DEBARAN 12 FINALIS AJL 34

Debaran 12 Finalis AJL 34 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finalis AJL 34 Aina Abdul, Naim Daniel dan 10 lagi peserta semakin berdebar menanti detik yang akan ditunggu-tunggu iaitu pada 9 Februari 2020 Ahad ini. Siapakah akan dinobatkan lagu terbaik? Agak-agak korang siapakah artis tersebut? Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti.

"Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL" ujar Aina Abdul.






Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini. Aina juga bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri yang bagi aku lagu ini mempunyai maksud yang mendalam bagi mereka yang benar-benar menghayati liriknya. 


AJL 34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema "Warna-Warna Suara". Haaaa, tak sabar juga aku nak tengok bagaimana 12 Finalis ini mengetengahkan tema Warna-Warna Suara. Harapnya, memberi suatu kelainan pada malam kemuncak itu nanti.




Manakala, Naim Daniel juga membawa lagu Sumpah dan turut merasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. "Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini kali pertama saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out" kata Naim Daniel.


"Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada malam itu turut dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan," katanya. 


12 Finalis AJL 34:

  1. Drama Band (Drama)
  2. Akim & The Majistret (Rampas)
  3. Kugiran Masdo (Dinda)
  4. Hazama & The Penglipurlara (Peneman)
  5. Aina Abdul (Sumpah)
  6. Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita)
  7. Naim Daniel (Sumpah)
  8. Ernie Zakri (Kau Bersuara)
  9. Bob Yusof (Anta Permana)
  10. Fairuz Misran (Ragaman)
  11. Haqiem Rusli (Lembah Kesepian)
  12. Aman RA (Bangun)

Jadi bagi peminat-peminat yang ingin datang ke AJL 34 ini, yes! Korang masih boleh beli tiket tempat duduk aras 4 berharga RM30. Jadi cepat sebelum terlambat wei! Pergilah rasai sendiri pengalaman menonton AJL 34 secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..