PART 2: GENTING HIGHLAND KARNIVAL STARLIGHT YANG MERIAH

Part 2: Genting Highland Karnival Starlight Yang Meriah | Okay, paling best. Lepas setel semua aktiviti indoor tu, aku dan kawan-kawan melepak di Karnival Starlight yang mana kawasan ini terbuka ditemani dengan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Paling meriah bila ditemani dengan irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Disebelah kiri terdengar jeritan keseronokan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah. 





Kenapa aku ke Karnival Starlight ?

  1. Dah tentu nak ambil angin sejuk diluar? Jadi aku decide untuk ke Karnival Starlight ini dimana lokasi ini terletak di kawasan terbuka which is memang betul-betul diluar. Memang kena standby baju sejuk. Tapi malam tu, aku gamble habis dengan sehelai baju tanpa baju sejuk. Kebal?
  2. Pemandangan yang indah kerana berlatar belakangkan dengan suasana Taman Tasik Century.
  3. Pelbagai tarikan berbeza-beza serta menghiburkan termasuk filem blockbuster karpet merah seperti A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia $ Hairspray. Kesemua filem itu ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil lepak atas beg kekacang, kusyen dan kerusi meja yang disediakan sambil menjamu selera.
  4. Banyak permainan mencabar yang boleh cuba di sini seperti permainan menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star.
  5. Masa aku pergi tu bulan Oktober maka suasana halloween tu tetap ada. Hantu-hantu berkeliaran bagi menghidupkan lagi malam Halloween tu. Aku pergi haritu pun malam akhir Karnival Starlight. huhu. 
  6. Jangan lupa untuk cuba makanan dan minuman di Dewan Otoberfest Karnival Starlight.




Sepanjang di Karnival Starlight ni terdapat bangunan warna warni yang sangat cantik dan kalau petang memang cantik ya rabbi untuk bergambar. Tapi, suasana malam tu memang meriah. Tiket masuk pun RM20 je. Bolehlah nak layan perasaan dekat sini. Satu lagi, bila korang berada di sini, korang seperti berada dalam dunia yang lain. Dah la, korang kena rasa sendiri keseronokan dia macamana. Malam tu, tak ambil gambar sangat. sebab telefon kehabisan bateri. Kau rasa? HAHA.



Masuk sini kena bayar RM20 je!
Selamat berlibur awak-awak!




Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..