BUFFET RAMADAN 2019 : PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK, KUALA LUMPUR



Buffet Ramadan 2019 : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah semalam aku berkesempatan berbuka di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park yang terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah pertama kali aku menjejak kaki ke PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur. Sebelum ini aku hanya mampu baca review berkenaan hotel ini sahaja. 


Berkenaan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur:

Satu yang aku cakap berkenaan dengan hotel sudah tentulah cantik. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini merupakan hotel yang berkonsepkan syariah islam dan telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tehun 2007 lagi. Jadi korang semua tidak perlu was-was dengan hotel ini kerana status halal untuk hotel ini kerana mereka telah menerima persijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Segala makanan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini tersedia adalah halal.




Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini mempunyai 338 bilik yang mana lokasi hotel ini sangat strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Suria KLCC, Pavilion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang. Jadi untuk bergerak ke sesuatu tempat pun sebenarnya sangat mudah sekiranya menginap di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur kerana kemudahan seperti LRT (Ampang Park), Grab dan sebagainya tersedia dan mudah di akses bagi mereka yang memerlukan.





INFO TERBARU:

Bagi yang tertanya-tanya berkenaan konsep berbuka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini, mereka telah membawa suasana meriah bazar Ramadan dimana mereka juga memperkenalkan suasana fine-dining yang telah diubah menjadi bazar. The 38 Restoran ini terletak di tingkat paling atas PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur iaitu tingkat 39. Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, En.Taha Zainal, tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia 


Eksekutif Chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa yang akan datang berbuka puasa. 


HARGA BIASA RESTORAN 39
RM135/DEWASA

HARGA BIASA RESTORAN 10 BINJAI
RM98/DEWASA

UNTUK TEMPAHAN:
www.pnbperdanaonthepark.com




ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

The 39 Restoran turut menampilkan beberapa jenis signature dish yang terdiri daripada kari kepala ikan, sup gear box, kambing golek, satay Ais Batu Campur (ABC) dan sushi yang merupakan salah satu menu istimewa di The 39 Restoran


APA YANG MENARIK KALAU BERBUKA PUASA DI PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR?

Menu masakan yang aku rasa memang cukup sedap dan puas hati yang amat sangat. Hampir kesemua menu aku cuba dan ternyata menu masakan Chef Amran Adnan terbaik yang pernah aku cuba sepanjang berbuka di hotel. Rugi kalau korang pun tak cuba menu masakan dri Chef Amran Adnan ni. Sampai bila-bila pun korang takkan lupa. PADU! Aku yang jarang berbuka puasa dengan nasi ni pun nak taknak aku kuatkan semangat cuba jugak menu masakan lauk pauk dengan nasi tu. Memang tak menyesal aku makan nasi dan lauk pauk yang disediakan semalam tu. Terbaik!





View dari The 39 Restoran ni lawa weh! Nampak Menara KLCC, Menara KL dan Kuala Lumpur! Memang cantik view siang dan malam! Jadi memang tak menyesallah aku berbuka puasa di sini semalam, terbaik dan tip top! Adoiiii, teringat masakan ketam, kari kepala ikan, sambal kerang, daging tumis hitam tu. Huwarrrrr, sedaknyo! Terima kasih banyak PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur atas layanan yang superb semalam.



LAIN-LAIN 
PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR? 


  • Parking basemen yang banyak
  • Surau (Tingkat 5) dan tandas yang sangat selesa
  • Makanan memang terbaik
  • Dekorasi tempat berbuka puasa yang sangat eksklusif, cantik, selesa dan berhawa dingin.


ANTARA GAMBAR SUASANA THE 39 RESTORAN YANG TERHIDANG ADALAH:









ANTARA MENU YANG TERHIDANG ADALAH:



























MEDIA SOSIAL PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR:


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..