PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

Pengalaman Ekstrem Di Pantai Timang, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ya! Siapa ke Yogyakarta, dah tentu akan ke Pantai Timang yang sekarang ini menjadi bualan orang ramai di media sosial. Sebelum ini aku hanya tengok Pantai Timang dalam media sosial, namun kini aku berpeluang berdiri sendiri di Pantai Timang ditemani angin yang kuat dan perjalanan yang cukup ekstrem.


Nak datang ke Pantai Timang ni aku sarankan datang seawal yang boleh sebab kalau sebelah petang ombak dah mula kuat tapi bagi yang nak tengok matahari terbenam boleh je datang ke Pantai Timang, katanya cantik kalau tengok matahari terbenam dari sini. Rancang perjalanan samada nak pergi pagi atau tengahari. Dan aku cadangkan juga untuk datang ke sini dalam berkumpulan supaya dapat jimat dekat Jeep tu haaaa.. Kos untuk ke Pantai Timang ni bagi aku agak pricey jugak, tapi untuk pengalaman yang ekstrem dan luar biasa korang kena cuba aktiviti ke Pantai Timang setelah sampai ke Yogyakarta.


PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

Lokasi Pantai Timang ini dantara Pantai Siung dan Pantai Sundak Gunung Kidul. Lebih tepat sekali, Pantai Timang ini di Kabupaten Gunung Kidul, Daerah Istimewa Yogyakarta. Untuk ke Pantai Timang ini, pelancong boleh datang menggunakan bas atau kereta then sampai satu port tu kena tukar naik jeep lak. Disebabkan jalan yang agak mencabar, kenderaan jeep inilah akan membawa anda ke Pantai Timang. 

Di sini korang kena sediakan duit seperti:
  • Tiket masuk: Rp.5,000
  • Gondola: Rp.200,000
  • Kalau taknak naik gondola boleh cuba jambatan; Rp. Rp150,000
  • Spot bergambar yang disediakan: Rp.10,000
  • Sewa jeep atau ojek: Rp.350,000

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA



Siapa kata seronok naik Gondola? Kecut perut dia tu, Allahu! Tapi aku respen dengan kewujudan Gondola ini. Mulanya Gondola ini wujud adalah kerana untuk memudahkan warga sekitar Pantai Timang ini mencari Lobster di seberang. Namun kini, Gondola dan Pantai Timang sangat terkenal terutama pelancong dari Malaysia,hehe. Fizikal gondola ini berbentuk kotak yang diperbuat daripada kayu dan ada tempat duduk ditengah. Tali yang digunakan juga adalah tali dadung yang tebal. Penggunaan besi untuk gondola dan tali adalah sama sekali dilarang kerana untuk mengelakkan terkena percikan air laut kemudian cepat rosak dan berkarat. Hebatnya, Gondola ini bukan menggunakan tenaga elektrik ye tetapi hanya menggunakan tenaga manusia di kedua-dua hala. Mati-mati aku ingat Gondola ini digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Kuatnya mereka T_T


Pengalaman aku menaiki Gondola ini, YAAAAAAAAAA...sangat takut kerana tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan. Tapi aku percaya, Gondola, tali dan si pembuat rekaan ini pasti sudah tahu kekurangan dan apa yang tidak boleh sewaktu Gondola ini sedang 'beraksi'. Perjalanan ini mengambil masa beberapa saat sahaja dan pannjang perjalanan untuk ke seberang adalah 200 meter. Jangan lupa untuk bergambar bila sampai di seberang ya. Cuma perlu berhati-hati dan jaga keselamatan masing-masing. Ombak dekat bawah tu deras awak. Jadi berhati-hatilah dengan setiap langkah.


PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA



Itu perasaan semasa naik Gondola.


