BASKIN-ROBBINS PERKENALKAN BUNGKUS OF HAPPINESS

Baskin-Robbins Perkenalkan Bungkus Of Happiness | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Okay, haritu aku pergi Baskin-Robbins dan perasan ada Edisi terbaharu dari Baskin-Robbins dimana edisi ini bermula 3 Jun - 31 Julai 2019. Edisi ini ialah Bungkus of Happiness which is edisi ini kolabrasi bersama pereka tempatan terkenal Dato' Tom Abang Saufi (TAS). Edisi ini diperkenalkan bersempena dengan musim perayaan dimana korang boleh beli dan sambutlah hari raya dengan gembiranya bersama Edisi Bungkus Of Happiness ini.



Bungkus of Happiness ini adalah edisi terhad keluaran 3 selendang Baskin-Robbins yang direkakhas dengan menggabungkan unsur-unsur moden dengan rekaan tradisional. So,korang boleh bungkus ais krim kegemaran korang tu dengan selendang kualiti premium TAS. Haaa, serius cantik wei, suka gila aku tengok edisi Bungkus of Happiness ni.




BASKIN-ROBBINS PERKENALKAN BUNGKUS OF HAPPINESS



Bungkus of Happiness ini sebenarnya adalah hamper istimewa yang korang boleh kongsi kegembiraan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Bungkus yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas oleh Dato' Tom Abang Saufi untuk kolabrasi dengan Baskin-Robbins, manakala kebahagian yang dimaksudkan itu adalah aiskrim! Sudah tentu ais krim yang lazar, penuh dengan nikmat manis dan kepuasan dalam setiap suap itu adalah kebahagian sebenar kan.



Dato' Tom Abang Saufi ialah seorang pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni. Koleksi TAS juga tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional sekaligus menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.



BASKIN-ROBBINS PERKENALKAN BUNGKUS OF HAPPINESS

BASKIN-ROBBINS PERKENALKAN BUNGKUS OF HAPPINESS

BASKIN-ROBBINS PERKENALKAN BUNGKUS OF HAPPINESS



Antara tiga selendang yang direka khas untuk edisi Bungkus of Happiness ini ialah Selendang Ketupat, Selendang Ais Krim dan Selendang Wafel. Setiap rekaan selendang ini ada maksudngnya tersendiri iaitu Selendang Ketupat makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular dimana penggunaan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit manakala Selendang Wafel dan Selendang Ais Krim sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dato' Tom menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur-unsur dalam selendang Wafel serta selendang Ais Krim direka dengan motif Ais Krim yang manis-manis belaka. Kalau korang nak tahu, material yang digunakan untuk ketiga-tiga selendang ini ialah kain campuran sutera yang berkualiti tinggi. Koleksi selendang ini boleh dijadikan sebagai hadiah atau koleksi batik.




Harga Bungkus of Happiness:

10 Junior Scoop - RM115
8 Regular Scoop - RM125
4 Pints - RM145



Untuk 3 jenis ini boleh pilih aiskrim mana yang kita nak bersama Selendang Baskin-Robbins X TAS Edisi terhad tu. Pilih yang mana berkenan. Jangan lambat tau, sebab promosi edisi Bungkus of Happiness ini sampai 31 Julai sahaja. So, kalau nak ada koleksi selendang dari Dato' Tom, haaa ini kalilah,hehe. Cepat korang! Lawa yang amat koleksi selendang dari Dato' TAS kita ni. Memang cantik.




Bungkus of Happiness ini boleh didapatkan disemua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan sarawak. Korang juga boleh buat pembelian ini di Lazada dan harga yang dumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my 

3 ulasan:

  1. Wahhh bestnya. Apasal tak perasan sebelum birthday baru-baru ni ye

    BalasPadam
  2. kita pun NAK JUGAK!! SELENDANG tu cantik kan?! hahaha dh la bole pakai pastu berbaloi giler! btw hi mekkkk kt xpnh smpi ke blog awk before ni? adoi hahha ha cpt erjah ahkakk blk cpt!!

    BalasPadam
  3. Wahh bestnya! Cantik-cantik balutan dia. Nak buat surprise ni mesti sesuai sangat! :D

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..