ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER REVIEW

by - February 26, 2019





Pernah dengar Althea?

Hallo! Well, pernah dengar Althea kan? Pengemar akan produk penjagaan kulit muka dan makeup sudah tentu dah biasa dengar berkenaan Althea Korea ni kan? Bagi aku, website Althea Korea ini sangat membantu orang ramai dari segi pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit muka. Review-review di setiap produk di Althea ini membuatkan aku lagi yakin untuk membeli di website Althea.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Aku kalau makeup mesti akan buat double cleansing. WAJIB DOUBLE CLEANSING! Cuma untuk review Althea Pore Purifying Serum Cleanser 2 Dalam 1 ini aku baru sempat nak review. Mohon maaf sekiranya terlewat untuk aku share. Tapi sebelum ni, memang aku ada kongsi juga video cara aku gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini. Nanti dekat bawah aku share video tu.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser yang berasaskan minyak

Apa dia Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Hai  korang, sebelum ni mesti dah ramai tahukan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini apa? Bagi yang mencari produk 2 dalam 1 juga double cleansing ini. Ya! Anda berada di aliran yang betul. Jadi fungsi Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah sebagai pembersih yang tetap mengekalkan keseimbangan pH kerana mempunyai pH5.5 hingga pH6.5 untuk menyegarkan lagi kulit. Selain itu, fungsi Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah untuk membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Fungsi yang lain pula adalah membuang sel kulit mati serta mengetatkan liang pori terbuka dengan kuasa pembersihan ekstrak pudina. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini juga menggunakan kaedah kelembapan dwi iaitu selepas proses pembersihan kulit wajah dan membuatkan kulit terus hidrasi dari kering..


Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini terdapat sistem sel kelembapan dwi dimana fungsi sistem ini bertujuan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ia dapat mencipta kelembapan pada kulit, tidak membuat penglihatan kabur pada kulit dan dapat membersihkan kulit dengan beberapa sapuan sahaja. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini tidak meninggalkan kesan minyak pada tempat sapuan malah meninggalkan kotoran pada kulit. Jadi sistem sel kelembapan dwi ini bermaksud gabungan antara air dan minyak dalam lapisan yang bertindih dapat menghapuskan solekan, cecair dan kotoran pada wajah terutamanya.


Sekali sapuan dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad

Sekali sapuan dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad


Komen aku tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah:

1. Harga Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini murah sahaja dan tahan lama kerana proses pembersihan hanya sekali sapuan sahaja. (boleh refer video aku)
2. Sistem Sel Kelembapan Dwi ini sangat membantu bagi mereka yang mementingkan kebersihan wajah.
3. Bertindak sebagai double cleansing yang aku rasa kesan pembersihan sangat power!
4. Tidak mengeringkan kulit.
5. Terdapat Ekstrak Daun Pudina dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini yang bertujuan untuk menyegarkan kulit wajah.


before menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad


Bagi aku, double cleansing ini sangat penting supaya tiada kesan jerawat atau effect lain selepas menggunakan solekan. Kebiasaanya, pembersihan kulit muka ini sangat penting apabila untuk membersihkan solekan supaya kesan solek pada wajah ditanggalkan dengan sepenuhnya. Orang kata, selepas bersolek, perlulah untuk membersihkan kulit muka supaya dapat bernafas dengan baik. Ye! Kulit muka pun kena bernafas juga okay. 


Siapa yang sesuai pakai Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Semua orang sesuai! 
Bagi orang yang mempunyai kulit sensitif seperti berjerawat, berminyak dan sebagainya, amat sesuai gunakan produk yang berasaskan minyak ini. Kulit sensitif yang memerlukan pembersihan yang ringan teksturnya. Walaupun Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini berasaskan minyak, tapi teksturnya ringan sahaja. Pembersihan yang sangat cepat. Bagi mereka yang mencari pelembap muka, yes Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai kecantikan harian.

Jemput tengok bagaimana aku menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini

Kenapa perlu pakai Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Bagi mereka yang selalu mengenakan solekan pada kulit wajah, ya anda sangat penting untuk cuba produk ini. Disebabkan produk ini berasaskan minyak dan mudah untuk tanggalkan solekan, korang kena cuba sendiri tahap keberkesanan produk ini. Bagi yang nakkan kulit muka lembap sepanjang masa, boleh juga gunakan produk ini.

