya! 




INFO TERBARU:
Ingat, jangan lupa mark kalender korang untuk berbuka puasa di Restoran Fuze, The Everly Putrajaya. Pelbagai menu yang terhidang mampu membuatkan setiap detik berbuka puasa menjadi satu nikmat yang besar. 



HARGA BIASA BERMULA BERMULA 1 MEI 2018 & SETERUSNYA:
RM98/DEWASA
RM49/KANAK-KANAK & WARGA EMAS

UNTUK TEMPAHAN:
03-8892 2929 / 011 - 6318 6029





ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Antara menu yang ada adalah seperti 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa yang dibawa dari 4 pelusuk tanah air adalah menu utama bagi tahun ini dan semua makanan membuatkan korang bakal terliur seperti ikan patin masak tempoyak, mee kuah daging, Sup Gear Box, Manisan, Kebab, Kuey Teow Goreng, Masakan Barat seperti spageti, kambing bakar dan banyak lagi.


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DI THE EVERLY,PUTRAJAYA?

Menariknya di sini, makan la sepuas hati dan ada juga menu seperti seafood on ice dan jangan lupa untuk mencuba nasi beriani tau. Memang sedap!


LAIN-LAIN

  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di basement.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan.
  • Pilihan menu yang banyak.

MENU '4 CHEF, 4 RENCAH,PELBAGAI RASA' .

THANK YOU THE EVERLY PUTRAJAYA! Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dan kekalkan rasa yang ada. Terbaik! 

WEBSITE  | FACEBOOK 

You May Also Like

13 comments

  1. Tak pernah lagi berbuka puasa kat Everly, but teringin sangat nak berbuka kat sana. Tambahan pula Everly ni dekat je dengan rumah. Asyik tengok signboard je, tapi tak pernah sampai. Hope dengan kupon ni, bolehlah merasa pengalaman berbuka di hotel, khasnya Everly walaupun sekali seumur hidup. Hehehe.

    Email: ekjozbuluh@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Belum pernah lagi ke Everly Putrajaya. Kalau ada rezeki nak bawa suami berbuka puasa di sana. Sambil beriftar boleh sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4 sekali.

    Emma Esa
    emmaeema.esa@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Saya nak berbuka puasa di The Everly Putrajaya sebab menunya yang pelbagai. Bila baca entri Onie and nampak blogger lain review, jadi teringin kelainan berbuka puasa di sini. Nak cuba semua menu yang disarankan utuk cuba seperti nasi ambeng dan juga seafood on ice tu.

    zharifazis93@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Pernah berbuka puasa di The Everly tahun lepas & paling teringat adalah nasi ambeng yang mereka sediakan tahun lepas. Memang cukup rasa laaa kekdahnya.

    email: ahmadfauziaryaan85@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Tak pernah berbuka kat sini tapi teringin nak bawa family ke sini sebab tgk dari review mek onie dan para blogger alahaiiii terliurnyaaa tambah2 pencuci mulut sedap2 yg cik sue tak pandai buat tapi pandai makan je hahahah eh dekat lak tu ngan rumah....kot nak bg voucher tu emel2 la ye hahahah shz_sulaiman@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Hi onie,ara tak pernah lagi pergi sini tapi disebabkan tengok info2 yg onie bagi ni terus jadi teringin, bukan sebab menu je tapi tempat ibadah pon ade disediakan..lagi satu sebab ade nasi ambeng..hari tu ade beli dkt bazaar, tapi nasi tu mentah..terpakse buang, dah bazir..jadi nk try makan nasi ambeng kat sini..ARA NAK MENANGGGGGGGG! hahaha..ni email ara

    farahliyanamin@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah berbuka di The Everly Putrajaya dan saya teringin sangat berbuka puasa di Everly Hotel kerana ingin bersama berkongsi kemeriahan,
    Rencah Nusantara Buffet Ramadan,
    Hidangan warisan pantai timur, utara, tengah dan Selatan,
    4 chef bergabung mencipta kelainan,
    Memberi yang terbaik dalam setiap hidangan.

