JANA PENDAPATAN, SHOPPING DAN MENJUAL DI ZARRAZ MALL

by - February 09, 2020



Jana Pendapatan, Shopping Dan Menjual Di Zarraz Mall | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah dengar tentang Zarraz? Malam ini Zarraz telah melancarkan satu lagi program iaitu Z Store dan malam penganugerahan kepada 50 penerima anugerah. Tahniah saya ucapkan.


Kewujuduan website marketplace di atas talian ini banyak memberi kesenangan kepada orang ramai terutama mereka yang ingin menjana pendapatan lebih serta membeli belah tanpa keluar rumah. Menurut Dato' Haji Ahmad Zulfaisal yang merupakan pemilik ZARRAZ ini yakin dengan adanya Digital Marketplace dimana website ini berbeza dengan website lain. Sejak setahun yang lalu, website ZARRAZ pernah mencecah 6 juta pengunjung dalam sehari dan website ini telak dilancarkan pada 6.9.2019.





Untuk makluman semua, setelah fasa 1 bagi ZARRAZ telah berlalu dengan jayanya, kini tiba masa untuk ZARRAZ membuat penambahbaikan iaitu fasa 2 mereka adalah untuk membantu mereka yang ingin memasarkan produk dimana ZARRAZ membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjual barang. Dan untuk fasa 3 ZARRAZ akan membuka satu merchant dijangka tahun hadapan, dimana pengguna ZARRAZ ini boleh membeli di salon, dobi, kedai makan dan pelbagai lagi akan datang. Selain itu, ZARRAZ diperkenalkan kali pertama di Negara Asia dan akan mula memasuki ke tahap global dengan bermula dari negara jiran iaitu Indonesia pada masa akan datang.


SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENJUAL DI ZARRAZ:
  1. Mempunyai SSM & KAD PENGENALAN bagi penjual
  2. Mempunyai KAD PENGENALAN bagi pembeli



KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG MENGGUNAKAN ZARRAZ:

  1. Setiap produk yang dijual di website ZARRAZ ini ejen dari ZARRAZ akan mempromosikan produk anda sekaligus ejen ini mendapat komisen juga. Untuk makluman korang, ejen yang ada pada ZARRAZ ini adalah ejen yang telah dilatih oleh ZARRAZ sendiri. Jadi, mustahil untuk mereka 'tidak pandai' untuk mempromosikan produk anda. Paling beruntung bagi mereka yang jadi ejen kerana mereka ini pun akan mendapat komisen mereka sendiri. Tetapi sekiranya pemilik produk tersebut mempunya ejennya sendiri, tidak salah untuk mereka menggunakan ejen mereka sendiri untuk mempromosikan sendiri produk mereka. 
  2. Sebanyak 16 kategori produk seperti peralatan rumah, kosmetik, pakaian, produk kesihatan dan banyak lagi terdapat di website ZARRAZ untuk pembeli membeli.
  3. Ada kawalan harga.
  4. Produk yang terjual di ZARRAZ ini kebanyakannya adalah produk tempatan dan penjual pun dari warganegara Malaysia.
  5. Sekiranya penjual ingin menggunakan ejen dari penjual lain, ini bermakna penjual tidak mempunyai masalah apa-apa kerana tetap mendapat komisen.
  6. Sesiapa sahaja boleh berdaftar dengan ZARRAZ tak kira samada stokis, ejen, dropship dengan hanya melakukan perbelanjaan RM200 Mall Value dimana korang akan menjadi VIP Shopper sekaligus layak untuk menjadi shopper di sini.
  7. Seronoknya, Z Store yang baru diperkenalkan ini boleh Cash On Delivery (COD) barang.
  8. Dah beli barang di ZARRAZ? Jangan lupa untuk bagi feedback kepada seller tersebut kerana setiap feedback korang akan dibayar tetapi dalam bentuk point yang boleh ditukar kepada wang ringgit.

Bagi sesiapa yang ingin menjana pendapatan di ZARRAZ korang sangat dialukan untuk sertai ZARRAZ. Korang pun boleh belajar dengan team ZARRAZ dimana kelas percuma setiap di Bandar Tun Hussein Onn akan diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Boleh je nak bawak copywriting untuk ditunjukkan pada team ZARRAZ sekaligus belajar bagaimana untuk menulis , mempromosi, close deal dengan baik. Setakat ini, team ZARRAZ telah mengadakan 20 kelas percuma sehingga malam ini.


Jadi good luck korang. 

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..