PENYEGAR FABRIK DAN UDARA D'MENC DARI AFY HANIFF BEST

by - May 19, 2019



Penyegar Fabrik Dan Udara D'Menc Dari Afy Haniff Best | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyy! Kalau korang tengok gambar atas ni pun dah tentu tahu onie nak cerita apa kan? Jujur onie cakap, onie sangat mementingkan bau, kesegaran dan keselesaan rumah. Tak suka bau hapak-hapak ni. Nak-nak pula onie sekarang ada bela seekor kucing yang kerja dia memang akan tidur di sofa dan katil. Bukan itu sahaja, koleksi baju yang onie ada dalam almari dan luar, onie akan selalu jaga. Tak nak baju ni bau dia hapak semacam. Jadi benda-benda ni semua yang membuatkan onie nak pakai penyegar dan onie pilih produk dari Afy Haniff. Kalau sebelum ini onie pernah berkongsi dengan korang semua tentang produk Afy Haniff di sini. Sekarang onie nak kongsikan dengan korang semua tentang penyegar dari Afy Haniff yang telah berubah wajah. Rekaan terkini tampak lagi cantik dan eksklusif berbanding sebelum ini.


PENYEGAR FABRIK D'MENC



Ya! Korang jangan ragu-ragu dengan penyegar dari Afy Haniff ini kerana inilah botol dulu dan kini. Jangan risau bilamana produk ini original atau tidak kerana perubahan wajah pada rekaan telah bertukar dan kini lebih nampak lebih cantik dan eksklusif. 


Produk penyegar fabrik D'Menc ini mempunyai 4 jenis wangian:

  1. Lavender
  2. Vanilla
  3. Lemon Tree
  4. Strawberry



Kelebihan yang korang semua kena tahu berkenaan penyegar fabrik D'Menc ini adalah:

  1. Terdapat 4 jenis wangian yang berbeza iaitu Lavender, Vanilla, Lemon Tree dan Strawberry.
  2. Dengan menggunakan molodour counteractant technology yang bertujuan untuk menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan mengandungi anti bakteria ia boleh membuatkan ruangan di segenap rumah berbau wangi.
  3. Dengan resapan penyegar ini ke dalam fabrik ia membuatkan fabrik tidak berbau hapak malah menyegarkan lagi.
  4. Menyegarkan tanpa perlu basuh pun okay
  5. Dapat menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk
  6. Tidak meninggalkan kesan pada fabrik




Cara nak guna penyegar fabrik D'Menc ini seperti:

  1. Putarkan trigger kepada 'ON'
  2. Goncang dan sembur dengan jarak 20cm dari fabrik
  3. Keringkan fabrik dengan baik selepas semburan
  4. Putarkan penutup semburan OFF selepas penggunaan
  5. Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar dan kerusi





Paling seronok,  penyegar fabrik D'Menc ini halal dengan kod MS 2200-1:2008 1147-04/2014 . Jadi korang guna je penyegar ini tanpa was-was. Maklumlah, penyegar ini akan disembur ke fabrik. Jadi untuk muslim mestilah utamakan halal haram supaya fabrik yang disembur ini boleh dibawa untuk solat. Saiz produk ini adalah 650ml sahaja dan dengan tempoh penggunaan penyegar fabrik D'Menc ini bergantung kepada penggunaan setiap orang.



PENYEGAR UDARA D'MENC


Tidak lengkap kalau kita biarkan wangian pada fabrik sahaja dan tidak menggunakan penyegar udara ini kan? Jadi untuk terus kekalkan wangian sepanjang hari, onie pun pakai penyegar udara freshener ini. Memang banyak gila kelebihan yang ada pada penyegar udara D'Menc ini. Rekaan botol yang sangat cantik dan berwarna-warni membuatkan si pengguna terus akan pakai dan mudah digantung kerana penyegar udara D'Menc ini mempunyai tali.


Kelebihan Penyegar Udara D'Menc ini adalah seperti:

  1. Terdapat 8 jenis wangian yang berbeza mengikut citarasa masing-masing seperti Autumn, Pandan Leaves, Lavender, Vanilla, Green Apple, Sparkling Lemon, Honeydew dan Tutty Fruity.
  2. Pewangi ini mengandungi 100% pati minyak wangi atau kepekatan minyak tulen dimana bau pewangi ini seakan bau yang asli
  3. Terdapat wangian buah-buahan dan bunga
  4. Wangian ini kekal segar sehingga penghabisan minyak atau titisan yang terakhir
  5. Guna sikit je, tapi bau dia akan membuatkan setiap sudut akan bau segar dan wangi
  6. Penyegar udara ini sesuai digunakan di kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu dan juga dapur.
  7. Bau penyegar ini pun selamat dihidu oleh semua golongan dari pelbagai peringkat umur.





Cara nak guna Penyegar Udara D'Menc ini mudah sahaja korang:

  1. Buka stopper sepenuhnya atau cucuk bahagian atas penutup
  2. Pasangkan penutup kayu dan terbalikkan dengan kadar segera
  3. Terbalikkan semula jika bau telah berkurang

Haaaa, mudah je kan. Bau penyegar udara D'Menc ini boleh digunakan lebih dari 60 hari bergantung kepada kegunaan individu. Macam aku, aku akan sentiasa pastikan bau bilik ini wangi. Maklumlah kan, bilik tu kan tempat buat kerja dan tidur. Jadi kalau boleh aku sukakan bau yang sangat wangi supaya selesa sepanjang hari. Tak suka weh bau bilik yang hapak segala tu. Nasib baik ada Penyegar Udara D'Menc ini.