    Email : n.farahhanis@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum!nama saya sharkira ��. Saya belum pernah lagi berbuka puasa di Restaurant Fuze, Everly Hotel Putrajaya. Antara sebab saya teringin sangat berbuka puasa disana, semestinya menu yang ditawarkan menarik serta berpeluang merasai suasana seperti yang ditulis oleh blogger mekonie, lebih lagi ingin merasa bagaimana masakan 4 chef, 4 rencah, pelbagai rasa ini dihidangkan, tambah syukur jika diberi peluang menang voucher ini kerana ia berdekatan dengan kawasan saya. Sekian terima kasih. P/S :Say a selitkan sekali email jika berjaya. Email : sya_qira@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Saya belum pernah berbuka di Everlu Putrajaya, So, sy berminat untuk berbuka puasa di Everly Putrajaya sebab lokasi yang berdekatan dan tk perlu tempuh jem. Saya juga teringin nak rasa pencuci mulut yang banyak tu. Kalau berbuka diluar, memang saya akan cari kelainan. Saya lebih berminat nak makan desert2 yang disediakan compare dengan nasi & lauk which is kita boleh masak sendiri di rumah. zhana6236@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..
    Saya tidak pernah berbuka puasa di The Everly Putrajaya..
    Saya ingin menang kerana saya ingin membuat kejutan kepada ibubapa saya dengan menghadiahkan baucer berbuka ini kepada mereka sebagai tanda terima kasih telah menjaga saya selama ini. Pasti mereka akan teruja dan gembira sekali. Saya juga ingin mereka menikmati empat rencah nusantara yang terdiri daripada kambing golek, sup gearbox, ikan patin masak tempoyak, asam pedas daging tetel, mee kuah daging, tempura dan air Madu Tiga dan lain2 lagi.. Ayah saya peminat kambing golek..hehe.pasti ibuayah saya gembira sekali dapat berbuka di The Everly Putrajaya terkenal di Malaysia..

    bluemercury89sss@gmail.com

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  11. belum pernah lagi berbuka di buffet ramadhan everly putrajaya tapi berdasarkan review yang diberi oleh blog puan saya yakin akan akan kelazatan menu yang dihidangkan dalam satu kombinasi variasi yang menarik oleh 4 orang chef

    tyco_4tune@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Suamimu
    Skbc

    Isteriku
    Siti Wani

    Sayang,
    JEMPUTAN BERBUKA PUASA DI THE EVERLY HOTEL PUTRAJAYA

    Merujuk perkara berikut, Abang sebagai suamimu ingin menjemput sayang dan anak-anak untuk berbuka puasa di salah satu hotel terkenal iaitu The Everly Putrajaya.

    2. Antara sebab mengapa abang memilih lokasi ini adalah kerana:

    a) Lokasi yang strategik berhampiran pusat membeli belah terkenal, Alamanda,boleh kita membeli belah sebelum berbuka di The Everly Hotel Putrajaya.
    b) Tema buffet ramadhan yang menarik iaitu 4 chef, 4 rencah pelbagai rasa yang disediakan oleh chef-chef terkenal dengan keistimewaan dan kepakaran mereka tersendiri.
    c) menu yang lazat dan sedap seperti kambing golek dan sup gear box yang menjadi kegemaran sayang juga ada,jadi sayang boleh makan banyak-banyak. Menu pencuci mulut yang pelbagai juga menarik sekali.
    d) harga buffet adalah berpatutan dan jika kita bertuah,kita mungkin akan menjadi pemenang bertuah yang mendapat baucer percuma.
    e) dan yang paling utama, buffet ramadhan di sini dijamin 100% Halal daripada JAKIM,bolehlah kita makan tanpa rasa was-was.

    Oleh yang demikian,abang harap dapatlah kita sekeluarga meluangkan masa bersana dan menikmati makanan yang enak di Ramadhan kali ini.

    Sekian,terima kasih

    Yang benar,
    Suamimu
    Mohd Nakhoie

    mohdnakhoie87@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..