MALAM GALA VEST 2017. TAHNIAH BUAT IPTA YANG MENANG!

by - October 24, 2017


Malam Gala VEST 2017. Tahniah Buat IPTA Yang Menang! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum ini kalau ada sesiapa yang pernah terbaca berkenaan Pelajar IPTA/IPTS Tolong Baca Artikel Ini (VEST) dan akhirnya pada Malam Gala VEST 2017 aku berkesempatan untuk menghadiri majlis ini untuk sama-sama memberi sokongan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan aku terkejut juga kerana ramai yang hadir memberi sokongan. Jalan pun time aku datang dah mula sesak. Phewww..Jika nak dibandingkan zaman aku belajar dengan zaman sekarang, apa yang aku boleh cakap di sini, beruntungnya pelajar zaman sekarang kerana teknologi semakin lama semakin maju. Jadi, segala permasalahan boleh diselesaikan dengan segera.


Mana-mana IPTA/IPTS yang mengambil bahagian untuk pertandingan ini akan dinobatkan sebagai juara dan pelbagai hadiah yang akan dimenangi. Untuk makluman korang semua, seramaai 20 orang coach telah dilantik untuk berkongsu pengalaman mereka bersama peserta-peserta melalui Program Keusahawanan Universiti. Coach yang terpilih juga merupakan seorang yang sangat berpengalaman.




Sebanyak 10 kumpulan telah dipilih untuk ke peringkat separuh akhir. Menariknya, 10 kumpulan ini telah di bawa ke satu boot camp yang diadakan di Serena Resort & Training Centre, Janda Baik selama 3 hari dan tambahan 2 hari di pusat latihan FIZO OMAR CONSULTANCY yang terletak di Bangi. Haaaaaaa hebat tak? Fizo Omar sendiri turun padang untuk sama-sama memberi semangat dan latihan kepada peserta-peserta.


Antara idea daripada Top 10 finalis yang dipilih untuk Program Keusahawanan Universiti ini adalah seperti:

  • Aiskrim Ali ( Uitm Puncak Alam)
  • SolviePro (UTP)
  • Ososppe (Uniten Muadzam Shah)
  • Paper Club (MMU Melaka)
  • Demeter (UNIKL)
  • Fast 2 Print (UKM)
  • Serdang Cendol (UPM)
  • Sintokyo Shushi (UUM)
  • Zech Edu Techno (UIA)
Juara juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 diikuti RM15,000 bagi naib juara dan RM10,000 untuk tempat ketiga. Pertandingan berlangsung di Dewan Canselori Tn Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. 




Seperti yang saya maklumkan tadi adalah sebanyak 10 pasukan akan mara ke final "Varsity Entreprenuership Skills & Talents 2017"   (VEST). Saya juga berpeluang melihat sendiri 3 kumpulan terbaik untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sekaligus merebut gelaran juara pada malam gala tersebut. Pelbagai idea yang menarik saya telah tengok dimana idea tersebut berada di luar kotak fikiran saya juga untuk projek mereka. Sejujurnya apa yang saya boleh katakan di sini, mahasiswa  mahasiswi yang terlibat dalam program ini sememangnya sangat kreatif dan hebat dalam mencipta idea perniagaan masing-masing. Masa perbentangan tersebut, saya agak terkejut kerana 3 kumpulan yang mara ke pusingan akhir ini ada beberapa kumpulan telah pun menjalankan perniagaannya dan mendapat hasil dengan idea tersebut. Good job korang.


Bagi yang masih tidak tahu, VEST 2017 ini merupakan insiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Ia adalah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan pemacu kepada Transformasi Nasional 2050 (TN 50). Sebanyak 437 kumpulan IPT menyertai VEST 2017 yang membabitkan hampir 1700 mahasiswa mahasiswi.




Apa yang mahasiswa akan dapat jika menyertai program VEST 2017 ini?
  • Mereka berpeluang merebut tawaran yang diberikan oleh agensi-agensi di bawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Antara peluang-peluang yang ditawarkan oleh agensi-agensi tersebut ialah:
  • Peluang mendaftar perniagaan melalui SSM (Percuma Skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan)
  • Peluang untuk membuka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat (Hanya RM100 tanpa pencadang)
  • Peluang mendaftar hak cipta / logo perniagaan melalui MYIPO
  • Peluang mendaftar koperasi melalui SKM
  • Peluang pembiayaan perniagaan melalui PNS




Kehadiran Menteri KPDNKK, YB Dato; Seri Hamzah Bin Zainudin di boot camp tersebut telah sedikit sebanyak menyuntik semangat peserta. Apapun, tahniah buat UTP kerana telah menjadi pemenang, JUARA. Semoga pelajar yang lain juga mempunyai minat dan semangat yang sama juga mempunyai keinginan mencipta sesuatu produk untuk membangunkan diri sendiri dan orang lain bagi memudahkan orang lain.











Untuk maklumat lanjut berkenaan VEST:


You May Also Like

1 comments

  1. sis, skim 1 pelajar 1 pendaftaran perniagaan tu ada tahap umo tak... sebab akak pun pelajar tua ni...

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..