SINGGAH MAKAN DI PERDANA STREET FOOD, HOTEL PERDANA KOTA BHARU





Singgah Makan Di Perdana Street Food, Hotel Perdana Kota Bharu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah. Tercapai jugak nak ke Hotel Perdana Kota Bharu. Kebetulan aku balik ke kampung haritu. Jadi, aku berkesempatan untuk menyinggah ke Hotel Perdana Kota Bharu yang mengambil masa selama satu jam dari rumah aku. Gigih tak gigih jugaklah aku pergikan. Wahwahwah. Demi makan katanya.






Untuk pengetahuan semua, Hotel Perdana Kota Bharu ini masih mengadakan event iaitu Perdana Street Food dimana pada tahun ini lebih banyak hidangan makanan.Perdana Street Food ini bermula pada jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam iaitu dari 15 Mac 2019 sehingga 15 Apri 2019 dimana event ini dijalankan selama sebulan di Anjung Terrace, Hotel Perdana Kota Bharu.



Dah kebetulan aku balik kampung, memang menyinggah la cari makanan best-best sekitar Kota Bharu dan masa yang tepat sekali event ini berjalan seiring aku balik kampung haritu. Ni cuti-cuti sekolah, mesti ramai warga kota pulang ke Kelantan kan? Dah alang-alang balik kampung, jangan lupa singgah Perdana Street Food ni tau.





Istimewanya tahun ini, dengan diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi ia menampilkan 16 gerai makanan yang pelbagai menu makanan menarik. Dengan berkonsepkan klasik dan persekitaran hotel yang elegen in, pelbagai menu yang tersedia seperti pencuci mulut Ice Cream Roll, Cheese Cake Stick,  Fried Bread Stick Ball, Puffle Cone, Tutti Fruity Yogurt dan Lady Fingers Tiramisu Cheese. Serius bagi peminat pencuci mulut macam aku ni, memang wajib cuba. Sedap dan unik gila menu dia. Paling penting, chef-chef buat sendiri okay.




Selesai dengan pencuci mulut, rupanya kat Kelantan ni ada jugak nasi lemak macam di Kuala Lumpur dan Selangor. Biasanya nasi lemak Kelantan ni dia lain sikit dan honestly aku tak boleh masuk. Tapi nasi lemak dari Perdana Street Food ni memang super awesome. Tambah-tambah pelbagai pilihan seperti Nasi Lemak Sambal Sotong, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Sambal Kerang, Nasi Lemak Paru Berlada dan Nasi Lemak Ayam Goreng Hot-Hot. Memang sumpah sedap aku cakap.





Rata-rata tahun ini, ramai penggemar akan makanan korea kan? Jadi di Perdana Street Food pun ada dijual dan menjadi makanan utama di Perdana Street Food seperti Fried Hot Prawn Ramen, Kimchi Fried Rice Prawn dan Kimchi Fried Rice Beef. Tapi makanan paling terkenal kalau Perdana Street Food ini adalah tak lain dan tak bukan Kway Teow Sotong Bakar, Char Kway Teow Sotong Bakar dan paling istimewa sekali korang wajib cuba adalah Char Kway Kak Sotong Bakar. Jangan lupa tau cuba. Haritu aku pun sempat cuba menu Kway Teow Sotong Bakar dan Chicken Shawarma dengan Roti Tempayan dan lempeng bersama kari kambing dan kari ayam. Haaaa, nampak makan tak ingat dunia?haha..





Tapi part paling sedih sebab tak dapat merasa Ikan Bakar dan sotong dimana baru aku tahu ada pelbagai sos seperti Nyonya, Sambal Petai, Berempah, Asam Pedas dan banyak lagi. Setiap set, pelanggan akan dapat Nasi Lemak Bungkus, Air Asam dan Cili Kicap. Sudahnya menyesal jugak la tak dapat merasa menu Ikan Bakar ni wak. Sobsobsob..


Selain dari makanan lokal, terdapat juga makanan barat seperti Chicken Egg Boats, Lasagna Beef/Chicken, Crispy Chicken dan Jumbo Fried Sausages. Lasagna Beef pun tak sempat nak rasa sebab memasing dah kekenyangan,haha.. Makanan vietnam pun ada wak. Macam rasa pho mee tu. Sedak kalau makan pepanas.




Menariknya di Perdana Street Food ini, untuk membeli makanan, ia menggunakan konsep kupon. Haaaa.. Jadi, masa sampai tu, tengok menu dulu then decide betul-betul nak makan apa supaya tiada pembaziran,hehe... Jadi, jangan lupa juga untuk cuba minuman Milkshake dan Frappe seperti Chocolate Milkshake, Vanilla Milkshake, Mocha Frappe, Cappucino Frappe dan banyak lagi. Banyak minuman yang korang boleh cuba.


Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi seperti ditalian : 09-745 8888 / 09-748 8855








5 ulasan:

  1. Suka char kway teaw dan dessert dekat situ.. Sedap sungguh..


    Nice to meet you Mek Onie,
    Nanti bila² harap jumpa lagi tau 😍

    BalasPadam
  2. Boleh kembung perut dengan makanan banyak gini hehe

    BalasPadam
  3. Dah dua kali menginap di sini, memang tip top Hotelnya...
    Plan hujung tahun nak Kelantan...insyaAllah nak juga menginap sini lagi...harap ada juga lagi food street ni hehehhee

    BalasPadam
  4. Nasi lemak kaler hijau. Kimchi pun ada.
    Perghhh. Takyah gi jauh2 dah kan.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..