SASUKE OUTLET LANCAR KEMPEN SASUCARE




Sasuke Outlet Lancar Kempen SASUCARE | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pada 18 April 2019 yang lalu aku berkesempatan ke satu majlis pelancaran kempen SASUCARE bersempena sambutan ulang tahun ke-3 di Hotel Dpalma Ampang. Sasuke Outlet melancarkan kempen SASUCARE, singkatan daripada perkataan 'SASUKE' dan 'CARE' iaitu Sasuke Prihatin pada bulan April dimana pada bulan ini merupakan bulan kesedaran Autisme sedunia. Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan sekitar Kuala Lumpur bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan mereka.


Untuk makluman korang juga, Kempen SASUCARE ini dijalankan selama 3 bulan bermula daripa 1 Mac 2019 sehingga 31 Mei 2019. Kempen yang berteraskan tanggungjawab sosial ini adalah julung kalinya diadakan oleh Sasuke Outlet dengan kerjasama KINDNESS MALAYSIA



KEMPEN SASUCARE INI BERJALAN SEPERTI:

  1. Para pelanggan Sasuke Outlet berpeluang membeli sambil menderma dan sebahagian daripada kutipan jualan bulanan ini akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih antaranya ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Desa (golongan Autisme) bagi bulan Mac, Rumah Titian Kaseh (golongan ibu tunggal) bagi bulan April dan Rumah Penjagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas bagi bulan Mei 2019.
  2. Setiap pembelian bernilai RM30 ke atas akan didermakan RM1 pada tabung Kempen SASUCARE ini. Sekaligus korang berpeluang memenangi cabutan bertuah. Marilah kita membeli sambil menderma untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ucapan Ketua Wanita Wilayah Puan Idawatie Pariman


Turut hadir pada majlis yang lalu adalah 25 orang pelajar Autisme dari PPDK Taman Desa yang berumur sekitar 15 hingga 23 tahun telah menerima bantuan dan diraikan sempena majlis pelancaran juga ibu bapa serta pendidik PPDK Taman Desa tidak ketinggalan juga. 


Usaha baik ini menunjukkan keprihatinan serta tanggungjawab sosial rangkaian perniagaan Sasuke Outlet dalam memberi kesedaran dan didikan kepada masyarakat mengenai kesusahan dan keperitan golongan-golongan yang memerlukan. Kempen ini juga sekaligus memberi ruang kepada Sasuke untuk mendekati masyarakat dan memberi khidmat kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, keturunan, agama dan latarbelakang sejajar dengan aspirasi Sasuke sebagai sebuah syarikat yang prihatin, berwawasan global serta berjiwa Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada Sasuke Outlet atas pelancaran kempen SASUCARE ini. Semoga ramai rakyat Malaysia membantu dan jangan lupa membeli di Sasuke Outlet.

Gambar sekitar Majlis Pelancaran Kempen SASUCARE

Majlis perasmian dengan gimik memotong pulut kuning
Dari kiri: Puan Idawatie Pariman (Ketua Wanita Wilayah), Cik Nurul Suhaida Abu Sopian (Pengarah Sasuke Outlet), Puan Norliyah Binti Ismail (Penyelia PPDK Petaling) dan Datuk Nor Adnan Bin Zainal Abidin ( Penasihat Kindness Malaysia)


Majlis penyerahan sumbangan kepada PPDK Petaling



APA SASUKE OUTLET NI?


Sasuke Outlet ini adalah anak syarikat NCT Supply & Trading Sdn.Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2016. Perniagaan utamanya ialah mengimport pakai terpakai berjenama premium di gudang seluas 42,000 kaki persegi kawasan sekitar semula tekstil yang beroperasi di Klang, Malaysia. Visi utama syarikat ini adalah menjadi butik francais barangan terpakai yang terbesar di Malaysia pada harga dan nilai yang berpatutan dan berkualiti tinggi. Kalau korang nak tahu, Sasuke Outlet kini mempunyai tenaga pekerja seramai 70 pekerja (30 orang di bahagian outlet dan 40 orang di bahagian kilang).

Cawangan Sasuke Outlet:
  • Pandan Jaya
  • Danau Kota
  • Kajang
  • Bangi
  • Bandar Sri Permaisuri




Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..