PART 3: LAYAN IMAGINATRICKS DI GENTING HIGHLAND

by - November 18, 2019




Part 3: Layan Imaginatricks Di Genting Highland | Well ! Masuk aktiviti layan imaginatricks ini dah tentu, bakat-bakat yang ditampilkan oleh Genting Highland semuanya memang hebat-hebat belaka! Di sini, aku telah dihiburkan dengan aksi-aksi yang super saiya sampai berdebar habislah aku tengok. Mana taknya, aksi-aksi dorang semua diluar kotak aku. Memang hebat!


Untuk Imaginatricks ini, memang banyak persembahan ditunjukkan selama 75 minit. Puas hati wei. Prop yang digunakan pun bukan main hebat. Macamana la mereka terfikir untuk buat semua tu. Antara persembahan yang cukup memukau penonton termasuk aku adalah akrobatik, silap mata, menari dan komedi yang bertaraf antarabangsa.


gambar ehsan: dikbee.com



Persembahan paling mencabar aku tengok adalah roller coaster tu. Sumpah hebat teruk dorang wei ! Siap tutup mata main. I cannot brain macamana la dorang semua tu mempunyai tenaga yang hebat untuk buat semua tu. Jadi kalau korang nak layan persembahan ni boleh je. Sesuai untuk semua pringkat umur. Ni nak cuti sekolah ni, sesuai sangatlah bawak anak-anak ke sini,hehe. Tapi kalau nak seronok, pilihlah seat depan-depan sikit. Duduk belakang tak puas uolsss nak layan persembahan dorang, HAHA. Apapun, aku tetap teruja tengok persembahan dorang. Memang terbaik dari ladanglah! Sangat memukau!


Harga : RM196 (preffered), RM146 (PS1), RM96 (Gallery)
Maklumat lanjut: sila rujuk sini




You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..