Berapa harga Althea Pore Purifying Serum Cleanser?
Althea Malaysia - RM33


Nak beli Althea Pore Purifying Serum Cleanser dekat mana?
Haaaa, korang boleh beli atau tengok lebih lanjut berkenaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser di SINI





Komen aku tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser?
aanAku sangat suka dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini kerana keberkesanan produk ini memang sangat power! Setiap contoh yang aku buat pada gambar atas tu aku hanya mengenakan sekali calit dengan produk dan cotton pad untuk bersihkan solekan pada tangan aku. Aku akan beli lagi nanti. Cuma aku tak berapa suka sangat kalau nak dijadikan sebagai pelembap muka kerana produk ini berasaskan minyak, tak selesa sikit kalau muka aku berminyak. Aku tak pasti kalau orang lain macamana. Tapi apa yang aku nak cakap, Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini memang berkesan sebagai double cleansing, puas hati gila! Boleh bersihkan solekan menggunakan cotton pad atau basuh menggunakan air juga. Ikut korang nak pakai macamana. Kalau aku, aku suka guna cotton pad pastu gosok kat muka dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Puas hati wak!


Nak baca review aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ? Boleh baca DI SINI.




Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com


You May Also Like

18 comments

  1. Mek...akak mmg suka produk2 pore refining, pore purifiying ni. Sbb pore akak agak terbukak jugak. Well..nnt ada rezeki leh cuba

    ReplyDelete
  2. Ni kalau yang jenis suka make up memang sesuai sangat. Nampak gambar tu sekali sapu je die dah clear onie. senang betul.

    ReplyDelete
  3. Akak pun guna Althea Pore Purifying ni...dia membersih mekap kitadengan cepat tanpa meninggalkan kesan kotoran..sesuai untuk semua jenis kulit kan..macam kulit akak berminyak..memang rasa la keberkesanannya

    ReplyDelete
  4. Ramai yang dah guna althea pore purifying serum ni dan hasil dia menakjubkan..akak teringin nak beli tapi nak habiskan dulu produk yang akak guna loni..taknak membazir

    ReplyDelete
  5. Memang senang nak bersihkan make up guna Althea pore purfying ni. Sekejap je hilang

    ReplyDelete
  6. Althea..jenama sedang naik kaw-kaw ni..kiri kanan belakang depan ada pengguna setia..banyak range produk jenama ni kan..

    ReplyDelete
  7. Akak sekarang pun tengah gunakan produk ni. Memang senang nak buang makeup, tak yah susah2 nak capai clanser lps tu sabun, dengan ni semua dah cukup untuk bersihkan kulit muka. Kalau dah habis mesti nak repeat lagi..:D

    ReplyDelete
  8. bestnya...lama dah teringin nak cuba produk Althea...skin mek onie pun helok jer akak tengok....ni ker rahsianya...ehehehe

    ReplyDelete
  9. wah nampak macam best je cleanser ni. Betul-betul membersih ni. Untuk yang ada masalah pori besar juga tak ad masalah la rasanya. Membersih dengan mendalam katanya. Boleh syorkan kt kawan-kawan nanti ni.

    ReplyDelete
  10. Tengok cuci make up pun tetap cantik. Macamana ni. Jangok sokmo dio. Hokaloh

    ReplyDelete
  11. Althea..
    Siapa tak kenal kan.
    Dengan keluarkan produk yang best..
    Then sekarang ramai dah gunakan produk althea ni.
    Siap kata jatuh cinta lagi..

    ReplyDelete
  12. Memang best guna ni buat double cleansing kannn. Emi awal2 haritu guna dengan kapas muka utk tanggalkan mekap. lama2 guna sebagai first step cleanser pulak.

    ReplyDelete
  13. Rawlins suka sangat cleanser ni sebab after-effect dia melembutkan wajah selepas pembersihan kulit. Tenang je lepas pakai - takde nak tumbuh jerawat selepas bermekap. Hehe

    ReplyDelete
  14. Nampak best produk ni. Bila bersihkn muka nampak ketara betuk2 bersih. Produk ni packaging pun nampak menarik

    ReplyDelete
  15. Wahhh double cleanser ni la ada baca review. cmcm ramai guna gak. mesti elok kan. kalau aa ekstract pudina tu mesti rasa dia sesejuk je kan. bestnyaa.

    ReplyDelete
  16. One of produk favourite huda. Memang best sangat masa pakai dan kesan pada kulit lepas pakai. Dengan harga yang mampu milik ni. sangat2 best!

    ReplyDelete
  17. Memang tak sia sia i cuba produk ini. I m using it too and now almost finish, thinking of restock sebab cleanser ini memang senang nak tanggal makeup and lembut.

    ReplyDelete
  18. Untuk 2 in 1 cleanser harga RM33 sangat-sangat berbaloi! Boleh masuk dalam list nak cuba lepas ni

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..