9 KOLEKSI TERUNGGUL PERKENALKAN KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA



Lilis Syafiza Mohd Yatim merupakan Konduktor Koir


9 Koleksi Terunggul Perkenalkan Koir Kebangsaan Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih ramai masyarakat di luar sana tidak memahami kepentingan industri seni sekaligus memandang persembahan koir sebagai satu wadah hiburan yang kreatif, bernilai, serius dan intelektual. Untuk komersilkan lagi pasaran Koir ini maka usaha untuk merakyatkan koir telah dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini selama dua hari serta ternyata kehadiran tetamu ketika itu sangat ramai dan meriah.


Pementasan Mek Mulung dengan elemen Klasik Barat; Kumpulan Kesenian Jabatan
YBhg. Tan Sri Norliza Rofli (Barisan hadapan berbaju hitam), Ketua Pengarah JKKN ; Tunku Marina Tunku Dato' Zubir (Blazer Merah), Pengarah Koir Kebangsaan Malaysia


Demi memperkenalkan lagi Koir Kebangsaan Malaysia ini, sebuah persembahan khas yang dinamakan 9 Koleksi Terunggul telah diadaptasi oleh gabungan 9 Konsert Koir Kebangsaan yang telah dipentaskan bermula tahun 2009 hingga 2017. Untuk konsert kali ini pula adalah bertujuan untuk melestarikan muzik koral tempatan ke peringkat tertinggi melalui gabungan lagu-lagu terbaik susunan komposer tempatan dan luar negara melalui pemilihan karya-karya lagu yang terbaik susunan komposer tempatan dan antarabangsa yang mendapat tempat di hati masyarakat.




Kalau korang nak tahu, 9 Koleksi Terunggul ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Koir Kebangsaan kepada masyarakat dan memperluaskan produk baru Koir Kebangsaan Malaysia. Konsert ini adalah lambang kejayaan Siri Konsert Koir Kebangsaan Malaysia dan Jelajah Koir sejak 2005. Selain itu juga, Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 akan membawa satu kelainan dan akan mendendangkan lagu-lagu terpilih dalam siri Koir Kebangsaan Malaysia yang pernah dipentaskan bermula tahun 2009 sehingga 2017 dan sehingga kini, mereka masih giat aktif mempersembahkan bakat yang sungguh luar biasa.






Koir Kebangsaan Malaysia juga pernah mengadakan konsert yang pelbagai genre dan antaranya adalah:

  1. Classical
  2. Broadway
  3. Tradisional
  4. Jazz
  5. Pop dan Rock

Sebanyak 21 buah lagu popular tempatan, Hindi dan Luar Negara akan dipersembahkan oleh 21 orang ahli koir Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat melalui gubahan persembahan berentak acapella, rock, pop, pop rock, jazz, balada, tradisional, latin dan hindi. Datuk Syafinaz Selamat juga adalah seorang penyanyi bersuara Soprano dimana suara jenis ini adalah penyanyi yang bersuara tinggi berbanding semua jenis suara manusia. Ini membuatkan aku lagi terkesima dan meremang akan vokal yang dilontarkan.


Sebelum ini juga, aku banyak menghadiri Konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara. Pada mulanya, aku agak pelik dengan persembahan mereka seolah-olah tiada maksud sebenar seni dimata masyarakat seperti aku ini. Namun apabila banyak membaca berkenaan Koir, minat aku terhadap persembahan Koir terutama dari Koir Kebangsaan Malaysia tidak buat aku lupa untuk hadir bagi sama-sama memberi sokongan.


Nur Fatihah Quzansrea Johari Kamal memiliki suara Soprano 


Konsert-konsert yang dipersembahkan pada malam itu adalah:

  1. In Love With Peace (2009,2010,2011)
  2. Dir (2010,2012)
  3. No Wrong Notes (2011)
  4. Kembara Muzikal Teater & Filem (2013)
  5. Classique (2014)
  6. 4th Bali International Choir Festival (2015)
  7. In Love With Rock (2015)
  8. Wajah (2016)
  9. Warna (2018)
Kalau korang perasan dalam persembahan koir ini, mereka aku buktikan pelbagai jenis suara yang ada seperti Soprano, Alto, Tenor dan Bass. Setiap suara ini mempunyai kategori tersendiri dimana, Soprano ini mempunyai range suara dan ruang lingkup julat suara paling selesa bagi seseorang penyanyi berbanding semua jenis suara. Kedua, Alto. Dimana jenis suara Alto ini adalah suara wanita yang rendah. Ia merupakan suara keda tertinggi dalam variasi 4 kumpulan suara penyanyi koral berharmoni. Ketiga, Tenor. Untuk tenor ini pula spesifik kepada suara lelaki dewasa yang tinggi, berdasarkan julat suara, tessitura, kualiti dan warna suara. Setiap jenis suara boleh dibahagikan kepada beberapa sub kategori. Antaranya adalah leggero, lyric, spinto, dramatic dan Heldentenor. Couternor pula merupakan suara lelaki yang mempunyai kualiti dan julat suara yang bersamaan dengan suara alto. Keempat, Bass. Bass ini adalah jenis suara terendah dalam klasifikasi vokal lelaki dewasa serta bersesuaian dengan namanya, bass ini juga ada fungsi tersendiri iaitu akar yang membawa maksud dasar dari sebuah lagu dalam setiap komposisi paduan suara campuran atau paduan suara lelaki.


Apapun, kalau korang nak tengok persembahan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 ini yesss! korang boleh tengok di TV2 pada 24 November 2018 jam 10.30 malam. Korang kena tengok sebab persembahan mereka semua sangat hebat dan boleh buat bulu roma sendiri meremang. Jangan lupa set masa okay? Tahniah dan persembahan mereka sangat mengagumkan.




Permata Seni Remaja Koir ( Pemuzik Iboq)

Permata Seni Remaja Koir ( Pemuzik Iboq)

Gabungan suara Alto, Soprano dan Coutertenor

Lilis Syafiza Mohd Yatim merupakan Konduktor Koir dan memiliki suara soprano

Ahmad Suffian Mohd Pauzi di barisan hadapan tengah memiliki suara Tenor


Persembahan Toyol dari PERMATA Seni Koir

Lilis Syafiza Mohd Yatim dan Koujee (beatboxer)





PERMATA Seni Tari

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..