PENGALAMAN MENGINAP DI SUNWAY VELOCITY HOTEL

Pengalaman Menginap Di Sunway Velocity Hotel | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Phewwww! Kisah ni sepatutnya onie share dari bulan lepas lagi. Disebabkan kekangan masa maaf jadi macam terlewat yang amat sangat dah. Takpelah, better late than nothing is it? Okay! Go onie! Bulan lepas onie memang curi masa rehatkan diri di hotel je. Serius tu benda yang onie paling tenang. Jauh dari orang dan boleh tenangkan fikiran. Onie menginap seorang diri sahaja. Well kira onie berjaya surive sensorang la jugak dekat hotel tu. 


Onie menginap di Sunway Velocity Hotel ini selama 2 hari 1 malam sahaja. Well, memang first time jugak onie menginap di Sunway Velocity Hotel dan berjalan sekitar Sunway Velocity Mall. Bagi yang first time datang nak menginap di Sunway Velocity Hotel onie suggest untuk korang park di Gate A. Phewww! Memang lost masa aku mula-mula datang, tapi kalau nak paling mudah, korang kena datang dari pintu depan Sunway Velocity Mall dan akan terus nampak Gate A tu. Serius, nak mudah korang kena masuk parking di Gate A supaya bila nak ke Sunway Velocity Hotel tu tak lost. Alhamdulillah aku jumpa parking Gate A tu. Bagi yang bawa motor pula, jangan risau. Parking motor memang ada disediakan khas di sekitar residence, tak jauh dari Sunway Velocity Hotel, takpekan jalan sikit,hehe...Amalkan gaya hidup yang sihat.





Bila sampai parking tu, yes! Aku terus naik ke lobi menggunakan lif hotel. Dah siap check in semua tu, apa lagi aku dapat kunci bilik dan terus naik ke bilik, paling seronok dapat satu aras dengan swimming pool dan gym. Cuma serius aku cakap, tak sempat mandi pun. Maybe next time. Kalau korang nak tahu, view swimming pool dekat Sunway Velocity Hotel sumpah cantik aku cakap. Nak gym pun seronok gila wei. Cuma aku sedikit ralat sebab tak sempat nak terjun dalam swimming pool tu.




JENIS BILIK MENGINAP: SUPERIOR ROOM
Setel check in semua, benda wajib aku buat adalah pusing satu bilik tengok apa yang ada. Alahai, selesa yang amat sangat sebab dilengkapi dengan pelbagai fasiliti. Dengan dekorasi bold geometric shape and accented by hues of green, yellow and a dash of gold ni membuatkan kita rasa tenang sahaja dalam bilik dan ada dua pilihan sama ada nak King-sized or twin beds. Aku pilih twin beds :D




Apa yang ada dalam bilik (Superior Room) aku adalah:

  • Connecting rooms (bilik yang terpilih sahaja)
  • Saiz bilik: 25 sqm
  • Volatge: 220 - 240v
  • RFID key-card system
  • In-room electronic safe box
  • Iron and ironing board (dah tak payah pepenat bawak iron ye dok)
  • Electric kettle
  • Wide-angle door viewer
  • Electronic smoke detector (so, bagi yang nak merokok boleh ke swimming pool, tapi tayah la merokok awak-awak, hargai kesihatan tubuh badan yang diberikan,emmm)
  • Non-smoking guest rooms
  • Wifi free dan siap ada wire broadband internet access uols
  • LED Smart TV lengkap dengan channel news, sports and movies. Gila best!
  • Writing desk pun ada
  • IDD telephone
  • Drinking water disediakan.
  • Coffee / Tea making pun ada
  • Mini refrigerator pun ada u
  • Toilet ada
  • Bath and personal care toiletries ada
  • Wall mounted hair dryer ada gak wak, tayah bawak hair dryer kan
  • Vanity mirror
  • Complimentary parking yang penting.






MAKAN MACAMANA?
Okay first time onie pergi hotel yang takde sediakan dinner dan lunch tapi yang ni onie tak risau langsung sebab hotel ni link dengan mall, mall dia lak banyak gila kedai makan. So, onie memang tak kisah langsung part makan tu. Cuma kalau korang nak rasa cheese cake yang superb sedap nak matik tu kan, korang boleh dapatkan di restoran mereka. Sunway Velocity Hotel, ini ada restoran cuma untuk dinner dan lunch tak disediakan. Kenapa? Ada sebab-sebab tertentu dan mereka juga sedang merangkakan untuk adakan lunch dan dinner, depend on approval. Tapi takpelah takde pun, for me sangat berbaloi juga stay di sini sebab Sunway Velocity Hotel ni link dengan Sunway Velocity Mall. Kedai makan Sunway Velocity Mall lak banyak. 








Tapi korang jangan lupa try tea time yang disediakan, try cheese cake dorang. The best cake okay! Rugi sape tak try, bagi siapa yang ke Sunway Velocity Mall tapi nak try menu tea time di Sunway Velocity Hotel pun boleh, takde masalah. Murah pun murah, pastu puas hati uols...



VIEW DARI SWIMMING POOL DAN GYM CUKUP INDAH!




Lagi satu, kalau korang stay di Sunway Velocity Hotel ni, korang jangan lupa untuk ambil gambar di infinty pool dorang, sumpah cantik ya rabbi! Nak menangis tengok view dia. Malam pun view dia cantik yang amat.



KOMEN AKU SEPANJANG MENGINAP DI SUNWAY VELOCITY HOTEL
Okay, honestly aku happy sangat stay di Sunway Velocity Hotel ni. Cuma mula-mula tu je lost part parking, benci betullah,haha... Tak pernah datang memang macam tu, inshaAllah nanti kalau nak stay ke sana lagi aku tahu dah nak parking mana. Yang penting ada mulut tanya. Tu pun aku tanya abang polis yang jaga Sunway Velocity haritu,hahaha..


Takpelah labu, janji jumpa ye dok? Keseluruhannya aku sangat happy stay dekat sana dan yang tak happy sebab sekejap sangat, tak puas rasa. Tapi inshaAllah aku akan datang lagi dan nak mandi kat infinity pool tu pastu ambil gambar sekali! Nak ajak kawan-kawan stay sini. Sebab lagi best kalau bercuti dengan kawan. Meriah! Okay, semoga kita bertemu lagi wahai Sunway Velocity Hotel. Segala servis yang disediakan sangat puas hati. Terima kasih Sunway Velocity Hotel!




Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..