Perasaan sepanjang perjalanan nak ke Pantai Timang menggunakan Jeep ini sesuatu yang korang semua kena merasa! Susah weh nak dapat pengalaman yang mencabar macam ni. Jangan lupa tau, kalau ke Yogyakarta, singgah juga la ke Pantai Timang ni. Korang akan dapat rasa satu perasaan yang luar biasa. :)


RINDU PANTAI TIMANG :')



Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

18 ulasan:

  1. Aduh bestnya. Mcm seronok je naik gondola tp mcm seram pun ada. Kalau penakut mmg bepeloh jugak ni.

    BalasPadam
  2. Aduhaiii..mahu kecut perut duduk ats gondola tu..tapi serius tempat tu lawa. satu pengalaman yang mencabar dan menarik. Kos pon boleh tahan juga..

    BalasPadam
  3. Ya Allah, tak ada tali pinggang keselamatan dan digerakkan manual pulak.. ehemm tak apalah, akak tolong amik gambor dari jauh aja lah ya hihi

    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    BalasPadam
  4. aida ada survey gak nak ke sini tau.
    nak ajak mr.asben. sebab dia sejenis suka gi tempat2 ada aktiviti sebegini.
    kalau ajak shopping places, dia down ha ha ah ha...
    aida ni gayat. ntah boleh ntah tak nanti benda alah tu lintas laut hu hu hu hu hu...
    tapi, nampak seronok!

    BalasPadam
  5. wow, I have not been to there yet. but looking at your amazing pictures, make me wanna book a flight to Pantai Timang immediately. must be a fun and extraordinary experience hehe

    BalasPadam
  6. Saspen lak aku baca pengalaman mek onie semasa naik gondola tu. Ketar lutut gak tu. Tapi bijok la diorg reka gondola tu. Bestnya gi trip ramai ramai cam tu

    BalasPadam
  7. Seram tengok air laut dengan ombak yang kuat. Pastu naik gondola tu pula secara terbuka macam tu.
    Kalau takut sangat memang orang dah tak naik kan. Tapi kita tengok macam best juga walaupun rasa kecut perut. Hehe

    BalasPadam
  8. cantiknya gambar onie turun ke tebing tu. nampak macam seram sejuk nak melintas antara batu tu tapi bila dah sampai seberang mesti bangga dengan diri sendiri kan. seronok onie share entri pergi indonesia

    BalasPadam
  9. yaallah sis bestnyer dapat naik gondola tu...mmg pengalaman yang luar biasa ni..saya yang tgk ni gayat giler haha.btw cantik2 gambar tu..

    BalasPadam
  10. Mau pengsan saya kalau naik benda ni. Tapi kan since dah sampai kat sini memang la kena try gak. Kalau tak nanti balik malam tak tidur nyesal tak sudah. Bukan senang nak sampai sini.

    BalasPadam
  11. Inilah tmpt yg penah viral dlu kan.. Alaa bestnya dpt kesini.. Pulau timang ni sgt cntik air dia mcm kt negara lain dh tgok... Mesti best dgr bunyi air kan..

    BalasPadam
  12. Nampak menarik. Tapi tak tau la saya berani ke tak naik ini. Saya ini memang takut dengan aktiviti extreme macam ini.

    BalasPadam
  13. Ramai kawan2 yang dah datang sini. Nampak sangt menarik dan tentunya ekstrem. Takotla tanpa pakai apa2 peralatan keselamatan, kecut segal2 nya lah dibuatnya. Btw, pic Onie kat sini cantik2. Berbeza dgn Bella dah tgk before this.

    BalasPadam
  14. Masih belum berkesempatan nak ke sini. Mampu tengok gambar orang dok share je. Bestnya kalau dpt ke jogja

    BalasPadam
  15. antara tempat nak dilawati..sbb tertarik dgn gondola tu..boleh tunjuk artikel ni dekat husband sbb dia sibuk suruh cari lebih info tentang pantai timang ni...taksabar nak pergi

    BalasPadam
  16. Cantik tempat dia ye.. Mesti angin kuat.. Huargghh teringin nak naik gondol tu.. Takde pakai keselamatan, alamk cuak pulak..

    BalasPadam
  17. adoihai seram tengok pantai berombak macam tu...apapun...suka tengok pemandangannya cantek giler...kalau nak try rasanya sekali jer kot dalam seumur hidup hahaha

    BalasPadam
  18. Wah! nak ikut juga... I like beach holiday. Tenang, relax and banyak tempat boleh ambil gambar kan.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..