Penyegar udara D'Menc ini pun halal dan selamat digunakan. Apapun, penutup kayu tu kena la sentiasa ditutup rapat supaya bau wangian terus kekal dalam botol itu. Kalau korang perasan, produk Afy Haniff beri tajaan dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan dimana aku rasa, mereka yang dapat produk dari Afy Haniff ini akan menyukai produk mereka. Penyegar udara dan fabrik ini adalah Buatan Malaysia dan selamat digunakan untuk sesiapa sahaja. 


Kalau korang nak cari penyegar fabrik dan udara D'Menc ini korang boleh cari di Giant, Tesco atau Aeon Big. Serius korang kena beli, aku suka gila dengan penyegar D'Menc ini dari Afy Haniff. Dah sembur guna penyegar fabrik D'Menc ini, terus tidur aku jadi lena dan bilik pun dah tak bau hapak, senang cerita memang satu rumah aku sembur. Satu rumah juga bau wangi dek kerana produk dari Afy Haniff. 


Selain itu, kalau sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membeli produk Afy Haniff di Giant, Tesco dan Aeon Big ni kan. Jangan risau awak-awak, dekat online pun ada haa... Haaaa nak raya-raya ni, jom la wangi-wangi korang,hhehee


Nak Beli Produk Afy Haniff Di Online:



Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman sesawang Afy Haniff di:



Hashtag:

#afyhaniff
#dmencafyhaniff
#fabricfreshener
#penyegarfabrik


You May Also Like

19 comments

  1. Macam bagys je produk ni. Ada bua lavender lagi tu. Memang suka bau lavender ni. Rumah memang kena sentiasa wangi ye tak. Kalau berbau siapa je suka kan

    ReplyDelete
  2. Wahh.. dah ada packaging baru. Nampak lagi fresh Dan moden. Qiss pun tengah cari-cari pewangi untuk bilik dan almari. Cehh mentang-mentang nak raya ni kan. Mekonie cadangkan bau yang mana eh. Qiss nak yang paling wangi. Botol dia comel. Bagi hadiah kat makcik-makcik pun ok ni.

    ReplyDelete
  3. Persekitaran rumah kena wangi2, baru jiwa kita akan tenang..

    ReplyDelete
  4. Wah..macam best je. Suka dengan bauan lavender. Nanti nak pergi cari kat Giant lah. Nak raya ni, nak kena sembur langsir, sofa..hihi

    ReplyDelete
  5. Paling susah nak cari pewangi sebab banyan dah cuba tapi kewangian tu tak function lgsung haha boleh survey and cuba yang ni pulak

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik produk wangian ni. Siap ada sijil halal lagi. So gunakan tanpa rasa ragu ragu.
    Nampak comel wangian yang boleh gantung dikereta tu. Agaknya berapa harga dia ye..

    ReplyDelete
  7. Nampak best. Saya memang suka pakai penyegar udara. Tempat saya mesti bau segar dan wangi. Nanti saya boleh try produk ini.

    ReplyDelete
  8. Ramai pulak yang dok cerita pasal produk Afy Haniff ni, teringin nak cuba tapi belum sempat nak pi cari. Nak cari gak lah..leh guna sebelum Raya ni kan

    ReplyDelete
  9. Airah memang suka sangat cuba pelbagai jenis penyegar udara.jenama ni pun rasa familiar sangat tapi tak pernah try lagi nanti nak cari laa

    ReplyDelete
  10. Rasa dulu yang dia ada produk penghapus binatang tu kan..ni pewangi pulak ke..wah..tak pernah cuba lagi produk dia ni..hehee

    ReplyDelete
  11. Dah makin maju jenama local nie kan. Alhamdulilah - makin creative dan packaging pun makin advanced. #SokongLokal

    ReplyDelete
  12. cantik-cantik betul gambar Auni ! serious cantik. dah ada dah pewangi dari Afy Haniff. memang best2 rangkaian bau dia. paling suka lemon dengan epal hijau. sedap dan segar. fabric punya pewangi tu pon best gak. mesti wangi satu rumah

    ReplyDelete
  13. Pernah guna jugak produk afy Haniff ni. Memang terbaik produk ni. Highly recommended. Harga pun berpatutan. Then mudah nak beli sebab ada dijual di supermarket besar besar

    ReplyDelete
  14. Botol penyegar udara bentuk macam epal tu comel sangat. Dah lah berwarna warni. Tapi tak boleh letak di dalam kereta rupanya, hanya untuk bilik.. Bella suka juga spray penyegar fabrik kat kerusi dan kadang2 cadar lagi2 kalau musim2 panas ni macam bau berkepam je. Haa nak try lah produk ni

    ReplyDelete
  15. Wah!! Ada pelbagai pilihan bau.. Mmg AM suka.. Bilik n ruangan wangi.. Best2.. AM nak cari gak la produk Afy Haniff nie

    ReplyDelete
  16. Sis pun ada lavender n lemon utk penyegar fabric tu. Best aje bau dia. Bila bau wangi2 ni..rasa tenang je fikiran..nanti nak beli yg lain gak lah

    ReplyDelete
  17. Produk penyegar fabrik D'Menc bagus ke? Tentu wangi Kan? Kak memang suka bau yg wsngi2

    ReplyDelete
  18. Pewangi afy hanif memang wangi². Malah "teramat" wangi uhuk².
    I terpaksa bungkus cap botol pewangi dia dengan plastik yg dah ditebuk jarum untuk filter dia punya bau bagi soft² sikit

    ReplyDelete
  19. Oh wow that is so convenient and cool to use, i like the variants also. Will check it out.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..